Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Logo?

Errkkk..ni bukan logo. Ni banner? Poster? Header?
 Sangat lah simple. Aku rase font lain banyak lagi kot yang cantik, yang boleh download kat internet. Ape je yang ade? Font, bendera, logo 1 Malaysia? Sangat tak kreatif. Haks. Ni bukan logo dong.

Kat bawah ni baru lah dinamakan logo.

Hah. Tak ke jauh seribu batu lagi lawa logo-logo kat atas ni? Sangat kreatif pada mereka yang design logo-logo ni. Ni baru logo namenye.

Harap-harap la dapat tukar ye logo merdeka tahun ni. Kalau guna jugak design yang atas tadi tu, hadoi. Sangat hodoh la ghupenye.


Saturday, July 21, 2012

Bilik Bedah Again!

Huk. Last year pernah berazam tak nak masuk bilik bedah dah. Tapi nak wat cane, kite hanya mampu berazam, Allah menentukan. Kali ni bukan sekali masuk bilik bedah, 2 kali okeh. Horhh, seram. 

Dah la baru 3 hari kerja, dah ambil MC. Hehe. Lagi seram, big boss siap sms lagi. Huiii, da lah tak pernah nampak big boss mesra staff, bile sms kalut nak buat ayat. Tapi naseb baik sms cakap take care, lega den. Hehe.

Anyway, selamat berpuasa buat semua rakan-rakan. Yang penting jaga kesihatan anda! :)

Monday, July 9, 2012

Biskut Raya!


Jualan biskut raya bermula! Haha. Saje nak promote biskut mak aku jual. Tahun ni ade 7 biskut. Sila tonton gambar-gambar biskut di bawah ye.


Bahagian mengedit-edit gambar ni sah lah aku. Hiihi.

Tapi paling penting photographer nye, adik aku. Tanpa camera yang canggih ni tak kan lawa gambonye.

So kesimpulannye, biskut-biskut lama ade 4 semuanya. Biskut paling hot sekali adalah strawberry chocolate. 


And kat bawah ni ade 3 biskut baru. 


Macam biase, bulan puasa ni sah rumah penuh dengan biskut. Huwww.



Sunday, June 24, 2012

Blue


From green to blue. Tak tahu lah macam mane boleh pilih warna biru pulak nih. Saje-saje nak bertukar citarasa agaknye. Hihi. Nah amek kau, terang habis warna biru nye. Huhu.

Monday, June 18, 2012

Si Budak Pencuri



Huih, terkejut aku malam ni. Tibe-tibe jiran sebelah rumah bising-bising, terus keluar rumah tengok apekebende. Ghupenye die duk tengah pegang sorang budak, sambil marah-marah. Budak tu dengan pakai seluar dalam je. Al-kisahnye, budak yang berumur 13 tahun itu kena cekup dengan jiran aku sebab curi baju dalam & seluar dalam. Dah 3 minggu rupenye die wat keje tu. Ish3x. Baru 13 tahun dik oi. Muka suci lagi aku tengok.

Terus jiran aku bawak budak tu, cari umah die, jumpe mak bapak si budak tu. Lebih membulatkan mata aku, lepas mak die kuar tanye kenapa, mak die masuk dalam kejap, then keluar balik dengan getah paip terus parp parp parp!!! Huww. Seram sejuk nengoknye. Habis sume jiran keluar, mane tak nye, mak nya menjerit-jerit. Kesian pulak tengok si anak itu. Huhu.

Hmmm, budak-budak lagi dah pandai wat keje camni. Yang malunye sape? Mak ayah jugak. Ye lah, kite orang kat sini berjiran baik. Mak ayah pun sepatotnye jangan lah biasa bagi anak-anak yang kecik lagi keluar malam-malam. Didikan dari kecik tu lah yang paling penting. Tak gitu. Huhu.


Wednesday, June 6, 2012

Seminar @ Sunway Resort Hotel & Spa

Semalam berpeluang pergi ke Sunway Resort Hotel & Spa untuk Seminar Journey to the Cloud, anjuran Dell & Convergence Networks. My first time been there. Sunway pyramid tempat shoping menyoping tu dah banyak kali pergi, tapi hotelnye tak pernah masuk. Hihi.

