Friday, March 30, 2012

Sales & Expo Sane Sini

Sangat banyak nampaknye sales & expo minggu ni. Semunya dekat dengan rumah, memang bahaya. Hak.


1) Smartphone Expo

Venue: SACC Mall, Shah Alam
Date: 29 March 2012 - 01 April 2012

Ni kalo nak pergi & membeli, wallet & purse masing-masing kena tebal ye.


2) SACC Mall Fashion Fair


Venue
 SACC Mall, Shah Alam (Ground Floor)

Date
 01 April 2012 - 08 April 2012

Info
Large sized apparels available ranging from 2XL – 5XL. Products Offered Apparels Ladies Footwear Handbag!


3) Padini Sale!


Venue
Padini Concept Store at:
1 Borneo Hypermall 
1 Utama Shopping Centre 
AEON Bukit Indah 
AEON Bukit Tinggi 
AEON Tebrau City 
Alpha Angle Shopping Centre 
City Square Johor Bahru 
Dataran Pahlawan Melaka Megamall 
East Coast Mall 
First World Plaza 
Gurney Plaza 
IOI Mall 
IPC Shopping Centre 
Kinta City Shopping Centre 
Pavilion Kuala Lumpur 
Queensbay Mall 
Sunway Pyramid 
The Curve 
The Spring 
Warisan Square

Date
10 March 2012 - 08 April 2012

Info
Sale up to 50% off!Padini Holdings Brands Include:Vincci,Vincci +,Vincci Accessories,Padini,Padini Authentics,PDI,Seed,P & Co,Miki Kids,Brands Outlet.


4) Malaysia Career & Training Fair (MCTF'12)


Dah terlepas untuk Express Registration. Horhh.


5) Reject Shop Warehouse Sale


Info
Sale start 10.00am-8pm @ Metrojaya Warehouse, Shah Alam. Price start from as low as RM3 and Discount up to 70%.


Mana mau pergi ha? Ayoyoyo...

Wednesday, March 21, 2012

Kad Kahwin - Finale Design



Hari tu punye cancel. Cuba untuk design yang lain and inilah hasilnye.

Bahagian Luar Kad
Bahagian Dalam Kad

Dah lame siap sebenarnye, setelah beberape kali ubah atas kehendak tuannye. Huii.

Dan macam biase, aku lemah betol bab-bab matching color nih. Sangat pink and purple tak gitu? Hmm, orang mintak color camtu, kite buat jo lah.


Tuesday, March 13, 2012

Saman Parking



Aku disaman sebab salah parking mase pergi uptown hari tu. Walaupun dah pukul 11 malam, Mr Polis masih aktif!! Al-kesahnye aku dah cari parking 30 minit tapi tak jumpe2. Ade parking kosong, tapi tak nak masuk sebab kena bayar. Hak. So aku pun keluar lah balek cari parking kat luar. Memang ramai parking tepi jalan. Sekali ade kosong aku pun join lah parking tepi jalan.

Ingat kan takpe parking kat luar, yelah tempat orang ramai kan. Tak terpikir pulak salahnye. Bile nak balek, dah ternampak saman kat kereta. Dah saman, kena lah bayar oi. Terima kasih Mr Polis sebab menjemput saya ke balai polis. 1st time aku masuk balai polis.

So kepada anda yang nak parking kat mane-mane tempat, janganlah sesuka hati parking kat tempat yang tak boleh parking ye. Lebih baik bayar parking dari bayar saman. Tak gitu?

Untuk pengetahuan, mulai 1 Mac yang lepas, kite dah tak boleh merayu untuk kurangkan harga saman. Kalau nak mintak kurangkan harga saman, kena pergi ke IPD Bukit Aman. Kat tempat lain semua tak boleh. (Terbace notis yang die letak kat cermin kaunter. Harap2 mata tak silap melihat.)


Wednesday, March 7, 2012

My First Kad Kahwin

Wohh, tajuk cam gempak bunyi. Haha. Ni bukan kad kahwin aku, yang nak cakap sebenarnye, my first time design kad kahwin. Disebabkan kawan aku mintak tolong design kan kad kahwin, aku pun cuba lah galas request yang diberikan.

