Monday, August 29, 2011

Air Garam Penawar Keracunan Makanan

Satu informasi yang menarik. Sumber dari Kosmo!.

KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.
AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan
Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.

Virus

“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.

“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.

Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.

“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.

“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

MAKANAN yang terdedah senang dicemari

Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.

Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.

“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.

“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.

Kesimpulannye, kalau ade muntah-muntah, cirit-birit atau letih lepas makan tu, cepat-cepat lah buat rawatan sendiri sebelum pergi jumpe doktor. Macam mane caranye??

1) Campurkan sedikit garam & gula bersama air sejuk untuk diminum.
2) Nak letak perisa dalam air tu pun boleh.
3) Pergi jumpe doktor dengan segera.

Eman: Hari ni ramai yang masak kot, peniaga-peniaga pun nak raye jugak. :D

Sunday, August 28, 2011

Doodle Pertama

Aku tak reti melukis, tapi tetap nak mencuba. Duk search-search kat Internet, ramai yang kate nak lukis doodle ni nak senang guna software PaintTool SAI. Disebabkan aku dah berputus asa belajar guna flash, so belajar dulu lah guna software PaintTool SAI nih. Lain kali belajar balik buat flash. Tetap nak belajar buat flash header.

Bukan senang sebenarnye nak lukis-lukis nih, gune tangan pun FAIL, guna tetikus lagi lah FAIL. Haha. So, ni lah doodle pertama aku. Buruk kan?? Takpe, lepas ni belajar banyak kali mahir lah kot nanti. Mudah-mudahan. 

1st Doodle

Edit-edit sikit, sebab nak ucap.................


.....................Selamat Hari Raye Aidilfitri!! Maaf Zahir & Batin.....................

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan Terakhir Dah Nak Berakhir

Aku semalam tertinggal 1 episod slot samarinda Ramadhan Terakhir kat TV3 tuh. Boleh pulak tak ingat nak tengok semalam. Adoyaii. Alih-alih hari ni tengok, yang jahat dah jadi baik. Kan dah tertanye-tanye macam mane boleh jadi macam tu?? Haha.


Best sebenarnye drama ni. Dari segi lakonan, jalan cerita, semuanye best. Lagu tema pun best. Tajuk lagu Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin. Tak pernah dengar pulak name penyanyi nih.

Dalam drama nih, paling aku terpegun pelakon perempuan yang bawak watak jahat tu, Mazni name die dalam cerita tuh. Aku tertanye-tanye jugak sape perempuan ni, sebab tak pernah nampak die berlakon kat TV. Tapi lakonan die dalam drama nih memang mantap!! Sampai jadi benci aku tengok die. Haha. 


Tapi dah habis tengok drama tadi, ade sumber yang mengatakan Mazni tuh adik kepada Kak Ogy Ahmad Daud. Dengan bantuan Mr. Google, search punye search, memang sah die adik Kak Ogy. Name sebenar die Fazlina Dato’ Ahmad Daud. Haha. Semangat aku search. 

Esok dah masuk episod yang terkahir dah. Ye lah kan, minggu depan dah nak raye. Ape-pun, drama ni memang best. Boleh dijadikan pengajaran buat semua. Esok malam kena tengok episod terakhir. :)


Tuesday, August 23, 2011

Colek Selera Cik Siti

Aku sekarang berada di Kota Bharu. Kat kelantan ni yang best nye adalah makanan. Bukan setakat  murah, sedap pulak tu. Tapi tengok pada tempat lah, kena tau tempat makan mane yang best-best kat Kota Bharu ni. Tapi memang tak dinafikan, kebanyakan harga makanan memang naik, al-maklumlah ekonomi kite menaik. Tak macam dulu-dulu.

Contohnye, semalam aku beli air kelapa, agak terkejut jugak lah, harganye RM2.50 sebungkus. Ade jugak yang jual RM3.00. Kalau dulu, RM1.50 je sebungkus beb!! Tapi nak wat macam mane kan. Huhu. Tapi tadi kat bazar ramadhan, tengok jugak air-air biasa, macam air sirap, milo, oren, & lain-lain, yang jual dalam bungkus-bungkus tu. Kalau kat KL semua RM2.50-RM3.00 sebungkus kan. Tapi kat sini RM1.00 je weh. Memang murah!!

