Monday, August 8, 2011

Trans Studio Bandung (Indoor Theme Park Terbesar Di Dunia)


Korang tengok Majalah 3 semalam?? Tertarik pulak dengan kisah tentang Trans Studio Bandung kat Majalah 3 semalam. Tertarik bukannya apa, sebab Trans Studio Bandung ni adalah Indoor Theme Park Terbesar Di Dunia!! Whooh!! Hebat sungguh. Lagi satu tertarik sebabnya tahun lepas baru je aku pergi Bandung. Haduih, apesal la tak wujud lagi Trans Studio masa tuh. Bila pulak nak pergi ni ye. Hihihi.

Credit to: MIGNONESIA
Nampak gaya nye Bandung ni ada tambah lagi satu lah ye tempat menarik yang harus dilawati, yo lah kan, sebelum ni Bandung memang lah famous sebagai tempat shoping oleh orang-orang Malaysia. Hah, lepas ni, pakat ramai-ramai pergi serbu Trans Studio pulak lah ye.

Sedikit info mengenai Trans Studio ni, menurut Majalah 3 semalam, Trans Studio Bandung ni baru dibuka pada 18 Jun 2011 lepas. Baru lagi lah kan, dan sebenarnya ini adalah Trans Studio yang ke-2, sebab Trans Studio pertama terletak di Makassar. Cuma yang ni Indoor Theme Park nye dikatakan sebagai yang terbesar di dunia. Trans Studio ni konsep dia sama lah macam Universal Studio. Korang pernah pergi?? Aku tak pernah. :O

Macam-macam ada kat dalam Trans Studio Bandung ni katanya. Ada dalam 20 jenis permainan dan tarikan yang ada. Ada Rumah Hantu, Roller Coster, Broadway Performance, Studio ala-ala Hollywood, macam-macam lagi lah. Kat Majalah 3 semalam die tunjuk siap ada studio pengacara. So, siapa-siapa yang berangan nak jadi pengacara tu, boleh la masuk kat studio ni ye. Dalam tu ada la screen bacaan kat depan (macam pembaca berita), pastu nanti dia record lah kot. Ini berdasarkan daripada mata aku yang menonton Majalah 3 semalam ye. Hihi.

Harga?? Kalau tak silap RM78. Kalau tak silap la. Hehe.

Ape pun, tak nak lah cerita lebih-lebih, sebab diri ini pun belum sampai dimana-mana Theme Park sebegini ye. Setakat kat Genting boleh lah sampai. So, apa lagi, jom serbu Bandung pulak lepas ni. :D

Jom layan video-video tentang Trans Studio Bandung kat bawah ni:




p/s: Malaysia bila pulak?? =p

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...