Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

UMobile Broadband Yang Laju

Dah sebulan lebih gune UMobile Broadband. Memang tak menghampakan. Lajunye memang laju, connection pun takde masalah tiba-tiba terputus macam C...m Broadband. Hehe.

UMobile YouTube

Boleh selalu tengok YouTube. Tak perlu pause nak tunggu loading sampai habis. Boleh tengok terus tanpa tersekat. :)

UMobile Downloading

Download pun laju. Boleh cecah 400++ KB/sec beb! Kadang-kadang dapat jugak capai 500++ KB/sec.

Unifi Downloading

Dah nak hampir setanding dengan Unifi. Tapi of course Unifi tetap laju.

Tapi coverage UMobile Broadband masih tak meluas. Pantai timur takde, Utara takde. Kawasan KL & Negeri Sembilan je kot yang ade. Mungkin selepas ni akan di upgrade. Tapi bile coverage meluas, users makin ramai. Bile users makin ramai, service pun makin slow. Tak gitu?? Normal lah. :)

Ape pun, UMobile memang cool lah!!

Eman: Kalau aku balek kampung, mane nak cari Internet. Adoiii.

.

Tuesday, October 4, 2011

Laptop Tak Detect Wireless Unifi



Baru-baru ni laptop aku secara tiba-tiba tidak dapat detect wireless unifi. Yang pelik nye wireless unifi jiran-jiran rumah sebelah dapat pulak di detect. Wireless rumah sendiri tak boleh.

Hampir 2 hari aku mengalami kebuntuan yang melampau. Haha. Yo lah, ade unifi tapi tak dapat gune, rugi wohh. Tapi aku masih dapat melayari unifi dengan menggunakan cable LAN. Tapi susah lah kan wayar berwayar ni.

Setelah di godek-godek kat internet, akhirnye aku jumpe satu penyelesaian. Caranye:

1) Gunakan LAN cable untuk connect kan laptop anda dengan router @ modem unifi. Tak pun boleh juga gune laptop kawan ke musuh ke yang boleh connect dengan wireless unifi anda.

2) Masukkan address 192.168.0.1 ke dalam web browser & enter. Masukkan username: admin; password: biarkan kosong sahaja. Tekan Log In.


3) Klik pada Wireless Setup pada panel sebelah kiri.


4) Pergi ke section Manual Wireless Connection Options, dan klik pada Manual Wireless Connection Setup.


5) Pergi ke Wireless Network Global Settings, un-check kan pada kotak Enable Auto Channel Selection.

6) Tukarkan Wireless Channel ke 11. (Contoh di bawah)


7) Klik Save Settings kat bawah sekali. Siap!! Dah boleh gune unifi balik!! Kalau tak jadi, sila restart computer anda ye.

Selamat mencuba pada mereka yang menghadapi masalah ni. :D



Monday, October 3, 2011

Cerai Talak Tiga + Bini Baru

Susulan daripada Broadband Oh Broadband :

Sudah ku bilang,
"Jika kau tidak berubah, akan ku berpaling tadah"


Ye, aku sudah berpaling tadah,
Talak tiga terus ku ceraikan.

 Lalu ku terus cari yang baru...


 Lebih putih, lebih menawan.
 Kau membuat ku sentiasa tersenyum.
Hidup ku kini lebih indah, lebih bermakna!
Terima kasih U Mobile Broadband.
I Luv U. Hahak.

Untuk pengetahuan, pada pendapat aku, U Mobile Broadband adalah pilihan terbaik buat masa sekarang. Sebabnye, kebanyakan broadband sekarang menawarkan harga pakej (paling rendah) iaitu RM48 - Quota 1.5GB - Speed 700Kbps sahaja. 

Tapi U Mobile Broadband menawarkan pakej RM48 - Quota 5GB - Speed Up To 42Mbps. Broadband sekarang tak ade dah quota paling rendah 5GB, dulu ade la. U Mobile je yang ade sekarang. Ni pun pakej promosi. Pakej & harga sebenar boleh tengok kat bawah:


Kalau ikutkan harga sebenar RM68, tapi sekarang harga promosi kot, so dapat lah beli RM48.


Kawasan aku adalah di Bandar Baru Nilai. Tempat aku belajar. Kawasan Nilai ni agak susah sedikit nak dapat line internet. Tapi setakat seminggu ni gune U Mobile, memang memuaskan. 

