Sunday, November 13, 2011

UMobile Broadband Yang Laju

Dah sebulan lebih gune UMobile Broadband. Memang tak menghampakan. Lajunye memang laju, connection pun takde masalah tiba-tiba terputus macam C...m Broadband. Hehe.

UMobile YouTube

Boleh selalu tengok YouTube. Tak perlu pause nak tunggu loading sampai habis. Boleh tengok terus tanpa tersekat. :)

UMobile Downloading

Download pun laju. Boleh cecah 400++ KB/sec beb! Kadang-kadang dapat jugak capai 500++ KB/sec.

Unifi Downloading

Dah nak hampir setanding dengan Unifi. Tapi of course Unifi tetap laju.

Tapi coverage UMobile Broadband masih tak meluas. Pantai timur takde, Utara takde. Kawasan KL & Negeri Sembilan je kot yang ade. Mungkin selepas ni akan di upgrade. Tapi bile coverage meluas, users makin ramai. Bile users makin ramai, service pun makin slow. Tak gitu?? Normal lah. :)

Ape pun, UMobile memang cool lah!!

Eman: Kalau aku balek kampung, mane nak cari Internet. Adoiii.

.

Friday, November 11, 2011

Samsung GALAXY Note Pulak Dah

Hadoi..baru termimpi-mimpi dengan Samsung Galaxy Nexus & Galaxy Tab, muncul pulak dah yang baru. Lagi canggih gitu. Siap boleh capture screen, boleh crop lagi. Takyah gune photoshop pun takpe. Guna Samsung Galaxy Note pun bole. :)


Technology really move faster. Lepas ni ape pulak ntah ye kecanggihan telefon zaman sekarang. :O

 

Tuesday, November 8, 2011

Raye Korban Shah Alam


Tahun ni raye haji kat Shah Alam je. Tahun lepas pun Shah Alam sebenarnye. Hihi. 

Yang pasti, kalau cuti raye, kat Shah Alam ni lengang gile. Jalan-jalan yang selalunye sesak jadi kosong. Bawak kereta pun tenang. Kalau camni tiap-tiap hari kan bagus. :D


Sembahyang raye macam biase, kat Masjid Besar Shah Alam. Korban lembu pun kat sini. Tahun ni Masjid Besar Shah Alam ade 33 lembu untuk dikorbankan. Banyak woo. Kupon kat atas untuk orang awam ambil daging.


Orang awam kena ambil daging lepas zohor. Time ni baru sampai. Mak aii, terkejot, panjang giles beratur. Dengan berhujan lagi pulak tu.


Ni lepas 10 minit beratur. Sebenarnye paling ramai sekali mamat-mamat bangla, nepal, filipina & lain-lain. Macam-macam jenis orang.


Ni lepas 25 minit beratur. Time ni dah dengar ura-ura mengatakan yang daging dah habis. Tapi wat tak percaye je. Sambil-sambil doa mintak-mintak ade.

Dalam 5 minit lepas tu, urusetia-urusetia korban bagi tau daging dah habis. Huii, 30 minit beratur huiii. Tak pe lah, takde rezeki. Huhu.

Selamat Hari Raye Haji!! :D

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha!!

Credit to Google Images

Eman EmanO ingin mengucapkan Selamat Hari Raye Aidiladha & Selamat Hari Raye Korban & Selamat Hari Raye Haji kepada semua kaum muslimin & muslimat bloggers & readers ...!! Hihi...

Yang tak dapat buat ketupat kat kampung, takpe kat bandar pun boleh buat!!

Yang ade darah tinggi tu, beringat-ingat makan daging tu ye. Esok petang, kompem majoriti pengsan atas katil. Hak.

Salam Aidiladha!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...