Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Pengalaman Pertama Di Operation Theatre


Buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku dimasukkan ke hospital untuk membuat pembedahan. 

Sebulan sebelum surgery --- Rileks, lambat lagi....
2 - 3 minggu sebelum surgery --- Masih cool lagi....
1 minggu sebelum surgery --- Debaran kian terasa, tapi malas nak pikir....
1 hari sebelum surgery --- Eh esok dah??

Tapi.......


1st Day

Gambar hiasan semata-mata, credit to Mr Google
Pukul 10pagi, akhirnye aku 'berjaya' dimasukkan ke wad. Bile dah masuk wad, jantung berdegup-degup duk menunggu akak-akak nurse untuk ambil darah atau suntik kat mane-mane tangan. Ye lah, biasa orang masuk wad memang kat tangan tu kena suntik lah kan. Macam kat gambar atas. Dalam kepala mulalah duk risau kalau lah akak-akak nurse tersalah suntik ke ape ke, macam mane lah rase sakit die. Haha. 

Tapi tunggu punye tunggu sampai lah ke malam, aku rase macam bukan orang sakit. Seolah-olah "I'm still free"!!. Haha. Ye lah, masuk wad dari pagi, suntik ke ape ke tak kena langsung sampai ke malam. Macam saje suka hati nak pergi bermalam kat hospital. Siap heret beg roda. Macam masuk hotel!!


2nd Day

6.00am 
Bangun solat subuh dalam keadaan yang sejuk teramat amat. Tapi tidur tetap lena. Hak.

7.00am 
Sambung tidur balik!! Macam duk rumah pulak ye. Tapi 15 minit lepas tu Doktor 1st masuk, tak jadi tidur.

8.30am
Doktor 2nd masuk. Katenye tak yah puasa. Terus makan.

9.30am
Doktor 3rd, Doktor sebenar yang merawat aku, Prof Dr Abdullah Sani pulak masuk. Seorang Pakar ENT yang sangat kelakar dan aku respect. Sebabnye kalau masuk bilik @ klinik die, memang bilik die sentiasa dipenuhi oleh doktor-doktor dan para pelajar beliau. Penuh 1 bilik duk tengok aku. Pada aku, memang die mempunyai hubungan yang sangat baik dengan doktor, nurse, dan pelajar-pelajar beliau. Kalau jadi student die, confirm best gile belajar.

12.00pm
Penantian sudah berakhir. Aku dipanggil untuk bersiap-siap masuk ke dewan bedah. Time aku kena tolak dengan katil, fuhhh, sejuk seram. Masuk je dewan bedah, macam-macam perasaan ade. Time tu, memang rase nak lari keluar. Haha. Tapi aku tawakal je la.


Operation Theatre

Sebelum pembedahan bermula, satu benda aku kagum dengan Prof Dr Abdullah Sani, die mengetuai doa bersama-sama dengan para doktor dan nurse lain. Ni lah yang kite dengan nak. Moga-moga para doktor kat luar sana yang beragama Islam sentiasa mengamalkan cara sebegini. Sekurang-kurangnye, pesakit pun rase lega, sebab doktor mendoakan untuk mereka dan keselamatan pesakit.

Aku yang kat dalam OT tu memang duk doa je memanjang. Bile nurse & doktor dah ready, terus aku disuntik ubat bius. Bius pulak kat tengkuk je. So time surgery, memang aku dapat dengar segala perbualan dan sedar dengan keadaan sekeliling. Tapi tak dapat menonton sebab mata aku ditutup dengan kain.

Operasi bermula!! Tengkuk aku mula 'dibedah' dalam 6cm. Dapat rase sedikit time die tengah 'kerat' tu. Ngeri?? Lepas tu, dapat pulak rase yang kulit aku bagai diselak-selak untuk doktor cari tempat untuk dirawat. Dah jumpe, drill mula masuk ke tengkuk aku. Urghhh. Macam mane agaknye rupa bentuk drill tu ye.

Yang inikah???
Atau ini???

Yang pasti BUKAN yang ni!!

Dalam 1 jam 30 minit, surgery aku siap. Sekali lagi tahap ngeri bile kulit aku dicantum kan. Rase tertarik-tarik gitu. Hahak.

