Sunday, October 30, 2011

BIG TASTE @ Seksyen 7 Shah Alam

Had a family dinner at BIG TASTE Seksyen 7 Shah Alam last friday, together with my Pok Sedara & Mok Sedara and cousins. Macam-macam order, nak pecah perut dibuat nye. 


Dah name BIG Taste kat situ, pinggan pun BIG, kuantiti pun boleh tahan la BIG nye.


The menu yang harganye membulatkan mata lah jugak. Tapi harga memang standard untuk restoran-restoran sebegini. Ade dua versi, 1 regular 1 jumbo. Regular pun bagai nak pecah perut, Jumbo boleh meletup gamaknye. 

The foods tak sempat nak snap semua, mane tak nye, sampai je terus makan. Penat tunggu 30 minit baru sampai makanan, mane tak lapar. Huii.

Grilled Lamb
Nasi Goreng 'Big Taste Special'
Chicken Chop
Banana Split
Chocolate Milk Shake
Float & Mango Juice
Tu je lah yang sempat di snap. Decoration restoran memang lawa. 

Overall, taste untuk semua makanan aku boleh bagi good je la. Yang best: Banana Split, Mango Juice, Chocolate MilkShake & Chicken Chop. Yang lain average je. Cume service kat sini macam slow sikit. Lamo den nunggu. Bosan dibueknyo. :O

Saturday, October 29, 2011

Perpustakaan Baru Shah Alam Yang Woww

Sudah lame hasrat di hati nak ke Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) baru kat Shah Alam ni. Jumaat semalam baru dapat pergi. Lokasi library agak tersembunyi, tapi manusia nye cukup ramai. Lokasinye terletak di Seksyen 13 Shah Alam, dekat dengan Kelab Golf.

Tujuan sebenar nak pergi library sebab cousin umur 11 tahun nak pergi tengok XD theater. Punye lah semangat lepas solat Jumaat cepat-cepat bersiap nak pergi, siap drift lagi. 

Sampai sane, time duk tengah tunggu turn kat kaunter, ternampak pulak syarat-syarat untuk masuk XD theater. Tak silap, ade 9 semuanye. Tapi 1 je yang menarik pandangan mata aku, orang yang baru lepas operation tak boleh masuk. 6 bulan lepas operation baru boleh masuk. Haha. Tapi aku buat tak tau, aku minor operation je, bukan major. Boleh kot.

Sampai je turn nak beli tiket, akak kaunter suruh cousin kecik 11 tahun aku tu berdiri dekat dengan sliding door, die nak ukur ketinggian. Last-last die kate, "adik ni tak boleh masuk, tak cukup tinggi"...hahak. Kesian budak kecik itu. Agak frust muke die. Punye semangat. Tertanye lah jugak kan, macam mane lah XD Theater tu sampai ketat sangat syarat-syarat nye. Akhirnye, kite orang meronda-ronda je lah.

Perpustakaan baru ni memang cantik lawa habis. Memang ade kelassss lah! Mane tak nye, library RM70 juta, mesti lah kena lawa. Jom tengok gambar-gambar (setengah gambar original sendiri punye snap, setengah lagi copy dari facebook PPAS je).

Pandangan dari luar

Ruangan siber (PC Apple beb!!)

Ruangan TV

Study meniarap atas karpet pun boleh!

Ruangan study. Sebalah kanan tu bilik perbincangan.

Tak sempat nak rase kerusi ni

Ruangan kanak-kanak

Buku-buku

Pandangan atas

Lagi pandangan dari atas

Terjumpa buku USIM, hasil karya lecturer aku, Prof K. Bangga sekejap. Hehe

Nak study sini memang kena bawak baju sejuk. Sebab memang sejuk. Parking kereta agak susah sedikit nak cari, sebab ruangan parking kereta agak kecik, tak banyak. Rak-rak buku pun banyak kosong, maybe ramai pinjam kot.

Library ni memang cukup selesa. Surau, cafe, gym, tandas semua ade. Lagi satu, setiap kali nak masuk library di setiap tingkat, selipar memang kena tanggalkan. Tapi korang akan diberi 1 beg (macam kat bawah) untuk diisi selipar @ kasut masing-masing kat dalam beg tu. 


