Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Cream Puff Yang Sedap!

Cream Puff (Medium Size)
Dah lame sebenarnye nak story pasal cream puff ni. Sampai dah beli 2 kali, baru nak post kat blog. Hehe. 

Actually, dah lame aku mengidam nak makan cream puff yang sesedap ni. Dalam memory kepala aku, aku cume ingat cream puff sedap yang penah aku makan ialah mase kecik-kecik dulu. Aku pun tak ingat beli kat mane cream puff tu, orang bagi ke ape ke, tak ingat. Yang ingat cume rasanye je.

Sejak dari tu sampai sekarang, aku dah makan semua cream puff lain tapi langsung tak menambat hati. Aku tak suke kalo krim nye keras. Aku suke krim yang lembik ala-ala cair camtu. Huh, lazat!

Sampai lah 1 hari duk godek-godek kat Internet, terjumpe lah cream puff dari Irenebakelove. Sebelum ni dah banyak jumpe kat Internet, tapi kenapa aku order yang ni? Sebab dekat giler dengan rumah. Senang den nak p amek. Hehe.


Akhirnye lepas seminggu order, baru lah dapat cream puff. Siap lambat sebab orang ramai order cake, tart and macam2 lagi. So busy lah kan tuannye. Tapi walau ape pun, seminggu menunggu memang berbaloi amat!

Krim dalam puff tu perghh lazat!! Krim nye memang sepenuh-penuh puff tu. Tu yang best tuh! Sampai 2 kali order. Hahak. Habes 1 family suke. Thanks Kak Aireen.

Cara aku makan - gigit keliling cream puff, baru makan tengah2. Haha. Punye lah nak menikmati krim nye itu.

Untuk info, cream puff from Irenebakelove ni ade 2 size:
 Medium (25 pieces) - RM30
Small (50 pieces) - RM40
**harga tertakluk pada pindaan (eh betol ke ayat aku???) **

Lokasi kedai Irenebakelove ni terletak kat Seksyen 7, Shah Alam. Kat area Jakel / Gulatis / sebelah Restoran Sekinchan. Selain cream puff, Irenebakelove pun ade buat cakes, tarts, & macam2 lagi lah. Nak tau lagi sila lah klik kat bawah ye.

Friday, April 27, 2012

Pavlova Buatan Sendiri

Pernah dengar Pavlova? Aku sendiri pun memang tak pernah dengar sebelum ni. Dapat tau pun lepas duk belek2 satu magazine, ternampak lah pulak satu desert yang menggodakan. Hak. Dari situ lah aku tau apa itu Pavlova. Nak tau details lagi sila tanye Mr. Google la ye. Meh tengok gambar-gambar Pavlova dari google.

Pavlova
Huh, aku suke benor bab cream2 ni. Lepas je tengok Pavlova dalam magazine tu, tiba-tiba pulak rase macam nak buat. Sebab tengok cara nak buatnye senang semacam, tak menyusahkan aku. Tapi 2 minggu selepasnya baru lah impian menjadi kenyataan. Haha.

Maka terhasil lah Pavlova hasil titik peluh tangan aku.

1st Pavlova
1st time made, memang tak puas hati sebab whipping cream kat atas tu nampak kuning semacam, & nampak berketul-ketul sikit. Rase die pun nggak memuaskan. Frust tonggeng jugak la. Tapi kawan-kawan datang makan semua kate sedap la pulak. Haha. Bagus betol la. Terus ade semangat nak buat lagi sekali next time.

Buat ke? Yeaahhh, buat! Disebabkan aku tak puas hati dengan whipping cream tadi, terus ler aku siasat dengan Mr. Google. Ghupenye whipping cream itu tak boleh dipukul terlalu lame. Nak tau info tentang whipping cream boleh tengok SINI. 

Maka terhasil lah lagi sekali Pavlova versi ke-2 aku.

2nd Pavlova
Hah, better lah dari yang 1st. Untuk 2nd time ni, aku buat whipping cream belah malam, then masuk dalam plastik simpan dalam peti. Pagi sebelum g keje baru picit cream tu kat Pavlova. Semangat pakai smart2 picit bende alah tu. Ku semangat betol. 

Buah tu terpotong banyak pulak, punye lah awal-awal susun dengan berhati-hati. Last2 banyak sangat buah, aku bantai terus susunnya. Bila siap tengok cantek lah pulak. Gharhhh. O_O

Tapi untuk 2nd time ni still tak puas hati lagi dengan rase whipping cream tu. Siasat punye siasat, ghupenye tersilap acuan. Untuk buat whipping cream, kena masukkan gula icing atau gula halus. Ingatkan 1 setengah cawan gula icing, ghupenye 1 setengah sudu besar je! Patot la rase cam tepung gitu. Adoi. Kena buat lagi nih.

Sape-sape yang nak try rase Pavlova tu, cuba la buat yor. Simple aje. Cuma banyak nak kena menunggu lah sikit. Tunggu masak - 1 Jam, tunggu sejuk - 1 @ 2 Jam. Sabor lah ye.

Resipi? Tanye Google. Hahaha.