Pengajaran yang aku dapat lepas masuk bilik Operation Theatre - Lepas ni tak nak dah masuk lagi!!!

Ape-pun, alhamdulillah semuanye selamat. Syukur. About 8 years I suffered. People laugh, people 'make fun', people 'stay away' and others, I faced all that kind of people. Aku redha. Aku syukur. Semuanye ujian.

But I still have them. 'Them' who I called as family, and friends. My mother especially, she has been a very 'strong' mom lately. Nobody can replace her. :D

And friends, thanks for the visit. Thanks for calling and messaging to ask about my condition, and thanks for praying and support. Thank uuuuuu....... :D


Monday, August 29, 2011

Air Garam Penawar Keracunan Makanan

Satu informasi yang menarik. Sumber dari Kosmo!.

KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.
AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan
Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.

Virus

“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.

“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.

Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.

“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.

“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

MAKANAN yang terdedah senang dicemari

Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.

Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.

“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.

“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.

Kesimpulannye, kalau ade muntah-muntah, cirit-birit atau letih lepas makan tu, cepat-cepat lah buat rawatan sendiri sebelum pergi jumpe doktor. Macam mane caranye??

1) Campurkan sedikit garam & gula bersama air sejuk untuk diminum.
2) Nak letak perisa dalam air tu pun boleh.
3) Pergi jumpe doktor dengan segera.

Eman: Hari ni ramai yang masak kot, peniaga-peniaga pun nak raye jugak. :D

Sunday, August 14, 2011

Hati-hati Beli Makanan Kat Bazar

Salam ramadhan ke-14. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menyambut ramadhan sehingga hari ni. Sepanjang puasa ni korang beli makanan kat bazar ke atau pun makan ape yang dimasak dari rumah je?? Aku kat rumah masak ke tak ke tetap pergi jugak bazar ramadhan. Hehe. Tapi tak de la hari-hari, 1 minggu dua tiga kali jugak la. Tu pun beli kuih-muih atau air je.

Ni nak cite pasal bazar ramadhan. Tadi aku baru terdengar cerita dari sepupu aku yang ade budak 11 tahun mati lepas berbuka puasa dengan makanan yang die orang beli kat bazar ramadhan. Kejadian ni berlaku kat Meru, Klang. Terkejut jugak aku dengar, sampai boleh bawak maut akibat keracunan makanan ni.


Al-kisahnye boleh bace kat bawah, sumber dari berita harian. Rasenye 5 hari lepas punye cerita kot.
MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.
Al-fatihah buat arwah, takziah kepada keluarga.

Ni lah yang bahaye nye beli makanan kat bazar. Kebersihan makanan tu tak dijaga sangat. Aku tau tak semua peniaga macam tu, memang ade yang mementingkan kebersihan, jual pun dengan ikhlas. Memang bagus peniaga macam ni. Cuma ade sesetengah je la yang tak macam ni.

So, kalau kite nak pergi bazar, kalau nak beli makanan ke lauk pauk sekali pun, beli lah sepuas-puas pada hari pertama puasa tu. Sebab time tu memang makanan semuanye fresh dari ladang kan. Hehe. Baru first time masak. Tapi lepas dah 3 hari puasa ke, 1 minggu lagi la, udah-udah lah tu beli macam-macam. Cukuplah setakat beli kuih ke.

Lagi satu pasal air, air pun bahaye jugak sebenarnye beli kat bazar ni. Aku dah 2 kali beli air tebu, time nak pergi tarawih tu, tengok air dah berbuih-buih. Cepat betul. Lagi best buat air sendiri. Nak ais ke, nak 'kau' punye air ke, buat la ikut suke hati. Lagi nikmat!!

Jadi hati-hati kite semua kalau nak pergi beli makanan kat bazar tu. Buat peniaga-peniaga, jaga lah kebersihan makanan & tempat jual. Itu semua penting. Kalau tengok makanan macam dah nak basi ke, jangan lah jual. Aku macam tertanye-tanye jugak, kalau makanan yang tak habis jual, die jual balik ke esok hari??

Dalam hal ni, kite tak boleh salahkan siapa-siapa. Peniaga nak cari rezeki kat bazar, pembeli pulak hanye nak cari makanan je. Peniaga kena lah memastikan makanan yang dijual sentiasa sihat walafiat. Kepada pembeli macam aku ni, jangan lah beli ikut nafsu je. Tengok yang tu nak, yang ni pun nak. Kadang-kadang sumbat macam-macam pun boleh jadi keracunan jugak kan..?? Tak gitu ke..?? Hihi..