So, kena lah bawak ke hulu hilir beg ni. Tapi ni salah satu cara untuk mengelakkan selipar buruk @ kasut kesayangan anda hilang. Bijak-bijak. Cuma yang letihnye setiap kali nak naik turun tingkat bawah atas, kena lah buang selipar, pakai, buang balik, pastu masuk balik dalam beg lain. Tapi disebabkan sayangnye terhadap selipar, buat je. Hak.

Satu hari nak jugak datang study kat sini. Bile lah tu ye. :O

Tuesday, October 25, 2011

Kedai Makan Aneka Lauk Semarak

Kali ni nak mula post entry pasal kedai makan yang best-best yang pernah dan selalu aku pergi. Tak kesah lah area mane pun. Yang pasti, aku memang peggemar makanan sebenarnye. Suke try makanan-makanan baru yang tak pernah dilihat dengan mata & tak pernah disuap ke mulut. Asalkan makanan tersebut menepati citarasa aku sudah. Hihi.

Kali ni nak post pasal 1 kedai makan kat area Bandar Baru Nilai yang bagi aku sedap masakan die & harganye sangat berpatutan. Sebelum tu nak mintak maaf sebab tak tahu nama kedai ni nama ape. So aku hentam saje name die. Tak caye pergi la sendiri ke kedai makan ni, pastu cari la name kedai, tak kan jumpe punye. Haha.

Lauk-pauk yang ade memang banyak. Ayam, ikan, sayur yang bermacam jenis masakan ade.

Lokasi kedai adalah di Taman Semarak. Boleh tengok kat peta bawah.



View Kedai Makan Semarak in a larger map


Kedai makan ni kat dalam kawasan perumahan sikit, so susah sikit mau cari. Memang lokasi kedai tak strategik, tapi manusia yang datang sentiasa ramai. Setiap kali makan kat kedai ni, memang sangat puas hati dengan masakan die. 

Lokasi
Jalan TS 1/14, Taman Semarak, 
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
(kedai yang hujung sekali, tengok ramai orang, banyak lauk, ye lah tu)

Waktu Operasi
Pagi - Menu pagi (Nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak & lain2)
Tengah hari - Macam-macam lauk. Pukul 12pm masa paling ok untuk pergi. Sebab lauk-pauk baru sampai.
Malam - Tak pasti bukak ke tak.

Komen Ikhlas
Masakan: 5/5 - Sedap!
Harga: 4/5 - Murah!
Kebersihan: 3.5/5 - Biase je kot. Kedai nye bukan lah kedai lawa macam kat Akasia, so nampak lah buruk sikit.


EmaN: Lama sungguh tak blogwalking...

Tuesday, October 18, 2011

Pesta Buku di Big Bad Wolf Book Sale

Aku bukan lah seorang "pembaca" sangat sebenarnye, tapi bile dengar cerita tentang pesta buku yang harganye murah melambung-lambung, teruja jugak hati nak pergi. Sampai je kat pesta buku Big Bad Wolf di Serdang ni, membulat jugak mata tengok harga-harga buku. Harga-harga kebanyakan nye cuma RM8, RM10, RM12, RM15.

Novel-novel English yang harga biase RM40-RM50 boleh dimurahkan sampai RM8 je. Mane tak murah. Huii...

Sampai je sane mata aku terus mencari bahagian komputer. Interest aku memang nak cari buku-buku komputer. Nak cari buku C, Java dan ape-ape yang related dengan course aku. Tapi amatlah kecewwa pusing punye pusing tak jumpe langsung yang berkenan di hati. Sebabnye dah last day book fair nye, so banyak buku yang dah habis. Tapi tetap pusing lagi, akhirnye jumpe jugak yang berkenan di hati.


Bajet awal RM100, tapi sebab tak banyak buku komputer yang nak dibeli, aku cume mampu keluarkan RM55 je untuk 6 buah buku. Murah beb!! Novel aku belasah je. Tengok tajuk best, aku beli. Haha.

Ni lah buat pertama kali dalam sejarah hidup aku shoping sakan membeli buku. Biase masuk kedai buku paling banyak beli 2 buku, paling sikit tak beli langsung

Kalau ade lagi Big Bad Wolf next year, confirm pergi lagi. First day first hour confirm terpacak depan dewan. (Semoga azam ini berjaya)

Sunday, October 9, 2011

Pengalaman Pertama Di Operation Theatre


Buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku dimasukkan ke hospital untuk membuat pembedahan. 

