Assalamualaikum. Hari ni nak bercerita sedikit tentang kuih-muih yang sedap dimakan sepanjang bulan puasa ni. Biasanye kalau korang pergi bazar ramadhan kuih ape yang korang cari?? Tak pun kuih ape yang korang rase nak sangat makan time puasa nih?? Haa.. Aku memang teringin sangat nak makan kuih-muih kat bawah semua ni. (Gambar-gambar adalah hiasan semata-mata, credit to Encik Google Images)
1) Puding Raja
Hoho. Puding Raja ni sedap gua cakap sama lu. Harus cuba bagi yang mana tak pernah rasa. Bahan utama yang perlu ade adalah pisang. Pisang bukan sebarang pisang, pisang yang perlu guna adalah pisang lemak manis. Puding Raja ni senang jumpa kat Kuantan @ Pahang. Sebab ni memang makanan orang Pahang. Dan puding ni dimakan dengan kuah kastard. Memang best!! (Terliur pulak rase)
2) Puding Buih Kastard
Puding lagi. Haha. Kali ni puding buih berkastard pula. Fuhh, yang ni pun best. Puding ni yang aku tau masa tengah buat tu kite kena pukul habis-habisan dan mati-matian untuk menghasilkan buih. Sebab tu name die puding buih. Hihi. Tak pun nak senang guna je mesin pengisar yang biasa orang buat kek tu. Tak pun guna je mesin blender (boleh ke??). :O
3) Tepung Pelita
Hoh. Ni pun memang best makan time puasa. Kalau kat bazar ramadhan memang banyak lah tepung pelita ni. Tapi tepung pelita paling best kalau korang nak cari kat bazar, carilah Inn Tepung Pelita. Memang best. Setiap kali puasa & setiap kali aku pergi bazar, memang aku akan cari Inn Tepung Pelita. Takde Inn Tepung Pelita, memang aku tak beli lah. Ade je, terus beli. Hihi.
4) Popiah Berlada
Fuhh, nampak merah-merah tu. Sedapnye kalau dapat makan. 1 lagi jenis popiah yang aku suka ialah popiah goreng cicah dengan sos lada yang die bagi. Biasa nye popiah yang jual kat lori tu best. Kat bazar la biasa nye. Tak ingat pulak popiah ape name gerai tu. Huww.
5) Lompat Tikam
Huii, ni pun best!! Kuih ni kuih kelantan. Aku dah makan puasa hari ke-2 hari tu, tapi kurang sedap & kurang menyengat. Tuh la, kena cari kat tempat original jugak yang sedap.
6) Buah Tanjung
Pernah dengar buah tanjung?? Yang ni pun kuih kelantan. Biase senang nak cari kat kota bharu kot. Bagi aku memang sedap kuih ni weh. Memang manis leting rasonyo. Sesetengah orang tak suka & tak boleh makan buah tanjung ni sebab rasenye memang manis amat!! Tapi sedap. :)
7) Akok
Perghh, akok ni kalau makan time panas-panas memang sedap habis. Ni pun senang nak cari kat kelantan. Tapi kat KL pun senang kot nak cari kuih akok ni, cuma rasenye mungkin tak sesedap dengan yang original. Tak gitu??
8) Kuih Lopeh
Kuih ni aku tak tau asal dari mane. Tapi memang best. Kuih ni dimakan dengan air gula melaka. Teringat dengan mak cik yang jual kuih kat asrama aku, fuuhhh, memang sedap habis kuih lopeh die. Kuih lopeh die la yang paling sedap yang pernah aku makan. Tapi malangnye tahun ni tak dapet den nok meraso sebab cuti semester yang lamo sangat. Huwww. (Name lain kuih ni aku panggil kuih Jennifer Lopeh) :D
9) Pulut Bakar
Sekali lagi makanan kelantan. Perghh, pulut bakar ni pun sedap dimakan time panas-panas. Memang menyegat.
10) Onde-Onde Gula Melaka
Hihi. Onde-onde ni bila-bila mase kat mane-mane pun boleh jumpa. Tapi sedap jugak makan time puasa. Nama lain kuih ni aku panggil Kuih Pecek Car. Haha.
Okeh. Itu sahaja. Salam........... =)
5 comments:
naseb baik bru skrg ak baca entry ni..
haha:)
Haha..kang meleleh pulak tgk awal2..hehe...
best la puding tu...
@asiah_Li:
Puding mane yg best tu?? Tapi semua kuih ni memang best2 pun..hehe
buah tanjung tu manis ea? alamak, memang taleh try makan la. wuuuu, manis xberapa nk gemo ler teman.
Post a Comment