Ok lah, sebenarnye nak cerita hal colek yang aku makan lepas balek tarawuh tadi. Colek ni macam rojak lah. Name kedai, Selera Cik Siti. Jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap dengan camera handset yang tak berape lawa nih.

Menu-menu colek

Colek Ayam (Pinggan Kecil)

Colek Campur
Menu-menu western pun ade kat sini. Memang penuh dengan orang restoran nih. Hujan lebat pun tetap ramai!! Memang best. Insyaallah kena datang lagi lepas ni. Hehe.

Menu aku & family:
Colek Ayam (pinggan kecik) - 1 Pinggan
Colek Campur (ketam, fishball, udang) - 1 Pinggan
Carrot Susu - 1 Gelas
Tembikai Susu - 1 Gelas
Teh tarik - 2 Gelas

Jumlah = RM30

Ok lah harga, memang berbaloi-baloi. So siapa-siapa yang datang kat Kota Bharu ni, singgah-singgah la di Selera Cik Siti ye. Restoran beroperasi 24 jam (bulan puasa siang tutup, malam bukak sampai sahur). Lokasi di Jalan Paya Bemban.

p/s: Air Tembikai Susu tu sebenarnye nak Air Honeydew, tapi alih-alih die bagi merah punye tembikai letak susu. Hahak.


Sunday, August 21, 2011

Integrate IDM dengan Firefox 6.0



Aku rase aku baru je update Firefox 5.0, tup tup ade pulak Firefox 6.0. Sebenarnye malas nak update, sebab lepas update mesti ade je extension yang incompatible dengan firefox yang baru. Especially extension untuk IDM (Internet Download Manager). Tapi sebab aku tak tahan dengan message box yang asyik keluar setiap kali aku gune firefox, so aku update je lah yang baru. Dengan bantuan Encik Google, jumpe jugak extension IDM untuk Firefox 6.0.

Boleh download di link bawah:  
 

Cara-cara install:

Step 1: Pergi ke firefox menu, klik Add-ons (Ctrl+Shift+A).


Step 2: Klik kat icon macam spanar tuh, lepas tu klik kat Install Add-on From File. Contoh:


Step 3: Cari balik file extension IDM yang dah di download tadi, dah jumpe double-click file tadi.


Step 4: Akan keluar Software Installation, klik je Install.


Step 5: Restart firefox. Finished.

Entry ni aku nak cerita je sebenarnye, alih-alih jadi tutorial pulak. Tutorial pun tutorial lah. Senang nanti aku nak ingat di kemudian hari. Sebab tadi lepas je aku download extension idm, aku tak ingat kena buat ape. Tercengang jugak 30 minit oii. Cuba flash-back banyak kali baru teringat caranye. Haha. Selamat mencoba ye.

Eman: Esok balek kampung!! :D

Saturday, August 20, 2011

First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia




Salam Sabtu. Heheh, ni kali pertama aku join GA nih. GA pertama jugak yang dianjurkan oleh Tengku Nizam. Daripada GA nih, aku dapat kenal satu lagi tempat untuk para bloggers Malaysia berkumpul, iaitu Rakan Blogger Klik 1 Malaysia. Ape lagi, jom daftar ramai-ramai kat website nih.  =)

Untuk GA nih, semua hadiah yang ditawarkan agak menarik!! Kalau dah join GA nih, kena bagi tau hadiah ape rase nak menang. Haaa, so aku rase aku cume nak hadiah yang ni je.


Iklan Gambar bersaiz 230 x 60 sebulan di Klik1Malaysia
bernilai RM 50 x 5 Pemenang

Iklan Text (10 patah perkataan) sebulan di
Klik1Malaysia bernilai
  RM 30 x 5 Pemenang

Tak kisah lah yang mane-mane pun, yang gambar ke yang text ke. Hehe. Nak bagi tau 1 lagi hadiah boleh tak?? Kot2 tak dapat yang kat atas lah. Haha. 1 lagi hadiah yang aku nak ialah:

Doodle yang comel tajaan Cik Asfz x 5 Pemenang

Oleh sebab aku dah cuba berdoodle berkali-kali dah, tapi tak menjadi (al-maklumlah, tangan memang tangan kayu, tak reti lukis), jadi kalau dapat doodle dari orang pun jadi la.  :D

Hah, tu je lah kot. Ape-ape pun jom reramai join GA nih. Nak join boleh KLIK SINI!!!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...