It was a great talk from great speakers. Seminarnye lebih kepada networking. Banyak cite pasal storage, switches, and server. Tibe-tibe otak terpaksa refresh balek ape yang dah belajar dulu. Hihi. Lame pulak tak sentuh pasal networking nih. 

Before balik, berpeluang pulak lunch buffet kat hotel. Best woo. Makan free. Hehe. Wondered about the buffet price. Berape lah agaknye satu kepala. Anyway, the foods were so delicious. Sangat puas hati. Ada nasi, kambing, daging, ayam, satay, pizza, cakes, aiskrim and lain-lain.

Fuzion
Pasta + chicken with mustard sauce + fish with what so ever but delicious sauce
Puding roti with vanilla sauce. Sedap amat!!
Ni je yang sempat snap gambar nye. Huhu. Syok makan. Takde mase nak amek gambar.


Friday, April 27, 2012

Pavlova Buatan Sendiri

Pernah dengar Pavlova? Aku sendiri pun memang tak pernah dengar sebelum ni. Dapat tau pun lepas duk belek2 satu magazine, ternampak lah pulak satu desert yang menggodakan. Hak. Dari situ lah aku tau apa itu Pavlova. Nak tau details lagi sila tanye Mr. Google la ye. Meh tengok gambar-gambar Pavlova dari google.

Pavlova
Huh, aku suke benor bab cream2 ni. Lepas je tengok Pavlova dalam magazine tu, tiba-tiba pulak rase macam nak buat. Sebab tengok cara nak buatnye senang semacam, tak menyusahkan aku. Tapi 2 minggu selepasnya baru lah impian menjadi kenyataan. Haha.

Maka terhasil lah Pavlova hasil titik peluh tangan aku.

1st Pavlova
1st time made, memang tak puas hati sebab whipping cream kat atas tu nampak kuning semacam, & nampak berketul-ketul sikit. Rase die pun nggak memuaskan. Frust tonggeng jugak la. Tapi kawan-kawan datang makan semua kate sedap la pulak. Haha. Bagus betol la. Terus ade semangat nak buat lagi sekali next time.

Buat ke? Yeaahhh, buat! Disebabkan aku tak puas hati dengan whipping cream tadi, terus ler aku siasat dengan Mr. Google. Ghupenye whipping cream itu tak boleh dipukul terlalu lame. Nak tau info tentang whipping cream boleh tengok SINI. 

Maka terhasil lah lagi sekali Pavlova versi ke-2 aku.

2nd Pavlova
Hah, better lah dari yang 1st. Untuk 2nd time ni, aku buat whipping cream belah malam, then masuk dalam plastik simpan dalam peti. Pagi sebelum g keje baru picit cream tu kat Pavlova. Semangat pakai smart2 picit bende alah tu. Ku semangat betol. 

Buah tu terpotong banyak pulak, punye lah awal-awal susun dengan berhati-hati. Last2 banyak sangat buah, aku bantai terus susunnya. Bila siap tengok cantek lah pulak. Gharhhh. O_O

Tapi untuk 2nd time ni still tak puas hati lagi dengan rase whipping cream tu. Siasat punye siasat, ghupenye tersilap acuan. Untuk buat whipping cream, kena masukkan gula icing atau gula halus. Ingatkan 1 setengah cawan gula icing, ghupenye 1 setengah sudu besar je! Patot la rase cam tepung gitu. Adoi. Kena buat lagi nih.

Sape-sape yang nak try rase Pavlova tu, cuba la buat yor. Simple aje. Cuma banyak nak kena menunggu lah sikit. Tunggu masak - 1 Jam, tunggu sejuk - 1 @ 2 Jam. Sabor lah ye.

Resipi? Tanye Google. Hahaha.

Wednesday, March 21, 2012

Kad Kahwin - Finale Design



Hari tu punye cancel. Cuba untuk design yang lain and inilah hasilnye.

Bahagian Luar Kad
Bahagian Dalam Kad

Dah lame siap sebenarnye, setelah beberape kali ubah atas kehendak tuannye. Huii.

Dan macam biase, aku lemah betol bab-bab matching color nih. Sangat pink and purple tak gitu? Hmm, orang mintak color camtu, kite buat jo lah.