Broadband dulu kalau duk tengah syok online, tiba-tiba jadi kaku. So, terpaksa lah disconnect, cabut broadband dari usb port, then masuk kan balik, connect kan balik. Banyak kerja, BUANG MASA. Tapi U Mobile lancar, tak putus, tak jem, tak kaku, tak hang. 

Jadi, pada sape-sape yang tinggal di area Nilai ni, boleh lah apply U Mobile Broadband. Tapi cek lah dulu coverage di tempat anda ye, boleh cek di U Mobile Broadband Coverage.

Pada sape-sape yang tinggal area KL ke, Shah Alam ke, Selangor ke, memang sah lah coverage lagi ok.

Eman: Sekarang boleh la aku update blog selalu. Kalau tak, memang tak kesampaian, disebabkan broadband lame yang agak lembab connection nye. 

Friday, September 9, 2011

Jom Tengok Website University of Xpax

Entry sebelum ade tersebut pasal University of Xpax (UOX), entry pasal topup kena cukai tuh. Apekejadah nak cukai-cukai pun tak tau. Pasal rates UOX tu, aku bukak la kejap laman website UOX ni. Sekali bukak macam menarik pulak website die. Aku bab-bab tengok website canggih ni memang sentiasa terpegun sebentar. Habis satu website aku click nak explore punye pasal. Hehe. 

Jom explore. Boleh klik sini: University of Xpax

Main page
Details
Harapan aku, satu hari nanti aku harap aku dapat buat website canggih-canggih cam gini. Hihi. Kena belajar sungguh-sungguh ni. :)

Sunday, August 21, 2011

Integrate IDM dengan Firefox 6.0



Aku rase aku baru je update Firefox 5.0, tup tup ade pulak Firefox 6.0. Sebenarnye malas nak update, sebab lepas update mesti ade je extension yang incompatible dengan firefox yang baru. Especially extension untuk IDM (Internet Download Manager). Tapi sebab aku tak tahan dengan message box yang asyik keluar setiap kali aku gune firefox, so aku update je lah yang baru. Dengan bantuan Encik Google, jumpe jugak extension IDM untuk Firefox 6.0.

Boleh download di link bawah:  
 

Cara-cara install:

Step 1: Pergi ke firefox menu, klik Add-ons (Ctrl+Shift+A).


Step 2: Klik kat icon macam spanar tuh, lepas tu klik kat Install Add-on From File. Contoh:


Step 3: Cari balik file extension IDM yang dah di download tadi, dah jumpe double-click file tadi.


Step 4: Akan keluar Software Installation, klik je Install.


Step 5: Restart firefox. Finished.

Entry ni aku nak cerita je sebenarnye, alih-alih jadi tutorial pulak. Tutorial pun tutorial lah. Senang nanti aku nak ingat di kemudian hari. Sebab tadi lepas je aku download extension idm, aku tak ingat kena buat ape. Tercengang jugak 30 minit oii. Cuba flash-back banyak kali baru teringat caranye. Haha. Selamat mencoba ye.

Eman: Esok balek kampung!! :D

Saturday, August 13, 2011

Design Blog Khas Sempena Merdeka

Fuhhhh, siap jugak akhirnye mengedit blog khas sempena Merdeka, sempena dengan kempen Merdeka 2011 yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia. Hehe. Penat wooo. Sampai kekeringan idea nak buat. Tapi lepas gigih mengedit design sana sini, akhirnye berjaya jugak aku siapkan. So ni je lah yang termampu aku buat.


Kalau tengok design dari bloggers2 lain lagi hebat. Semua nye cantik-catik belaka. Ape pun, semuanye dah settle. Semalam pun dah isi borang & dah hantar kat Utusan Malaysia. Semangat Merdeka pulak aku tahun ni ye. Haha. Lepas ni kalau ade contest raye ke, buat la yang raye pulak. Tak gitu??

Tapi seronok jugak edit mengedit blog ni, banyak bende baru dapat belajar. Especially coding-coding html dalam blog. Dapat lah jugak sedikit sebanyak aku memahamkan lagi coding-coding yang ade dalam blog ni. Gitu lah jugak dengan adobe photoshop. Dapat memahirkan lagi penggunaan adobe photoshop. Bak kata orang putih, "Practice Makes Perfect".


Dah masuk kat Utusan dah, bukan main lagi ayat aku 'menerangkan' gambar tu. Haha...

Harap-harap lepas ni dapat paham kan lagi coding-coding html dalam blog ni, dan dapat jugak memahirkan lagi penggunaan adobe photoshop atau pun software-software yang sewaktu dengannye. Sebelum ni aku tak reti nak buat background sendiri, tapi lepas buat template Merdeka ni, dah tau dah macam mane. Ketinggalan zaman betul aku ye. Huiiii...