Sebulan sebelum surgery --- Rileks, lambat lagi....
2 - 3 minggu sebelum surgery --- Masih cool lagi....
1 minggu sebelum surgery --- Debaran kian terasa, tapi malas nak pikir....
1 hari sebelum surgery --- Eh esok dah??

Tapi.......


1st Day

Gambar hiasan semata-mata, credit to Mr Google
Pukul 10pagi, akhirnye aku 'berjaya' dimasukkan ke wad. Bile dah masuk wad, jantung berdegup-degup duk menunggu akak-akak nurse untuk ambil darah atau suntik kat mane-mane tangan. Ye lah, biasa orang masuk wad memang kat tangan tu kena suntik lah kan. Macam kat gambar atas. Dalam kepala mulalah duk risau kalau lah akak-akak nurse tersalah suntik ke ape ke, macam mane lah rase sakit die. Haha. 

Tapi tunggu punye tunggu sampai lah ke malam, aku rase macam bukan orang sakit. Seolah-olah "I'm still free"!!. Haha. Ye lah, masuk wad dari pagi, suntik ke ape ke tak kena langsung sampai ke malam. Macam saje suka hati nak pergi bermalam kat hospital. Siap heret beg roda. Macam masuk hotel!!


2nd Day

6.00am 
Bangun solat subuh dalam keadaan yang sejuk teramat amat. Tapi tidur tetap lena. Hak.

7.00am 
Sambung tidur balik!! Macam duk rumah pulak ye. Tapi 15 minit lepas tu Doktor 1st masuk, tak jadi tidur.

8.30am
Doktor 2nd masuk. Katenye tak yah puasa. Terus makan.

9.30am
Doktor 3rd, Doktor sebenar yang merawat aku, Prof Dr Abdullah Sani pulak masuk. Seorang Pakar ENT yang sangat kelakar dan aku respect. Sebabnye kalau masuk bilik @ klinik die, memang bilik die sentiasa dipenuhi oleh doktor-doktor dan para pelajar beliau. Penuh 1 bilik duk tengok aku. Pada aku, memang die mempunyai hubungan yang sangat baik dengan doktor, nurse, dan pelajar-pelajar beliau. Kalau jadi student die, confirm best gile belajar.

12.00pm
Penantian sudah berakhir. Aku dipanggil untuk bersiap-siap masuk ke dewan bedah. Time aku kena tolak dengan katil, fuhhh, sejuk seram. Masuk je dewan bedah, macam-macam perasaan ade. Time tu, memang rase nak lari keluar. Haha. Tapi aku tawakal je la.


Operation Theatre

Sebelum pembedahan bermula, satu benda aku kagum dengan Prof Dr Abdullah Sani, die mengetuai doa bersama-sama dengan para doktor dan nurse lain. Ni lah yang kite dengan nak. Moga-moga para doktor kat luar sana yang beragama Islam sentiasa mengamalkan cara sebegini. Sekurang-kurangnye, pesakit pun rase lega, sebab doktor mendoakan untuk mereka dan keselamatan pesakit.

Aku yang kat dalam OT tu memang duk doa je memanjang. Bile nurse & doktor dah ready, terus aku disuntik ubat bius. Bius pulak kat tengkuk je. So time surgery, memang aku dapat dengar segala perbualan dan sedar dengan keadaan sekeliling. Tapi tak dapat menonton sebab mata aku ditutup dengan kain.

Operasi bermula!! Tengkuk aku mula 'dibedah' dalam 6cm. Dapat rase sedikit time die tengah 'kerat' tu. Ngeri?? Lepas tu, dapat pulak rase yang kulit aku bagai diselak-selak untuk doktor cari tempat untuk dirawat. Dah jumpe, drill mula masuk ke tengkuk aku. Urghhh. Macam mane agaknye rupa bentuk drill tu ye.

Yang inikah???
Atau ini???

Yang pasti BUKAN yang ni!!

Dalam 1 jam 30 minit, surgery aku siap. Sekali lagi tahap ngeri bile kulit aku dicantum kan. Rase tertarik-tarik gitu. Hahak.

Pengajaran yang aku dapat lepas masuk bilik Operation Theatre - Lepas ni tak nak dah masuk lagi!!!

Ape-pun, alhamdulillah semuanye selamat. Syukur. About 8 years I suffered. People laugh, people 'make fun', people 'stay away' and others, I faced all that kind of people. Aku redha. Aku syukur. Semuanye ujian.

