Wednesday, August 10, 2011

:: Drama Jepun: Titik Permulaan & Drama Terbaik ::

Entry kali ni nak berkongsi sedikit mengenai pengalaman @ bermulanye aku minat dalam drama jepun & drama korea. Sebenarnye entry ni dah lame 4-5 hari dibuat, tapi tak siap-siap lagi. Asyik duk tangguh-tangguh, buat entry lain dulu lah, so sekarang baru lah nak post kan entry yang ni. Tapi kali ni nak cerita tentang Drama Jepun dulu lah yer, next entry baru cerita tentang Drama Korea. Hihi.

Aku mula minat dengan Drama Jepun ketika aku dah masuk ke alam universiti. Al-maklumlah, time tu baru dapat laptop kan. Dan hasil pengaruh daripada rakan-rakan, akhirnye aku mula menonton Drama Jepun pertama aku yang berjudul Proposal Daisakusen. So, aku senarai kan je lah yer drama-drama jepun yang terbaik & yang pernah ku tengok.

1) Proposal Daisakusen

Haha. Ni lah first drama jepun yang aku tengok. Bermula dari drama ni lah aku mula mencari drama-drama jepun yang lain. Bagi aku drama ni memang best. Best dari segi lagu tema, jalan cerita (walaupun agak pelik), romantika, dan pelakon-pelakon nye. Genre: Romantik ade, comedy pun ade jugak sikit. Drama ni ade 11 episode, dan ade juga dalam bentuk movie, Proposal Daisakusen SP (Special). Rating aku bagi 4.5/5. Drama yang harus ditonton. :D
[ Link Download : Proposal Daisakusen ] 

2) Bloody Monday

Cerita ni best amat!! Bagi sape-sape yang minat cerita macam detektif ke, tengok lah cerita ni. Bloody Monday cerita nye adalah mengenai hackers. Pastu ade la polis yang nak menghapuskan terrorists nih. Senang cerita, tengok lah drama ni. Bloody Monday ade dua season: Season 1 (11 Episode), Season 2 (9 Episode). Aku masih mengharapkan ade season yang ke-3. Tak tau la ade ke tak. Hehe. Rating: 5/5. Genre: Action & Suspense. Juga drama harus ditonton. :)
[ Link Download : Bloody Monday Season 1  |  Bloody Monday Season 2 ]
 

3) One pound gospel / One pound no Fukuin

Drama yang kelakar. Biasenye Hero dalam cerita ni berlakon dengan watak yang serius je dalam drama-drama lain. So, kalau nak tengok die berlakon dengan watak yang kelakar, tengok lah drama nih. Memang menjadi kelakar nye. Pelakon-pelakon lain pun kelakar. Cerita nye adalah pasal gusti. Ade 9 episode. Genre: Comedy. Rating: 5/5. Drama yang harus ditonton juga. :)
[ Link Download : 1 Pound Gospel ] 

4) Nodame Cantabile

Drama tentang pianist @ musician. Cerita dan watak-watak yang kelakar. Watak heroin agak pelik sedikit & lain dari yang lain, seorang yang kusut masai & tak teratur. Best juge untuk ditonton. Ade 11 episode. Diterbitkan juga dalam bentuk filem. Genre: Romantic comedy. Rating: 4/5. :)
[ Link Download : Nodame Cantabile | Nodame Cantabile The Movie I | Nodame Cantabile The Movie II ] 

5) Gokusen

Drama ni jugak antara drama terawal yang aku tengok. Gokusen memang sangat kelakar. Ade Gokusen 1, 2 dan 3. Pelakon utama (cikgu merah dalam gambar) memang berlakon untuk ketiga-tiga season. Drama yang kisahnye tentang sekolah, cikgu yang mengajar di sekolah yang muridnye sangat nakal & gangster. Lepas tu, bile muridnye kena belasah dengan orang, cikgu ni lah yang pergi selamatkan dengan cara belasah jugak. Haha. Tapi jalan cerita memang same setiap episode, begitu lah jugak untuk setiap season. So, tengok Season 1 dan 2 tu pun dah cukup rasenye. Just for fun sebab memang kelakar. Genre: Comedy, School. Rating: 4/5.
[ Link Download : Gokusen 1 | Gokusen 2 | Gokusen 3 ] 

6) Hanazakari No Kimi Tachi E

Drama ni rasenye dah cukup famous. Drama yang menghiburkan jugak. Hehe. Kisahnye tentang wanita yang menyamar sebagai lelaki di sekolah lelaki. Genre: School, Romance, Comedy. Rating: 4/5. :)
[ Link Download : Hanazakari No Kimitachi E ]

Okeh, aku dah penat untuk memberi ulasan dan letak gambar. Haha. So aku just list kan sambungan nye kat bawah (list adalah secara random, bukan mengikut turutan drama yang best).

7) Attention Please -  Drama macam Awan Dania (sebenarnye Awan Dania macam drama ni)
[ Link Download : Attention Please ] 


8) 1 Litre of Tears - Drama sedih yang popular.
[ Link Download : 1 Litre of Tears ] 

9) Mr. Brain - Satu lagi drama genre misteri dan comedy. Harus ditonton juge. Hehe
[ Link Download : Mr. Brain ] 


10) Hana Yori Dango - Drama yang cukup popular jugak. Ramai dah tengok kan?
[ Link Download : Hana Yori Dango | Hana Yori Dango 2 ] 


11) Team Medical Dragon / Iryu - Drama tentang para-para doktor. Best jugak layan drama ni.
[ Link Download : Iryu 1 | Iryu 2 | Iryu 3 ]

12) Kurosagi / The Black Swindler - Lagi drama ala-ala investigation dan misteri.
[ Link Download : Kurosagi ] 


Kat bawah adalah drama-drama yang biasa-biasa sahaja. Layan jugak la drama-drama ni dulu. Hehe.

- Zettai Kareshi
- Taiyo no Uta
- Ryusei no Kizuna
- Nobuta wo Produce
- Regatta
- My Boss, My Hero
- Mei-chan no Shitsuji  
- Code Blue
- Buzzer Beat
- Hero
- Dragon Zakura 

Perghh, boleh tahan banyak jugak ye drama-drama yang aku dah tengok. Tapi sekarang ni agak susah nak jumpe drama jepun yang best-best. Tak macam dulu. Sebab tu lah aku dah lame tak tengok drama jepun. Huhu. Ape pun, sekian dengan drama-drama yang aku dah tengok sebelum ni. As-salam.... :D

Download link semua credit to Doramax264. Tq :)


3 comments:

..cik gugu.. said...

x mnat sgt drama jepun.. juz mnat yg no 6 2 je.. gugu lbh mnat drama korea ;)

EmaN said...

Hehe..same la kot skrg...skrg pn dah tak tgk dah drama jepun..byk tgk drama korea je srkg...hehe.. :)

I.MY.ME.MINE said...

Seigi no mikata best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...