Friday, December 28, 2012

Blog: Design Baru


Okeh. Rasenye dah lame kot pakai design lame. Now tetibe rajin buat design baru untuk blog aku ni. Buat kat ofis pulak tu. Haha. Sebab setelah beberapa lame sangat busy dengan keje, minggu ni ntah kenapa sangat rileks. Lagi pun daripada tak wat ape-ape, baik aku design blog. Boleh jugak mengasah & mempertajamkan skills design aku ni. Tak gitu? Hehe. Design kali ni simple jek. Malas nak pikir susah-susah.

Pagi ni masuk ofis macam biase check email. Bajet email penuh kan. And as usual, groupon banyak hantar email kat aku. Bukan aku nak pon. Haha. Lupa nak cakap, aku memang active groupon sekarang. Haih, bahaye-bahaye.

Tapi pagi ni, ade 1 promotion kat groupon yang membuatkan aku gelak senyap-senyap kat ofis ni. 

Dating Workshop
Hahak. Ade jugak ek dating workshop. Tak sangka. Perlu ke? Sape-sape yang rase perlu tu bole la join ye. Hehe.


Hah yang ni ok la jugak kalau nak pun. Tapi kalau aku nak jaga wat cara sendiri je lah. Nak belajor-belajor pulak huih.

Okeh. Tadi aku rase macam banyak bende nak cite. Dah lost. So aku publish setakat ni je la ye.


Thursday, December 13, 2012

Durian Crepe Version 2



Tengok. Bukan maen kate lepas ni nak beli. Last2 buat jugak. Haha. Tapi kali ni berjaya! Yeah!

Cuba imbas balik durian crepe 1st version nye.

Durian Crepe 1st try
 Punya lah buruk ghupe. Kulit tebal. Makan satu dah kenyang. Tapi untuk yang baru...

Durian Crepe
 Hah. Baru menjadi. Kulit nipis. Makan satupun tak cukup. Hihi.
Gumbira gilos sebab menjadi. Cuma warna hijau tu kurang terang sikit. Kena tambah esen lagi nih. Heh.

Yang lepas aku gune resipi yang ade tepung gandum tu je. Tapi kali ni aku gune resipi yang banyak jenis gandum. Sehat sikit kot sebab resipi ni tak gune santan.

Resipi Durian Crepe

Kulit/Crepe
20gm Tepung Gandum
20gm Tepung Ubi
10gm
Tepung Kastard
10gm
Tepung Jagung
1 Biji Telur
1 Sudu Besar Myk Masak
1
Sudu Besar Gula Halus
40ml Susu Cair
150ml Air
Esen Kuning Telur/Hijau

Filling
Isi Durian
Whipping Cream
Gula Halus (Jika Perlu) 


1 resipi ni dapat buat dalam 14 biji crepe. Kalo wat kecik lagi, lagi banyak kot.
Memang sedap kalo durian nye sedap. Haaa. Durian yg aku beli kat tapak Pasar Malam Seksyen 7 ni memang sedap. Puas hati. Hari-hari ade jual durian kat situ. Mintak isi kuning emas. Fuhhh sedap.

Sunday, December 9, 2012

Durian Crepe - 1st Attempt


Disebabkan barang-barang durian crepe semuanya ade kat rumah, tetiba rase nak merajinkan diri untuk membuatnya. Secara kebetulan pulak ade sepupu bawak durian ke rumah, so ape lagi, aku pun buatlah durian crepe yang orang duk kecoh-kecoh tu. Haha.

Aku bab2 desert yang krim2 ni memang pantang tengok. Terliur nak makan. Kalau senang nak buat hah aku buat lah sendiri.

Bahan2 nya
Yeahh, kacauuu.
 Boleh tahan banyak gak hasil kulit crepe untuk 1 resipi ni. Penat aku nak masak crepe tu. Ingat sikit je.

Sedia untuk dibalut
 Frust bermula apabila whipping cream cair, sebab aku keluarkan dari peti awal sangat. So bila dah nak buat tu cairr lah jawabnya. Haih.

Durian Crepe
Hasilnya dapat lah buat dalam 10-11 biji kot. Tapi untuk 1st try ni memang fail. Rase tawar, kulit berlobang-lobang, pecah-pecah. So kesedapan & keenakan durian crepe itu belum ku rasai macam mane sebenarnya. Haha.


Kebetulan ade pulak kawan-kawan datang, so terus lah serve durian crepe ni. Terus tinggal 1. Hehe. Teringat pulak 1st Pavlova aku dulu. Pun macam ni okeh. 

1st time aku buat (memang fail jugak + rupa pun buruk), kebetulan ade pulak kawan-kawan datang, terus habis Pavlova tu.

1st Pavlova
Hah ni lah rupa Pavlova pertama aku. Haha. Tapi habis dimakan oleh kawan-kawan. Sedap pulak tu kata dorang. Punya la frust sebab buat x jadi. Hehe. Disebabkan dorang kate sedap, tu la ade semangat nak buat lagi. Sampai berkali-kali buat dah.

Pavlova latest
So Durian Crepe ni nak buat lagi ke tak? Tak nak lah. Aku nak beli pulak lepas ni. Bayor & makan je. Senang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...