Sunday, January 29, 2012

Finally, Layout Baru

Aku sebenarnye tak tau nak panggil layout ke template ke. Mane yang betul ek? Ape pun, akhirnye dapat jugak aku tukar layout blog yang baru, dengan tema warna biru kuning hitam. Ok ke tidok ye kombinasi warna ini? Aku memang lemah betul nak meng-kombinasi-kan warna-warna ni. Pening. 

Goodbye Layout Lama

Simple je kot layout kali ni. Malas mau buat susah-susah. Okeh.

Saturday, January 28, 2012

My First Time

My first time @ Sunway Pyramid


Seriously, this is my first time going to Sunway Pyramid. Hahak. 8 tahun duk kat Shah Alam baru nak jejak kaki ke Sunway. Sebelum ni lalu je depan Sunway Pyramid, tak pernah pulak nak berhenti masuk. Teman ex-roomate matrik cari barang sebenarnye. Bosan duk kat rumah, orang ajak kite join je ler. Nasib baek ko ajak, kalo tak, tak pergi sampai bile-bile Sunway gamaknye.


My first time @ Carl's Jr.


Aku tau kalau aku keluar dengan ko mesti ko bawak aku makan kat tempat-tempat yang aku tak pernah pergi. Haha. Kali ni kat Carl's Jr. Aku makan Classic Beef Burger & Vanilla Shake. Sedap burger nye. Nak try burger lain, tapi mahal benor harganye. 


My first time @ Krispy Kreme


Selepas Big Apple, kali ni Krispy Kreme pulak. Tapau bawak balek rumah. Horhh. Boleh tahan la rasenye. Dua yang atas sekali bagi aku tak sedap, bawah je yang sedap. Yang tak sedap aku la yang pilih.

Lepas ni nak menghabiskan voucher buku kat Kinokuniya pulak. Baru RM50 guna, ade lagi RM150. Serius, susah jugak ghupenye nak habis kan RM200 untuk buku ni ye. Kalau lah bole beli baju, kasut, perghh, sekejap je kot bole habis. Tak gitu?

Sunday, January 8, 2012

Doktor Gigi Juara Masterchef Malaysia

Baru lepas tengok Final Masterchef Malaysia - Santapan Penamat. Hehe. Aku takde la follow sangat Masterchef kat tv ni, time balek rumah je la sempat tengok. Tapi memang minat lah jugak. Dah balek kat tempat belajar, memang tak dapat den nak nengok nye.

Juara Masterchef Malaysia untuk musim ni jadi milik Doktor Gigi, Ezani.

Ezani
Memang kagum jugak la dengan dia ni, ye la Doktor Gigi boleh chef. Macam yang die kate kat tv tadi, GILA APA. Hahak. But nothing impossible isn't it.

Sekarang dah jadi Doktor & Chef yang famous amos. Boleh la bukak restoran sebelah klinik gigi je. Mane-mane pesakit nak cabut gigi, pergi makan dulu baru masuk klinik. Hehe.

Sorang lagi finalist ialah seorang pekebun dari Sabah, Wahidan.

Wahidan
Yang ni pun aku cukup kagum jugak. Ye la, dari pekebun dapat jadi chef. Macam die kate, "Dulu saya pekebun je, siapa la yang kenal saya. Tapi sekarang 1 Malaysia dah kenal saya. Mungkin seluruh asia jugak."

Tapi aku memang respect dengan personaliti die. Cukup tenang, rendah diri, & memang nampak macam seorang abang atau ayah yang cukup baik. Yang paling ku kagum, setiap kali chef-chef tanye soalan, mesti ade je perkataan "Syukur pada Allah". 

Untuk final tadi, aku memang tak kesah pun siapa menang. Sebab dua-dua hebat. Tapi sedih sebab hanya mampu menonton, tak dapat nak merasa

Aku pun minat sebenarnye masak-masak nih. Tapi masalahnye bile masak hancur dapur, rosak makanan. Hak. Memang tak layak.

Anyway, congrates untuk Chef Ezani & Chef Wahidan!

Monday, January 2, 2012

iBilik.com


Salam tahun baru. Banyak sebenarnye nak bercerita tentang hari terkahir 2011, tapi tak sempat lagi. Mungkin memerlukan masa, sebab banyak gambar nak di upload, banyak bende yang nak diperkatakan. So, biar je la dulu. Hihi.

Hari ni terbukak laman web iBilik.com. Sangat kagum jugak dengan sistem iBilik ni. iBilik ni sangat berguna bagi mereka yang nak mencari bilik sewa, beserta dengan harga sewa, kemudahan, lokasi, dan sebagainya. Macam yang ditulis kat laman web ni, iBilik.com is a Malaysia's Largest Room Database. Memang besar kot database die. Huh. Tapi sistem ni memang sangat-sangat membantu kepada mereka yang nak mencari bilik sewa. 

So, sape-sape yang duk mencari bilik sewa tu, bole la singgah kat iBilik.com ni ye.

Sekian untuk hari ini. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...