Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Laptop Tak Detect Wireless Unifi



Baru-baru ni laptop aku secara tiba-tiba tidak dapat detect wireless unifi. Yang pelik nye wireless unifi jiran-jiran rumah sebelah dapat pulak di detect. Wireless rumah sendiri tak boleh.

Hampir 2 hari aku mengalami kebuntuan yang melampau. Haha. Yo lah, ade unifi tapi tak dapat gune, rugi wohh. Tapi aku masih dapat melayari unifi dengan menggunakan cable LAN. Tapi susah lah kan wayar berwayar ni.

Setelah di godek-godek kat internet, akhirnye aku jumpe satu penyelesaian. Caranye:

1) Gunakan LAN cable untuk connect kan laptop anda dengan router @ modem unifi. Tak pun boleh juga gune laptop kawan ke musuh ke yang boleh connect dengan wireless unifi anda.

2) Masukkan address 192.168.0.1 ke dalam web browser & enter. Masukkan username: admin; password: biarkan kosong sahaja. Tekan Log In.


3) Klik pada Wireless Setup pada panel sebelah kiri.


4) Pergi ke section Manual Wireless Connection Options, dan klik pada Manual Wireless Connection Setup.


5) Pergi ke Wireless Network Global Settings, un-check kan pada kotak Enable Auto Channel Selection.

6) Tukarkan Wireless Channel ke 11. (Contoh di bawah)


7) Klik Save Settings kat bawah sekali. Siap!! Dah boleh gune unifi balik!! Kalau tak jadi, sila restart computer anda ye.

Selamat mencuba pada mereka yang menghadapi masalah ni. :D



Sunday, August 21, 2011

Integrate IDM dengan Firefox 6.0



Aku rase aku baru je update Firefox 5.0, tup tup ade pulak Firefox 6.0. Sebenarnye malas nak update, sebab lepas update mesti ade je extension yang incompatible dengan firefox yang baru. Especially extension untuk IDM (Internet Download Manager). Tapi sebab aku tak tahan dengan message box yang asyik keluar setiap kali aku gune firefox, so aku update je lah yang baru. Dengan bantuan Encik Google, jumpe jugak extension IDM untuk Firefox 6.0.

Boleh download di link bawah:  
 

Cara-cara install:

Step 1: Pergi ke firefox menu, klik Add-ons (Ctrl+Shift+A).


Step 2: Klik kat icon macam spanar tuh, lepas tu klik kat Install Add-on From File. Contoh:


Step 3: Cari balik file extension IDM yang dah di download tadi, dah jumpe double-click file tadi.


Step 4: Akan keluar Software Installation, klik je Install.


Step 5: Restart firefox. Finished.

Entry ni aku nak cerita je sebenarnye, alih-alih jadi tutorial pulak. Tutorial pun tutorial lah. Senang nanti aku nak ingat di kemudian hari. Sebab tadi lepas je aku download extension idm, aku tak ingat kena buat ape. Tercengang jugak 30 minit oii. Cuba flash-back banyak kali baru teringat caranye. Haha. Selamat mencoba ye.

Eman: Esok balek kampung!! :D

Tuesday, August 9, 2011

Tutorial Menu Bar Di Blog

Salam...entry kali ni tentang tutorial buat menu bar (format gambar) macam kat blog aku yang lame punye...saje nak menambahkan list tutorial yang ada di blog ini. Dan sebagai peringatan buat diri aku sendiri jugak. :D

Menu Ba

STEP 1
  • Mula-mula pastikan anda ada Adobe Photoshop...tutorial ni maybe ditujukan kepada mereka yang dah ada & mahir dengan Adobe Photoshop...kalau takde, download & install...cari je kat Internet...tak kisah la version berapa...saya guna Adobe Photoshop CS3...
  • Bukak Adobe Photoshop, klik kat File, kemudian New...then set kan Width, Height, dan Background Contents....contoh kat Gambar 1....width & height anda boleh ubah, terpulang pada anda nak besar mana ye...da siap klik Ok...then dia akan keluar seperti kat Gambar 2....
Gambar 1
Gambar 2
  • Untuk design guna shape, klik kat Shape Tool, pastu pilih la nak rectangle ke, ellipse ke, then design la kat Gambar 2 tadi...contoh kat Gambar 3..
Gambar 3

  • Then klik kat Type Tool, tulis kan nama menu bar anda...contoh kat Gambar 4....
Gambar 4
  • Dah siap, klik kat File, then Save As, then dekat format, pilih JPEG...siap STEP 1!!