Sama-sama lah kite menjaga pemakanan kite dengan baik supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga. =)

Monday, August 8, 2011

Obesiti: Salah Makanan atau Salah Diri Sendiri?

Entry kali ni nak PETIK cerita tentang kesihatan...maybe entry first berkaitan kesihatan di blog ini...baru-baru ni, sy telah pergi ke Pesta Buku, seperti yang diceritakan di entry sebelum ini, lepas tu dapat 1 akhbar I Luv Islam secara percuma...dalam akhbar tu ada la sedikit cerita mengenai obesiti ni...so, saja lah kot nak ulas sedikit mengenai obesiti tengah2 malam ni...hehe...

Rasa2 semua  dah tahu kot mengenai larangan kerajaan terhadap penjualan nasi lemak di sekolah baru2 ni...dan cara ini seperti yg diketahui sangat2 lah tidak praktikal...bukannya apa, macam tiba-tiba nasi lemak dipersalahkan dalam hal ni...kesian nasi lemak ye, nasib engkau la...hehe...seboleh-bolehnya kita nak elakkan masalah obesiti ni berlaku di kalangan budak-budak lagi...ye la, kalau kecik-kecik lagi dah ada masalah obesiti, tak ke bahaya tu?? 

Gambar hiasan

Pada sy, banyak sebenarnya faktor-faktor yg menyebabkan masalah ini berlaku, antaranya:

1) Pemakanan

Kalau kita tengok zaman dulu dengan zaman sekarang, banyak bezanya....memang tak dinafikan lagi lah kan...hehe...zaman sekarang, macam-macam jenis makanan ada...contohnya, McD, KFC, Pizza, dan macam-macam lagi....sangat2 banyak sekarang...tu tak sentuh lagi soal halal & haram...dari segi kandungan pemakanan pun kita tak ambil kesah sangat kan...tau makan, sedap pastu boleh la makan lagi sekali...hihi...
Dari segi minuman pun perlu diberi perhatian...contohnya air-air yang ber gas perlulah dikurangkan....

Budak-budak zaman sekarang, umur 3 tahun pun dah kenal dah makanan & minuman seumpama ini...sy sendiri boleh melihat dengan mata sy dimana sepupu-sepupu sy yg kecik-kecik, kentot-kentot lagi dah minum air ber gas, makan fast food...inilah yg patut kita elakkan sebenarnya...kalau kecik-kecik lagi dah menerima pemakanan yg tidak elok, besar nanti bagaimanakah keadaan mereka?? Orang-orang tua disekeliling kita yg sedang sakit pun tak menerima & mungkin tak pernah kenal dengan pemakanan seperti ini, yg tu pun dah sakit macam-macam....tak dapat nak bayang budak-budak yg dah terima pemakanan yg tidak elok sejak kecik, besar nanti entah penyakit apa yg akan datang pada mereka....so dalam konteks ini, ibu bapa lah yg perlu memainkan peranan penting....fikir-fikir lah....

2)  Senaman

Senaman sangat-sangat penting untuk kesihatan...nak cakap lagi pasal peredaran zaman, orang zaman dulu kalau pun mereka makan makanan-makanan yg membahayakan kesihatan, mereka tetap melakukan senaman...dia orang sentiasa menggunakan tenaga & otot-otot dia orang setiap hari dalam melakukan apa jua kerja....so kira senaman lah tu kan....hihi...dulu kalau budak-budak nak pergi sekolah pun jalan kaki...jauh pulak tu....sekarang, senang je, pergi sekolah naik LRT, nasib baik tak naik kapal terbang...ada ke?? Tak pun mak ayah hantar dengan kerata depan pagar sekolah lagi, nasib baik bukan depan kelas...ada jugak ke?? :D

Zaman sekarang semuanya senang....senang itulah kadang-kadang sangat membahayakan...so, buatlah senaman tiap-tiap hari....pergi jogging ke contohnya...budak-budak pun perlu diajar bersenam dari kecik...ni tak, kecik-kecik dah makan macam-macam, pastu tak bersenam pulak tu...bahaya-bahaya...

