Tuesday, September 27, 2011

Kasut-kasut Idaman

Kadang-kadang tengah duk online internet, terbukak jugak blog-blog yang jual items macam baju & kasut. Tapi ni nak cerita tentang hal kasut. Tengah duk tengok-tengok tu, ade la kasut-kasut yang menambat mata yang sedang melihat. 

Smart tak??

Fuhhh



Perghh, ni smart gile!!

Putih tu..hoowwhh

Semua kasut-kasut adalah sumber dari The Marketplace. Aku suke blog die sebab kasut-kasut yang dijual agak affordable harga nye. Tapi kebanyakan barang yang dijual adalah aksesori-aksesori wanita. Nak order sebelum raye lagi, tapi pre-order nye dah lame tutup. Kalau tak, dah buat rayo hari tu.

Thursday, September 22, 2011

Broadband Oh Broadband


...Oh broadband...
Kenapakah engkau terlalu lembab??
Aku bayar engkau tiap-tiap bulan, ini kau beri padaku???
Aku tak tahan, lalu ku membuat laporan.


Nanti kau, siap kau.
Jika kau tidak berubah, akan ku berpaling tadah.
Akan ku cari yang lain.
Good bye broadband good bye. 

Friday, September 16, 2011

Akhirnye Kembali Kepada Template Lama

Fuhhh, lame blog ku sunyi tanpa kata. Sejak dah masuk belajar semester baru, memang dah tak bukak blog. Bukannye ape, disebabkan broadband yang teramat slow connection nye, so aku takde mood nak bukak blog. Time cuti duk rumah gune unifii, bile dah masuk belajar ni takde dah lah unifii nye. Tapi malam ni line broadband laju semacam, so boleh la update blog.

Kali ni aku bukak blog sebab nak tukar template blog. Al-maklumlah, dah sebulan lebih aku gune template Merdeka, sempena nak menyahut kempen Merdeka anjuran Utusan Malaysia. Tapi hari ni hari Malaysia, jadi dah tamat dah rasenye kempen Merdeka ni. Selamat Hari Malaysia!!

Template Merdeka
Nak buat template baru & nak mengedit blog, tapi masih malas lagi nak buat. So, gune je lah template hijau coklat ni dulu. Ade mase tukar balek. Hokkehhh!!

Eman: Esok ade 5 open house. Sampai malam beb!! Pecah perut aku!!

Friday, September 9, 2011

Senarai Harga Baru Topup Setelah Cukai 6 Peratus Dikenakan

Berikut adalah senarai harga baru topup setelah cukai dikenakan. Nampak gaye macam jadi je kena cukai nih.


Tadi terdengar kat satu radio, ade seorang pemanggil bagi respon mengenai cukai 6 peratus. Katenye, "Ape susah, bayar je lah. Tak payah nak kecoh-kecoh. Tak yah nak bising-bising". Lebih kurang macam tu lah ayat die. Huh. Memang takde perasaan dengan keadaan sekeliling betul. Orang suruh bayar, kau bayar je lah yeh.

Kadang-kadang bile pikir, duit kite melayang macam tu je dalam keadaan kite tak sedar. Bukan tak sedar, kite tahu. Tapi kite tak merasa sebab kite rase bende tu kecik. Sedikit. Tapi bagi mereka yang hidup dalam keadaan susah, mereka sangat terasa. 

Mereka yang susah tak bermakna mereka tu tinggal di kampung, rumah kayu, baju koyak, makan ikan kering. Mereka yang hidup di kota ni pun, yang rumah batu, ade kereta, makan sodap, ade sofa, ade meja makan, mereka ini pun bukan lah hidup senang sebenarnye. Malah lebih susah mungkin?? Ekonomi di kota ni lebih mahal di kampung. Tak gitu??

Kite nampak orang senang, tapi kite tak tahu susah die. Kite nampak orang susah, tapi kita tak tahu gembira nye hidup die tak perlu pikir banyak masalah. Tengah bace berita kat BERNAMA tadi, ternampak pulak perkataan caj. Caj lagi??

Caj Baharu Khidmat Penumpang, Pendaratan Penumpang & Parkir Ditangguh

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata ia telah dinasihatkan oleh Kementerian Pengangkutan supaya menangguhkan kenaikan caj khidmat penumpang antarabangsa serta caj pendaratan dan parkir pesawat, sehingga kajian semula selanjutnya dijalankan.