Tuesday, March 13, 2012

Saman Parking



Aku disaman sebab salah parking mase pergi uptown hari tu. Walaupun dah pukul 11 malam, Mr Polis masih aktif!! Al-kesahnye aku dah cari parking 30 minit tapi tak jumpe2. Ade parking kosong, tapi tak nak masuk sebab kena bayar. Hak. So aku pun keluar lah balek cari parking kat luar. Memang ramai parking tepi jalan. Sekali ade kosong aku pun join lah parking tepi jalan.

Ingat kan takpe parking kat luar, yelah tempat orang ramai kan. Tak terpikir pulak salahnye. Bile nak balek, dah ternampak saman kat kereta. Dah saman, kena lah bayar oi. Terima kasih Mr Polis sebab menjemput saya ke balai polis. 1st time aku masuk balai polis.

So kepada anda yang nak parking kat mane-mane tempat, janganlah sesuka hati parking kat tempat yang tak boleh parking ye. Lebih baik bayar parking dari bayar saman. Tak gitu?

Untuk pengetahuan, mulai 1 Mac yang lepas, kite dah tak boleh merayu untuk kurangkan harga saman. Kalau nak mintak kurangkan harga saman, kena pergi ke IPD Bukit Aman. Kat tempat lain semua tak boleh. (Terbace notis yang die letak kat cermin kaunter. Harap2 mata tak silap melihat.)


Wednesday, March 7, 2012

My First Kad Kahwin

Wohh, tajuk cam gempak bunyi. Haha. Ni bukan kad kahwin aku, yang nak cakap sebenarnye, my first time design kad kahwin. Disebabkan kawan aku mintak tolong design kan kad kahwin, aku pun cuba lah galas request yang diberikan.

Sebelum ni memang langsung tak pernah buat design kad kahwin. So, aku memang tak tahu proses printing kad kahwin macam mane. Kertas die pakai macam mane, cara design, semuanye memang aku tak tahu. Aku main belasah je design.


Tema: Pink & Purple

Ok ke? Macam tak puas hati. Macam biase, aku memang lemah dalam bab-bab bermain dengan color nih. Ni baru muka depan, yang dalam belom buat lagi oi. Design continued.........


Saturday, March 3, 2012

Lagu-lagu File Sharing Makin Menghilang?

Sebenarnye dah lame perasan. Sekarang ni rase makin susah nak download lagu. File sharing yang aku selalu guna adalah MEDIAFIRE. Sebab laju & pantas.


See? Satu je yang available. Ni lah cara aku cari lagu sebenarnye. Kalau dulu banyak je dapat, sekarang dah susah. Tapi aku tak tau la cara lain macam mane. Maybe 4shared boleh lagi? Tapi tak suke gune 4shared sebab kena tunggu untuk download.



Jumpe lagu bukak link tak boleh download pulak. 



Lagu-lagu lame pulak dah di removed. Hmm, maybe sebab undang-undang nya udah semakin ketat. Ye la, memang salah pun sebenarnye download free kat Internet ni kan. Hehe. Kesian penyanyi-penyayi yang buat lagu.

Bayangkan kalau semua file sharing dah tak boleh gune untuk download lagu & movies, gamaknye kembali macam zaman dulu-dulu la. Penuh cd dalam rak. Heh.

p/s: Oh aku kena bekerja hari ni. Hari Sabtu yang biasenye aku masih terlentang di atas katil. :O

Thursday, March 1, 2012

Praktikal Story

Salam.


Praktikal story?
Dah 2 minggu dah ghupenye aku praktikal. Tempat aku praktikal namenye KISTECH (KIST Technology & Multimedia Education SDN. BHD.). KISTECH ni adalah salah satu anak syarikat kepada KIST Group Holdings. I'm quite impressed actually sebab KIST Group Holdings ni ade 37 anak syarikat semuanye. Ade KIST Mall, KIST College, KIST Travel & Tour, KIST Aviation, KIST Driving Academy & macam-macam lagi. Anyway, kerja ni letih sebenarnye. Balek je petang, mak aii mata asyik layu je. Seriously, jadi student lagi best dari bekerja. Tak gitu?


Praktikal Works?
Cakap pulak pasal kerja. Aku ditugaskan untuk buat website dengan menggunkan Joomla. The point is, aku memang tak pernah guna Joomla. Aku hanya biase guna PHP je. So first week, hari-hari kerja memang bermain dengan Joomla. Saje-saje nak membiasakan diri. Now, alhamdulillah, aku dah mula paham & reti gune Joomla. Walaupun kadang-kadang aku rase PHP lagi senang dari Joomla. Dan aku masih rase seperti itu. Haha.