3) Teknologi

Ada jugak ye teknologi....hihi...ni pada pandangan sy lah....teknologi maksud sy disini contohnya servis delivery....kemudahan ini memang lah sangat mudah....tapi ada lah jugak kan keburukan dia...semua bende ada kebaikan & keburukan sebenarnya...so, its normal...cuma nak cakap, servis sebegini menyebabkan kan orang menjadi malas....nak pergi beli makanan pun malas...nak masak apatah lagi....dah lah makan makanan yg tidak menyihatkan, tak bersenam, pastu mintak delivery pulak tu lagi....haihhh, memang lah senang lenang betol zaman sekarang ni ye....

4) Persekitaran

Ni nak cakap tentang restoran-restoran 24 jam...ni biasanya restoran-restoran mamak lah kan...servis sebegini sebenarnya tidak elok untuk kesihatan orang ramai...ye lah, makan pagi, tengah hari, petang, malam, pastu makan tengah malam lagi...makan makan makan....huihhh...dahsyat...tak tahan nya, boleh tahan ramai jugak orang yg berpusu-pusu ke kedai-kedai makan 24 jam ni....lepas tu balek rumah teros tidur...memang lena betul ye....

Seingat sy ada negara yg mengharamkan kedai-kedai beroperasi 24 jam, demi untuk mengamalkan budaya yg sihat....tapi tak ingat negara apa...inisiatif seperti ini sepatutnya kita contohi...

5) Diri Sendiri

Diri kita sendiri yg tidak mempraktikkan budaya yg sihat...kita makan apa yang kita nak, tak bersenam, tidak kisah tentang kesihatan dan sebagainya....sangat lah tidak patut....kita sendiri kena ubah untuk diri kita...

~ Do not let other things control us, we have to control ourselves!! ~
Inilah yg paling penting sebenarnya....kalau perkara-perkara diatas tidak dapat dielakkan, jadi kita sendiri yg perlu mengambil inisiatif untuk mengamalkan budaya hidup sihat & kesihatan yg baik...

> Dari segi pertumbuhan makanan yg bermacam-macam, kita tak dapat nak elakkan...kita boleh kata itu sebagai bisnes, ye lah kan, orang ada idea nak buat apa, dia orang buat lah....so, nak tak nak, kita sendiri yg perlu elak...boleh nak makan, tapi sekali-sekala cukup...bukan tiap2 minggu...tiap2 hari ada ke?? Hebat orang macam tu...
> Kadang-kadang disebabkan kerja, ada orang yg tak sempat nak bersenam....balik kerja nak jaga anak lagi kan...so, nak buat macam mana?? Kita kena jugak cuba cari masa untuk menggerakkan otot-otot kita...contohnya, waktu lunch kita pergi lah jalan kaki ke, boleh lah kan senaman sambil2...tp kalau dah tua2, umur 40 tahun ke atas, memang lah tak larat nak bersenam...so, waktu anda muda mudi, sedang belajar, bersenam lah selalu ye...baik untuk masa hadapan...
> Teknologi - Ini pun tak dapat nak dielakkan, teknologi sentiasa berkembang pesat...jadi pandai2 lah kita menguruskan diri kita yep...
> Persekitaran - Ini pun sama lah kan....strategi bisnes bukak kedai sampai lewat malam...rasanya kalau kerajaan ambil langkah mengharamkan kedai beroperasi 24 jam, contohnya pukul 12 malam dah kena tutup, huww, mesti sunyi terus tiap2 malam kan...semuanya tidur...esok bangun segar, sebab apa?? Sebab anda mengamalkan budaya sihat...hehe...pandangan je...

Wahh, boleh tahan panjang entry aku ni...macam doktor @ pakar pemakanan pulak aku ni...hihi....sedikit pendangan la dari aku sebenarnya....mungkin berguna untuk sesiapa aku tidak tahu...aku hanya tahu menulis...hehe...so, jagalah organ-organ dalam badan anda, jagalah otot-otot anda, dan paling penting jaga kesihatan anda sendiri!! Selamat tengah malam....

(Haaa, ni satu lagi budaya tak sihat, tengah-tengah malam buta masih membuka mata menghadap laptop...tak boleh jadi ni, jom tidoorrr...) :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...