Caj perkhidmatan penumpang dijadual dinaikkan dari 27 peratus kepada 28 peratus berkuat kuasa 15 Sept manakala caj pendaratan dan parkir pesawat dinaikan secara berperingkat-peringkat kepada 30 dan 64 peratus, kata MAHB dalam satu kenyataan.

Caj baharu perkhidmatan penumpang ditanggung oleh penumpang.

Menerusi kadar baharu itu, caj perkhidmatan penumpang antarabangsa akan dinaikkan daripada RM51 kepada RM65 di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Antarabangsa Kuching.

Aku rase aku dah fobia dengan perkataan caj nih. Kenape lah ade perkataan caj ni. Haha.

Baik gune telefon bawah ni je. Confirm takde caj cukai.


Eman: Kalau diikutkan, kedua-dua caj di atas akan berkuatkuasa pada 15 September ni. Tapi yang bawah tu ditangguhkan dahulu. Eloklah lah tu, esoknye, kite laung Merdeka!!! Tak semangat dah aku nak sambut merdeka. Tak sabar nak tukar template baru. Masih dalam proses. =)
_________

Jom Tengok Website University of Xpax

Entry sebelum ade tersebut pasal University of Xpax (UOX), entry pasal topup kena cukai tuh. Apekejadah nak cukai-cukai pun tak tau. Pasal rates UOX tu, aku bukak la kejap laman website UOX ni. Sekali bukak macam menarik pulak website die. Aku bab-bab tengok website canggih ni memang sentiasa terpegun sebentar. Habis satu website aku click nak explore punye pasal. Hehe. 

Jom explore. Boleh klik sini: University of Xpax

Main page
Details
Harapan aku, satu hari nanti aku harap aku dapat buat website canggih-canggih cam gini. Hihi. Kena belajar sungguh-sungguh ni. :)

Thursday, September 8, 2011

Topup Prepaid Kena Cukai 6 Peratus

Haahh?? Topup pun nak kena cukai??? Tolong la weh, kami golongan pelajar akan terasa caj 6 peratus tu. Walaupun 6 peratus je, nampak sikit, tapi sebenarnye sangat lah banyak bagi golongan pelajar. 

Sumber dari Bernama

Tapi semuanye masih dalam perbincangan. Nasib baik ade yang menentang.

Sumber dari Bernama

Macam aku yang gune Celcom University Of Xpax (UOX), sms celcom ke celcom cuma 1 sen. Kalau dah kena cukai, bermakna kalau beli topup RM10, kena cukai 60 sen. Jadi untuk pengguna UOX, 1 sms 1 sen. Kalau dah kena cukai tu, dah rugi 60 sms. Tak gitu?? Haha. Bukan main lagi aku kira. Tapi ini adalah hakikat.

Kalau seorang manusia kena cukai 6 peratus, katakan lah 60 sen, 100000 ribu manusia dah jadi RM60,000. 1 juta?? 2 juta?? Kiralah sendiri. Untung-untung.

Wednesday, September 7, 2011

Hati-hati Bile Berada Di Kedai Makan

Tadi duk bukak facebook, tertengok satu video rompakan kat kedai mamak. Aku bile bace, dengar @ tengok kisah-kisah rompakan ni memang trauma betul lah. Al-maklumlah, aku sendiri dah ade pengalaman pahit tersebut, macam yang aku cerita kan dalam entry lepas-lepas. (Boleh bace sini: Kisah Rumah Aku Dirompak).

Klik video untuk tonton

Kejadian ni berlaku kat kedai mamak Seksyen 15 Shah Alam rasenye. Sekelip mata je bende ni berlaku. Mungkin sebab kedai ni tak ramai orang sangat, jadi perompak-perompak tu berani lah.

Jadi pengajarannye:

1) Tak payah lah nak bawak laptop kat kedai makan. Pergi kedai makan mau makan kan?? Makan sudah lah!!!

2) Sekarang ni zaman ipad. Pergi mane-mane je mesti nampak orang pegang ipad. Hati-hati sikit ye. Aku tahu lah aku takde ipad.

3) Telefon sekarang dah canggih-canggih. Samsung galaxy tab?? Samsung nexus?? Aku minat semua tu. Tapi bile kat tempat terbuka, hati-hati sikit lah ye. Nak gune, sorok-sorok sikit. Jadi seorang yang amat rendah diri lah seketika.