But I still have them. 'Them' who I called as family, and friends. My mother especially, she has been a very 'strong' mom lately. Nobody can replace her. :D

And friends, thanks for the visit. Thanks for calling and messaging to ask about my condition, and thanks for praying and support. Thank uuuuuu....... :D


Tuesday, October 4, 2011

Laptop Tak Detect Wireless Unifi



Baru-baru ni laptop aku secara tiba-tiba tidak dapat detect wireless unifi. Yang pelik nye wireless unifi jiran-jiran rumah sebelah dapat pulak di detect. Wireless rumah sendiri tak boleh.

Hampir 2 hari aku mengalami kebuntuan yang melampau. Haha. Yo lah, ade unifi tapi tak dapat gune, rugi wohh. Tapi aku masih dapat melayari unifi dengan menggunakan cable LAN. Tapi susah lah kan wayar berwayar ni.

Setelah di godek-godek kat internet, akhirnye aku jumpe satu penyelesaian. Caranye:

1) Gunakan LAN cable untuk connect kan laptop anda dengan router @ modem unifi. Tak pun boleh juga gune laptop kawan ke musuh ke yang boleh connect dengan wireless unifi anda.

2) Masukkan address 192.168.0.1 ke dalam web browser & enter. Masukkan username: admin; password: biarkan kosong sahaja. Tekan Log In.


3) Klik pada Wireless Setup pada panel sebelah kiri.


4) Pergi ke section Manual Wireless Connection Options, dan klik pada Manual Wireless Connection Setup.


5) Pergi ke Wireless Network Global Settings, un-check kan pada kotak Enable Auto Channel Selection.

6) Tukarkan Wireless Channel ke 11. (Contoh di bawah)


7) Klik Save Settings kat bawah sekali. Siap!! Dah boleh gune unifi balik!! Kalau tak jadi, sila restart computer anda ye.

Selamat mencuba pada mereka yang menghadapi masalah ni. :D



Monday, October 3, 2011

Cerai Talak Tiga + Bini Baru

Susulan daripada Broadband Oh Broadband :

Sudah ku bilang,
"Jika kau tidak berubah, akan ku berpaling tadah"


Ye, aku sudah berpaling tadah,
Talak tiga terus ku ceraikan.

 Lalu ku terus cari yang baru...


 Lebih putih, lebih menawan.
 Kau membuat ku sentiasa tersenyum.
Hidup ku kini lebih indah, lebih bermakna!
Terima kasih U Mobile Broadband.
I Luv U. Hahak.

Untuk pengetahuan, pada pendapat aku, U Mobile Broadband adalah pilihan terbaik buat masa sekarang. Sebabnye, kebanyakan broadband sekarang menawarkan harga pakej (paling rendah) iaitu RM48 - Quota 1.5GB - Speed 700Kbps sahaja. 

Tapi U Mobile Broadband menawarkan pakej RM48 - Quota 5GB - Speed Up To 42Mbps. Broadband sekarang tak ade dah quota paling rendah 5GB, dulu ade la. U Mobile je yang ade sekarang. Ni pun pakej promosi. Pakej & harga sebenar boleh tengok kat bawah:


Kalau ikutkan harga sebenar RM68, tapi sekarang harga promosi kot, so dapat lah beli RM48.


Kawasan aku adalah di Bandar Baru Nilai. Tempat aku belajar. Kawasan Nilai ni agak susah sedikit nak dapat line internet. Tapi setakat seminggu ni gune U Mobile, memang memuaskan. 

Broadband dulu kalau duk tengah syok online, tiba-tiba jadi kaku. So, terpaksa lah disconnect, cabut broadband dari usb port, then masuk kan balik, connect kan balik. Banyak kerja, BUANG MASA. Tapi U Mobile lancar, tak putus, tak jem, tak kaku, tak hang. 

Jadi, pada sape-sape yang tinggal di area Nilai ni, boleh lah apply U Mobile Broadband. Tapi cek lah dulu coverage di tempat anda ye, boleh cek di U Mobile Broadband Coverage.

Pada sape-sape yang tinggal area KL ke, Shah Alam ke, Selangor ke, memang sah lah coverage lagi ok.

Eman: Sekarang boleh la aku update blog selalu. Kalau tak, memang tak kesampaian, disebabkan broadband lame yang agak lembab connection nye. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...