4 tahun sudah laptop ni.

My Laptop?
Aku sangat stress dengan laptop aku sekarang. SLOW. LEMBAB. Bayangkan, nak tekan right click refresh pun 10 saat. Kalau buat Joomla tu, horhh, amat menguji kesabaran. Nak beli laptop baru, masalahnye laptop tak rosak. Macam mane tu? Nak mintak rosak kang tibe-tibe malaung pulak. Addoi.


My 23rd Birthday?
Lari topik dah ni. Horhh, esok 2 March. Happy Birthday Eman Emano. What the? Wish sendiri. Haha. Moga-moga menjadi seorang yang insan yang lebih baik daripada sebelumnye. Insyaallah. Dear heart, its time to find a love isn't it? Lately, Mak sendiri pun tak berhenti-henti tanye pasal GF. Siap jadi spy, amek gambar time kenduri kahwin sepupu hari tu. Punye lah nak cari menantu. Haha. Insyaallah. I believe in Allah. I'll find it one day. If it is love, then I will feel it. Definitely.

Till then, salam...

Wednesday, February 15, 2012

Result Exam: Tepek VS Online Lebih Bagus?

Dah lame tak berblog. Saje-saje nak tulis pasal bende ni. Heh.


Result Tepek

Sekadar gambar hiasan

Yang Best

1) Nampak meriah (Teringat kat matrik dulu, tapi of course tak semeriah seperti dalam gambar).
2) Mencari nama dari atas ke bawah, kiri ke kanan. (Mencabar sikit)
3) Bole tengok result orang.(Suka)
4) Cepat & pantas. Cari-tengok-blah.

Yang Tak Best

1) Kalau ramai pompuan, lelaki terpaksa bersabar sebentar. :O
2) Berpinar mata mencari nama.
3) Orang bole tengok result kite. (TAK Suka)
4) Tiba-tiba tinggal cebisan kertas. Ade orang koyak. (Ade ker...?)


Result Online

Laman web untuk tengok result

Ade 3 server lagi tuh.

Yang Best

1) Tak yah jalan jauh. Bole tengok result pada bile-bile mase & di mana jua anda berada.
2) Lagi cepat & pantas (Sepatutnye..)
3) Privacy - orang tak leh tengok result kite.


Yang Tak Best

1) Hari pertama -website jem giler.
2) Jadi lembab.
3) Tak leh tahu result orang.
4) Gementar dub dab dub dab depan laptop.


Sekadar tulis suke-suke. :)
Hampa sebab sampai sekarang tak dapat tengok result. 
Sampai bukak blog wat entry, tunggu website loading punye pasal.

Moga selamat result ku. :O

Sunday, January 29, 2012

Finally, Layout Baru

Aku sebenarnye tak tau nak panggil layout ke template ke. Mane yang betul ek? Ape pun, akhirnye dapat jugak aku tukar layout blog yang baru, dengan tema warna biru kuning hitam. Ok ke tidok ye kombinasi warna ini? Aku memang lemah betul nak meng-kombinasi-kan warna-warna ni. Pening. 

Goodbye Layout Lama

Simple je kot layout kali ni. Malas mau buat susah-susah. Okeh.

Saturday, January 28, 2012

My First Time

My first time @ Sunway Pyramid


Seriously, this is my first time going to Sunway Pyramid. Hahak. 8 tahun duk kat Shah Alam baru nak jejak kaki ke Sunway. Sebelum ni lalu je depan Sunway Pyramid, tak pernah pulak nak berhenti masuk. Teman ex-roomate matrik cari barang sebenarnye. Bosan duk kat rumah, orang ajak kite join je ler. Nasib baek ko ajak, kalo tak, tak pergi sampai bile-bile Sunway gamaknye.


My first time @ Carl's Jr.


Aku tau kalau aku keluar dengan ko mesti ko bawak aku makan kat tempat-tempat yang aku tak pernah pergi. Haha. Kali ni kat Carl's Jr. Aku makan Classic Beef Burger & Vanilla Shake. Sedap burger nye. Nak try burger lain, tapi mahal benor harganye. 