STEP 2
  • Bukak laman web Photobucket, pastu sign in...siapa tak register lagi, register dulu
  • Then upload la menu bar anda tadi, da siap?? Copy dekat HTML code ye...tengok Gambar 5..
Gambar 5

STEP 3
  •  Masuk ke blogspot, pergi ke Design, then Add a Gadget, then klik kat HTML/Java Script...
  • So paste kan HTML code tadi ke dalam HTML/Java Script tu...boleh tekan Rich Text untuk preview....then kalau nak link just tekan Create Link, sebelah Rich Text tu je...kecik je simbol dia..
  • Da settle, boleh save...siap!!
  • Pastikan anda drag gadget anda tu letak di bawah header yep...ok..tu je...senang je kot...
Hasilnya

Ni contoh-contoh menubar yang pernah aku buat...

 



 Selamat Mencuba.. :)

Sunday, August 7, 2011

Font Comel, Cantik, Cool, Gempak

HaHa...tak tau nak letak tajuk ape...panjang benor punya tajuk...

Horait, ni 1st tutorial aku....aku wat tutorial ni sebagai peringatan untuk aku...ye lah, kadang2 dah jumpa something kat mana2 website, pastu nak refer balek dah tak ingat....tak kan lah nak bookmark je semua kan, dah penuh bookmark aku kat Mozilla ni ha....maybe tutorial ni juga berguna lah kot untuk beginners2 yg baru nak belajar....walaupun pun tutorial ni dah bersepah2 kat otai2 bloggers kat luar sana...ok lah, dah ckup pnjang pendahuluan aku ni...meh kite pergi masuk ke isi-isi penting pulak ye...hihi....

Ok, nak download Font Comel, Cantik, Cool, Gempak, & Canggih ni, boleh pergi ke website dafont.com...hah, click la link warna merah tu ye....lepas da msuk website dafont tu, meh ikot step2 kat bawah...

Step1
Korang pilih la categories2 yg korang suka cam kat bawah ni...ade banyak gilos...macam2 font ade....

Categories Font


Step2
Lepas dah pilih categories, akan keluar la bermacam2 jenis font yg best2 belaka....tengok mana yg korang suka, contoh: kalu korang suke font OVERSEER cam kat bawah ni, tekan je download kat sebelah die tu ha...clicik kat situ, akan keluar box untuk korang save...tekan je save, pastu die akan download lah...

 Klik kat download

Step3
Lepas dah download, cari balek font yg korang download td...korang save kat mane td?? Kat desktop ke, my document ke, ha cari balek then bukak file tu...oh ya, file tu dalam format WinRaR, cam gambar kat bawah ni....

font yg korang download td, dalam format WinRaR

kalu korang tak leh bukak, maknanye, korang tak de software WinRaR lg la ye....so korang kena la download kat SINI (credit to FileHippo.com). Lepas dah download, install, then baru lah boleh bukak font yg korang download td....dah bukak?? Keluar cam kat bawah....follow step gambar kat bawah ye...


Step4
Lepas extract, korang copy font korang td, pastu paste kat dalam font folder....kat mane font folder tu? Pergi kat Start, then klik Control Panel...akan keluar cam kat bawah...then klik kat fonts tu....


Dah masuk font folder, ha, paste la kat sini....


<<<<<THE END>.>>>>

Fuhhh, penat jugak ye wat tutorial ni....sekian...salam.. :)

p/s: Blog aku ni masih dalam construction lagi ye....banyak bende lagi letak...so maaf la kalau blog ni serabut cket, al-maklumlah, blog baru yang masih baru lagi....hehe....

Sorry!! (gambar credit to BlogCapAyam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...