Sebelum ni memang langsung tak pernah buat design kad kahwin. So, aku memang tak tahu proses printing kad kahwin macam mane. Kertas die pakai macam mane, cara design, semuanye memang aku tak tahu. Aku main belasah je design.


Tema: Pink & Purple

Ok ke? Macam tak puas hati. Macam biase, aku memang lemah dalam bab-bab bermain dengan color nih. Ni baru muka depan, yang dalam belom buat lagi oi. Design continued.........


Saturday, March 3, 2012

Lagu-lagu File Sharing Makin Menghilang?

Sebenarnye dah lame perasan. Sekarang ni rase makin susah nak download lagu. File sharing yang aku selalu guna adalah MEDIAFIRE. Sebab laju & pantas.


See? Satu je yang available. Ni lah cara aku cari lagu sebenarnye. Kalau dulu banyak je dapat, sekarang dah susah. Tapi aku tak tau la cara lain macam mane. Maybe 4shared boleh lagi? Tapi tak suke gune 4shared sebab kena tunggu untuk download.



Jumpe lagu bukak link tak boleh download pulak. 



Lagu-lagu lame pulak dah di removed. Hmm, maybe sebab undang-undang nya udah semakin ketat. Ye la, memang salah pun sebenarnye download free kat Internet ni kan. Hehe. Kesian penyanyi-penyayi yang buat lagu.

Bayangkan kalau semua file sharing dah tak boleh gune untuk download lagu & movies, gamaknye kembali macam zaman dulu-dulu la. Penuh cd dalam rak. Heh.

p/s: Oh aku kena bekerja hari ni. Hari Sabtu yang biasenye aku masih terlentang di atas katil. :O

Thursday, March 1, 2012

Praktikal Story

Salam.


Praktikal story?
Dah 2 minggu dah ghupenye aku praktikal. Tempat aku praktikal namenye KISTECH (KIST Technology & Multimedia Education SDN. BHD.). KISTECH ni adalah salah satu anak syarikat kepada KIST Group Holdings. I'm quite impressed actually sebab KIST Group Holdings ni ade 37 anak syarikat semuanye. Ade KIST Mall, KIST College, KIST Travel & Tour, KIST Aviation, KIST Driving Academy & macam-macam lagi. Anyway, kerja ni letih sebenarnye. Balek je petang, mak aii mata asyik layu je. Seriously, jadi student lagi best dari bekerja. Tak gitu?


Praktikal Works?
Cakap pulak pasal kerja. Aku ditugaskan untuk buat website dengan menggunkan Joomla. The point is, aku memang tak pernah guna Joomla. Aku hanya biase guna PHP je. So first week, hari-hari kerja memang bermain dengan Joomla. Saje-saje nak membiasakan diri. Now, alhamdulillah, aku dah mula paham & reti gune Joomla. Walaupun kadang-kadang aku rase PHP lagi senang dari Joomla. Dan aku masih rase seperti itu. Haha.

4 tahun sudah laptop ni.

My Laptop?
Aku sangat stress dengan laptop aku sekarang. SLOW. LEMBAB. Bayangkan, nak tekan right click refresh pun 10 saat. Kalau buat Joomla tu, horhh, amat menguji kesabaran. Nak beli laptop baru, masalahnye laptop tak rosak. Macam mane tu? Nak mintak rosak kang tibe-tibe malaung pulak. Addoi.


My 23rd Birthday?
Lari topik dah ni. Horhh, esok 2 March. Happy Birthday Eman Emano. What the? Wish sendiri. Haha. Moga-moga menjadi seorang yang insan yang lebih baik daripada sebelumnye. Insyaallah. Dear heart, its time to find a love isn't it? Lately, Mak sendiri pun tak berhenti-henti tanye pasal GF. Siap jadi spy, amek gambar time kenduri kahwin sepupu hari tu. Punye lah nak cari menantu. Haha. Insyaallah. I believe in Allah. I'll find it one day. If it is love, then I will feel it. Definitely.

Till then, salam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...