4) Anda wanita?? Jaga-jaga handbag tu. Kang tengok-tengok dah lesap.

5) Kalau nak buat jugak perkara-perkara di atas, pergi lah ke kedai-kedai makan yang ramai orang. Tak yah lah g kedai-kedai yang lengang je. Malam pulak tu.

Kesimpulannye, kite ni kat mane-mane pun kena sentiasa berhati-hati. Sebab zaman sekarang orang dah ganas-ganas. Rompak sana, rompak sini. Tu baru rompak. Ragut, bunuh, rogol??? Keadaan ekonomi hidup kite yang tinggi ni lah salah satu punca kes-kes macam ni meningkat. Jadi, memang kite perlu berhati-hati.

Tuesday, September 6, 2011

Tabiat Kumpul Sampul Duit Raye

Dulu aku ade satu tabiat, iaitu suke kumpul sampul duit raye. Apekejadah tujuannye pun aku tak tahu. Haha. Sebabnye aku rase, aku suke kumpul sampul duit raye yang lawa-lawa. Haaa, kalau ade sampul raye yang memang lawa & unik bagi aku, yang tu memang aku simpan. Yang biasa-biasa aku buang. Tapi duit WAJIB ambik dulu. Hak.

Kumpul ke buang??
Dalam banyak-banyak sampul duit raye kat atas, yang Angry Bird tu paling unik bagi aku untuk tahun ni. Sebab tu duk atas sekali. Hak. Sampai ke sampul duit raye Angry Bird ni ye.

Ape pun, tu semua tabiat dulu-dulu je. Sekarang hambik duit, simpan pastu terus buang. Macam takde tujuan je simpan. (Masalahnye sampai sekarang aku tak buang lagi, siap amik gambar lagi ni. Hahak)

Bile cakap pasal duit raye ni, kemungkinan besar setahun lagi untuk aku menikmati duit raye. Lepas tu dah kerja. Bile dah kerja, kena memberi lah pulak ye. 

Sebenarnye, mase kite belajar ni lah mase yang paling seronok dapat duit raye. Sebabnye nilai duit raye tu lebih besar dari budak-budak kecik. Budak-budak kecik ni kite bagi sikit je duit raye, tak yah bagi banyak-banyak. Sebab die orang bukan pandai sangat lagi nak gune duit-duit ni. Tak gitu??? Lain lah kite yang dah besar ni. Nak beli buku lagi untuk belajar. (buku lah sangat..hak).

Jadi, manfaat kan lah duit raye yang kite dapat tu dengan sebaiknye ye. =)

Sunday, September 4, 2011

Raye Sudah, Sambung Belajar Pulak!!

Salam Raye & salam Merdeka buat semua. Nak dekat seminggu tak update blog. Huhu. Sibuk beraya agaknye. Hihi. Sangat seronok sebenarnye bile beraya ni, semua berkumpul, meriah. Kalau lah dapat berkumpul satu keluarga tiap-tiap hari macam raye kan best. Hihi. 

Amacam raye korang?? Ade keracunan makanan?? Kalau ade, tengok-tengok lah tips kat entry sebelum ni. Klik SINI haa. Disebabkan aku menulis entry pasal keracunan makanan hari tu, tengok-tengok tuan die sendiri dah terkena. Sampai hari ni pun tak ok lagi yokk. Hadoii. Aku rase tak pernah lagi keracunan makanan melampau macam gini. Ni paling teruk dalam sejarah hidup.

Ape pun, Raye sudah, Merdeka pun sudah. Sekarang penuntut-penuntut universiti (termasuklah aku) sedang menghitung hari untuk masuk ke semester yang baru. Dah 4 bulan bercuti, udah-udah lah tu ye. Otak pun dah tepu. Nak menulis pun tangan jadi kaku!!


Bukak laman web PTPTN, tengok duit bile masuk. Biar betul 15 September baru masuk?? Lambat nyo eh. Tapi tarikh masuk universiti tu pun silap, agak nye typing error kot. 

Kepada rakan-rakan semua, selamat sambung belajar untuk semester baru!! Buat classmate tercinta, 1 tahun je lagi. Final year already!! Moga ukhuwah terbina forever & ever. Insyaallah.. :)

(5 October 2011 - Worried, scared, nervous. Hope everything will be fine.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...