Wednesday, August 17, 2011

Telenovela Popular Masa Zaman Sekolah

Haha. Ingat lagi waktu sekolah dulu-dulu, balik je sekolah, pukul 2.30PM camtu lah kot, aku pun tak ingat,  memang duk depan TV bersiap sedia untuk tengok telenovela. Memang kemaruk betul waktu dulu-dulu. Penonton paling setia waktu tu aku rase adalah suri-suri rumah & makcik-makcik. Nenek aku pun terlibat same. Haha. Kadang-kadang makan nasi pun depan TV, nak tengok telenovela punye pasal. 

Telenovela-telenovela kat bawah adalah antara yang famous waktu dulu-dulu. Ni antara yang aku ingat la.

1) La Usurpadora


Perghh, ni salah satu drama favourite aku. Tapi jalan cerita aku tak ingat dah. Haha. Yang aku ingat cerita ni pasal perempuan heroin tu kembar. Pastu ade la nasib-nasib malang la, dendam la. Telenovela semua macam tu cerita die aku rase. Hehe.

2) Rosalinda


Haa, ni salah satu drama yang agak popular waktu tu. Rasenye semua orang tengok drama ni. Lagu die paling segar dalam ingatan. "Rosalinda Ayamor....Ayamor!!"... Hakk..

3) Miss 3 Hermanas


Drama ni seingat aku, aku tak follow sangat. Tengok pun part tengah-tengah, tak tengok dari awal. Tapi rasenye salah satu drama favourite ramai gak masa dulu-dulu. Yang aku tau drama ni kisah die pasal 3 adik-beradik perempuan tu kan?? Aku pun tak ingat. Hihi.

4) Yo Soy Betty, La Fea


Ni pun antara drama popular jugak. Semua orang kenal dengan name & kisah Betty ni kot. Lepas keluar drama ni, banyak negara lain yang tiru drama ni. Termasuk TV series orang putih, Ugly Betty tu ha. Pun drama best!!

5) La Mujer En El Espejo


Ni drama yang paling latest & yang terakhir yang aku tengok tak silap aku. Lepas tu dah tak tengok dah drama lain. Drama ni pun best. Kisah wanita hodoh pada waktu siang, tapi cantik gile pada waktu malam.

Ni lah antara telenovela yang aku ingat. Ade lagi ke telenovela lain yang famous mase dulu-dulu?? Kalau ade inform lah jugak di comment box ye. Hehe.

Drama filipina pun popular jugak mase dulu-dulu. Paling ingat sekali Drama Sanay Wala Nang Wakas. Haha.
Tapi sekarang, telenovela ni hanye menjadi kenangan. Ade je kat TV telenovela yang latest, tapi takde mase nak tengok.

Antara ayat-ayat famous dalam telenovela mexico:

"Por Phabor"
"Muncas Hamas!!!"
"Gracias"

Eman: Menghitung hari untuk balik kampung. =D

8 comments:

♥ Dea ♥ said...

smua best!!.. yg peberet ialah mis tres hermanas.. hehe.. :P

EmaN said...

@Dea:
Owhh..ramai gak suke tengok drama tu..hehe..

Cik Bell said...

best !! tp cter yg atas skali tu tak pernah tgok pun.

JIJI YU said...

terbatal pose aku ni

niesa said...

mistres hermanas best

EmaN said...

@Cik Bell:
Citer atas sekali tu antara telenovela yg terawal kalau tak silap. Lepas tu muncul la telenovela yg lain.


@JIJI YU:
Huhu..sori bro..gambar sgt bahaye ye..sori2..dah tukar gambar lain...lebih sopan sikit..huhu...


@niesa:
Hmmmm, ramai kate mistres hermanas tu best..heheh :D

nanad said...

hoho..tiba2 terflashback zaman dolu2...balik2 sekolah je teros bukak tv layan telenovela espanol ni =.=" huhu

Aiman said...

@nanad:
HAha...tau tak pe...balik sekolah je mandi sepantas kilat terus g duk depan tv..hihi...semangat betul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...