My first time @ Krispy Kreme


Selepas Big Apple, kali ni Krispy Kreme pulak. Tapau bawak balek rumah. Horhh. Boleh tahan la rasenye. Dua yang atas sekali bagi aku tak sedap, bawah je yang sedap. Yang tak sedap aku la yang pilih.

Lepas ni nak menghabiskan voucher buku kat Kinokuniya pulak. Baru RM50 guna, ade lagi RM150. Serius, susah jugak ghupenye nak habis kan RM200 untuk buku ni ye. Kalau lah bole beli baju, kasut, perghh, sekejap je kot bole habis. Tak gitu?

Thursday, December 29, 2011

Berakhir Sudah!!

First sekali nak melahirkan rasa


Kedua nak menjerit dengan


Hehehe. Fuh, lega rasenye bila semua dah selesai. Assignments, TESIS, Presentation dan sebagainye. Cume ade lagi rakan-rakan yang masih belum selesai. Banyak sungguh kena hentam tadi. Kalau aku kat tempat die orang, memang tensen amat dibuatnye. Moga dipermudahkan semuanya. Insyaallah. :)
Tapi satu je lagi yang belum selesai.

PRAKTIKAL = LATIHAN INDUSTRI

Hadoi. Kemanakah aku nanti? Takde siape ke nak ambik aku praktikal? Takpe, sabar. Adalah rezeki tu nanti yeh. Ape pulak cabaran hidup lepas ni ye? Cabaran sebagai pekerja pulak, sebagai student dah habis. Hehe.

Okeh. Till then, bye! (niru orang je nih)

p/s: Sedang dalam proses nak memperbaharui blog.

Thursday, December 22, 2011

Duit Baru

Horhh. Busy busy busy dan busy. Tapi kenapa aku buka blog nih?! Ohsem betul.

Saje-saje nak cakap pasal duit baru.

Duit baru
RM20 baru
Heh. Ade duit warna baru! RM20 ringgit. Yeah, tahun depan dapat duit raye warna oren!
(Kalau dapat lagi le duit raye)

Itu sahaja.

Tidak boleh menulis panjang, sayang pada masa. Masa sangat pantas, tak terdaya ku nak mengejar.

Ape pun, moga dipermudahkan segalanya. Untukku dan rakan-rakan. 

Tak sabar nak goyang kaki. Nak rileks pulak!!

Sunday, December 11, 2011

Golden Palm Tree - Sepang Gold Coast



Dalam tengah duk busy dengan segala thesis, test, assignments & segala macam, aku masih sempat pergi bercuti lagi. Ohsem betul.

Tapi disebabkan percutian kali ni ditaja sepenuhnya, nak lah jugak merasa kan. Semua nye gara-gara menang Spring & Summer Contest dari SOGO KL. Thanks SOGO KL!

The Winners
Sebenarnye, Pok Cik aku yang menang, tapi disebabkan die duk Terengganu yang jauh nun disana, maka last-last die bagi mak aku je voucher contest tu. Thanks Ayah Chik for the sponsor!!

Contest ni pok cik aku menang no 2, dapat la bercuti 3 hari 2 malam ke Golden Palm Tree kat Sepang Goldcoast.

Sebenarnye yang ke-2, voucher ni untuk 2 orang je. Oleh itu, watak aku disini hanya sebagai PENYIBUK.

Ape name ntah transport ni, aku tak hingat.
Dari receptionist counter nak menuju ke bilik, kena naik van ni. Sebab jaraknye jauh la jugak.

Villa Kami - Traveler Palm Villa
Villa yang berharga RM800++ kalau tak silap
The Bed
Ade Welcome screen kat tv (kagum dengan sistem die)
Tempat beradu untuk PENYIBUK
Tempat aku buat tesis. Best siot malam2, berangin bagai.
Swimming Pool
Pemandangan Waktu Siang
Waktu malam
Buffet Dinner
Dinner
Breakfast
Gerhana Bulan
Duk sibuk snap gambar, copy kat laptop, baru perasan tersnap sekali gambar Gerhana Bulan. Tidak ku sangka. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah.

Tesis tidak dilupa
Big thanks to Sogo KL & Golden Palm Tree Goldcoast. Tapi hanya sempat bermalam 1 hari sahaja, because my mom not feeling well. Sakit-sakit pun semangat nak datang. Huww. Get well soon mom. :)

Golden Palm Tree Goldcoast

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...