Okeh..... =)

p/s: Dah 13 hari dah ye puasa, cepat betul masa berlalu. Huhu.

Thursday, August 11, 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog Merdeka

Hehe. Sebenarnye semalam lagi berminat untuk join. Dan aku sekarang tengah duk men'design' kan background & header. Tapi hari ni 1 hari sibuk lah pulak dengan bende-bende lain, so tak sempat sangat nak design blog sempena merdeka. Jadi sekarang aku nak sambung balik. Aku ni bukan 'professonal' sangat, so memang lambat lah sikit dalam bab-bab edit mengedit ni. Hehe.


Korang amacam?? Tak nak join ke?? Join je mane tau rezeki. Hehe. Kempen ni dianjurkan oleh Utusan Malaysia. Boleh tengok kat sane ye. Cara penyertaan, terma & syarat nye boleh tengok kat bawah.
Kempen Hias Laman Web/Blog

Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.

Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

Syarat penyertaan:

1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.

11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Borang penyertaan boleh tengok di: Borang Penyertaan

Tapi satu bende je yang aku tertanye-tanye, die punye tarikh tutup. Adoii, tak bagi tau pulak tarikh tutp nye bile. Kang dah siap buat kang, tup tup dah tutup. Sia-sia je den buat nyo. Ape pun, jom same-same hiaskan blog sempena merdeka. Senang cerita, hias kan je sempena ramadhan, merdeka dengan raya sekali. Hah, 3 in 1. Biar nampak semangat sikit. Hihi.

Okeh, kena sambung buat design balek. Tak sabar nak berkempen nih!!! =)

Wednesday, August 10, 2011

Video kreatif: A Cappella Cover Dari Mike Tompkins

Selamat pagi buta buat semua bloggers. Hehe. Pagi-pagi ni kite tengok video sikit daripada Mike Tompkins.

"Sounds only made by my VOICE & MOUTH"

Tu lah 'trademark' yang selalu di beritahu dalam setiap video Mike Tompkins. Korang pernah tengok video-video acappella dari Mike Tompkins ni?? Aku baru je kenal & tengok. Hihi.

Sangat-sangat kreatif ape yang dihasilkan oleh Mike Tompkins ni. Segala musics, bunyi, suara, drum, gitar dan sebagainye adalah dihasilkan oleh beliau sendiri. Maybe die record satu-satu bunyi kemudian digabungkan menjadi sebuah lagu. Memang best!! Tak percaye?? Dengar sendiri.

Teenage Dream & Just the way you are 

Firework

Misery

Dynamite

Serius lagi best dari lagu-lagu original. Haha. Memang mantap lah mamat nih. Rasenye mamat ni memang betul-betul mahir dalam bidang muzik, kalau tak, tak mungkin die boleh buat video-video ni semua. Tengok je semua video-video dari beliau, bilangan viewer tuh mencecah lebih dari 1 JUTA. Ade 2 Juta, ade gak 3 Juta. Perghhh, dahsyat.

Memang betul-betul kreatif. Ni baru beberape video dari beliau, nak tengok lagi boleh tengok kat Youtube. Okeh!!

Tuesday, August 9, 2011

Laman terbaik download Movies, TV Series, Japanese & Korean Drama

Korang minat Drama Jepun & Korea?? Kat bawah ni aku senaraikan laman-laman website yang menjadi sumber untuk aku download drama-drama Jepun & Korea selama ni. Hehe.

# Student Life (quemisu.blogspot.com)


Blog ni cuma ade drama-drama korea sahaja. Drama-drama yang ade kebanyakan nye memang best. Dan drama-drama yang ade dalam blog ni semuanye dalam format RMVB dan file sharing yang digunakan adalah mediafire. Sebab tu la aku suka download drama-drama korea kat sini, sebab size drama nye kecik. Nak download pun cepat & jimat space kalau letak dalam laptop kan. Hihi.


# Mediafire Movie


Website ni sebenarnye menyediakan Asian Drama, Movies, English TV Series & Drama Melayu. Drama Jepun tak banyak sangat sebenarnye, Drama Korea banyak la jugak kot. Website ni menggunakan filesharing mediafire, megaupload, fileserve & usaupload. Format & file size yang disediakan pun kebanyakan nye file size yang kecik-kecik.


# GbloG85


Drama Korea & Jepun memang banyak dalam website ni. Selain tu, siapa-siapa yang minat dengan English TV Series tu, kat sini memang terbaik untuk download TV Series. Movies dan anime pun ade. Format yang digunakan ade AVI & ade jugak RMVB. Filesharing kebanyakan nye mediafire jugak.
Site: [GBloG85]


Website-website lain yang pernah aku guna adalah:
1) Syok.org - Ade movies, software, e-book, games & sebagainye (kena register dulu yer).
2) Heaven Of Desires - Drama Korean, Japanese, Chinese, Anime & TV Series.

Website-website kat bawah pulak adalah website-website yang baru aku kenali. Sumber dari JomPHP.


# Dorama x264

Menyediakan Korean, Japanese, Chinese & Taiwanese Drama. Ade juga anime. File size kebanyakannye 150MB per episode. Memang best. :)


# Medium Quality

Menyediakan Korean & Japanese Drama, dan Korean & Japanese Movies. File size pun kecik.


# My Asian Cinema

Menyediakan Asian Drama yang pelbagai & Asian Movies yang pelbagai. Sangat banyak.
Site: [My Asian Cinema]

Ni je lah kot website-website yang aku tahu. Kalau ade lagi website-website yang best untuk dilawati boleh la suggest jugak yer kat sini. :)
Thanks... :D

Monday, August 8, 2011

5 Website Restoran Paling Menarik

Salam. Entry hari ni nak cerita tentang 5 Website Restoran Paling Menarik pilihan aku sendiri bagi restoran-restoran yang ada kat Malaysia ni. Saje-saje nak berkongsi sikit. Website-website ni menarik bagi aku dari segi content dia, design, kreativiti dan sebagainya lah. So kalau nak tau jenguk-jenguk lah website-website mereka ye. :)

Website Nando's ni memang menarik, lain daripada yang lain. Jom jenguk dulu main page Website Nando's.
Main Page Nando's
Boleh tekan enter, masuk kot pintu tu ha. Bila dah masuk, tau masuk mana?? Masuk dapur cam kat bawah ni...hehe.
Content dalam Website Nando's
Tengok lah, macam-macam ada kat dapur dia tu. Korang gerak la cursor kat mane-mane je, macam-macam boleh klik. Aku sendiri dah pening...hehe. Banyak sangat kot, tapi yang best nya, dekat link menu dia (klik kat pintu peti ais bahagian atas), dia paparkan full complete menu. Betul-betul macam buku, siap dengan harga sekali, boleh download pulak tu. So, nak tengok, pegi lah jenguk. :)
Menu Nando's

2) OLD TOWN White Coffee
Seterusnya, kita ke Old Town White Coffee pulak. Website Old Town ni memang betol-betol Old lah!! Memang Klasik, meh tengok...
Website Old Town White Coffee
Dalam website tu siap ada lori lalu lalang lagi. Signboard tepi jalan tu pun boleh tahan besar juga ye. Boleh jenguk kalau nak tengok... :)


3) Big Apple Donuts & Coffee
Website Big Apple Donuts & Coffee ni macam berkonsepkan urban sedikit...
Main Page Big Apple
Ce tengok main page dia, macam serabut sedikit kan?? Payung terjun tu duk gerak sana sini. Tapi ok la, nice jugak la...hehe. Jom tengok paparan menu dia pulak...
Menu Big Apple
Paparan menu dia ok sikit...boleh tengok donut satu-satu, dan boleh click setiap donut tu kalau nak tau details dia lagi....link-link yang lain boleh tengok sendiri lah ye... :)


Bangi Kopitiam pun website dia boleh tahan menarik jugak. Sebenarnya takde yang menarik sangat, biasa je, cuma bila bukak website Bangi Kopitiam ni, rasa macam duduk dalam satu hutan yang tenang. Ada bunyi burung la, dengan music nya lagi. Boleh bukak kalau nak dengar... 
Main Page Bangi Kopitiam
Loading keluar kopi

5) Ayamas
Akhir sekali adalah website Ayamas, menarik jugak. Dari segi transition menu dia ke menu yang lain tu kot yang menarik. Dari segi contents untuk setiap menu pun menarik. Boleh klik kalau nak tengok....

Main page Ayamas
Siap ada gambar Chef Wan lagi. Al-maklumlah, Chef Wan kan memang serasi dengan Ayamas... :)

Ok lah, tu je lah kot. Sekadar berkongsi cerita. Boleh la tengok website-website kat atas ni ye. Lepas tengok tu, boleh lah pergi terus ke restoran-restoran yang diminati. Selamat menjenguk... :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...