Sunday, January 8, 2012

Doktor Gigi Juara Masterchef Malaysia

Baru lepas tengok Final Masterchef Malaysia - Santapan Penamat. Hehe. Aku takde la follow sangat Masterchef kat tv ni, time balek rumah je la sempat tengok. Tapi memang minat lah jugak. Dah balek kat tempat belajar, memang tak dapat den nak nengok nye.

Juara Masterchef Malaysia untuk musim ni jadi milik Doktor Gigi, Ezani.

Ezani
Memang kagum jugak la dengan dia ni, ye la Doktor Gigi boleh chef. Macam yang die kate kat tv tadi, GILA APA. Hahak. But nothing impossible isn't it.

Sekarang dah jadi Doktor & Chef yang famous amos. Boleh la bukak restoran sebelah klinik gigi je. Mane-mane pesakit nak cabut gigi, pergi makan dulu baru masuk klinik. Hehe.

Sorang lagi finalist ialah seorang pekebun dari Sabah, Wahidan.

Wahidan
Yang ni pun aku cukup kagum jugak. Ye la, dari pekebun dapat jadi chef. Macam die kate, "Dulu saya pekebun je, siapa la yang kenal saya. Tapi sekarang 1 Malaysia dah kenal saya. Mungkin seluruh asia jugak."

Tapi aku memang respect dengan personaliti die. Cukup tenang, rendah diri, & memang nampak macam seorang abang atau ayah yang cukup baik. Yang paling ku kagum, setiap kali chef-chef tanye soalan, mesti ade je perkataan "Syukur pada Allah". 

Untuk final tadi, aku memang tak kesah pun siapa menang. Sebab dua-dua hebat. Tapi sedih sebab hanya mampu menonton, tak dapat nak merasa. 

Aku pun minat sebenarnye masak-masak nih. Tapi masalahnye bile masak hancur dapur, rosak makanan. Hak. Memang tak layak.

Anyway, congrates untuk Chef Ezani & Chef Wahidan!

Monday, August 29, 2011

Air Garam Penawar Keracunan Makanan

Satu informasi yang menarik. Sumber dari Kosmo!.

KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.
AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan
Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.

Virus

“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.

“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.

Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.

“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.

“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

MAKANAN yang terdedah senang dicemari

Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.

Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.

“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.

“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.

Kesimpulannye, kalau ade muntah-muntah, cirit-birit atau letih lepas makan tu, cepat-cepat lah buat rawatan sendiri sebelum pergi jumpe doktor. Macam mane caranye??

1) Campurkan sedikit garam & gula bersama air sejuk untuk diminum.
2) Nak letak perisa dalam air tu pun boleh.
3) Pergi jumpe doktor dengan segera.

Eman: Hari ni ramai yang masak kot, peniaga-peniaga pun nak raye jugak. :D

Tuesday, August 23, 2011

Colek Selera Cik Siti

Aku sekarang berada di Kota Bharu. Kat kelantan ni yang best nye adalah makanan. Bukan setakat  murah, sedap pulak tu. Tapi tengok pada tempat lah, kena tau tempat makan mane yang best-best kat Kota Bharu ni. Tapi memang tak dinafikan, kebanyakan harga makanan memang naik, al-maklumlah ekonomi kite menaik. Tak macam dulu-dulu.

Contohnye, semalam aku beli air kelapa, agak terkejut jugak lah, harganye RM2.50 sebungkus. Ade jugak yang jual RM3.00. Kalau dulu, RM1.50 je sebungkus beb!! Tapi nak wat macam mane kan. Huhu. Tapi tadi kat bazar ramadhan, tengok jugak air-air biasa, macam air sirap, milo, oren, & lain-lain, yang jual dalam bungkus-bungkus tu. Kalau kat KL semua RM2.50-RM3.00 sebungkus kan. Tapi kat sini RM1.00 je weh. Memang murah!!

Ok lah, sebenarnye nak cerita hal colek yang aku makan lepas balek tarawuh tadi. Colek ni macam rojak lah. Name kedai, Selera Cik Siti. Jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap dengan camera handset yang tak berape lawa nih.

Menu-menu colek

Colek Ayam (Pinggan Kecil)

Colek Campur
Menu-menu western pun ade kat sini. Memang penuh dengan orang restoran nih. Hujan lebat pun tetap ramai!! Memang best. Insyaallah kena datang lagi lepas ni. Hehe.

Menu aku & family:
Colek Ayam (pinggan kecik) - 1 Pinggan
Colek Campur (ketam, fishball, udang) - 1 Pinggan
Carrot Susu - 1 Gelas
Tembikai Susu - 1 Gelas
Teh tarik - 2 Gelas

Jumlah = RM30

Ok lah harga, memang berbaloi-baloi. So siapa-siapa yang datang kat Kota Bharu ni, singgah-singgah la di Selera Cik Siti ye. Restoran beroperasi 24 jam (bulan puasa siang tutup, malam bukak sampai sahur). Lokasi di Jalan Paya Bemban.

p/s: Air Tembikai Susu tu sebenarnye nak Air Honeydew, tapi alih-alih die bagi merah punye tembikai letak susu. Hahak.


Tuesday, August 16, 2011

Mentega Golden Churn Haram


Haa, siapa-siapa yang tengah sibuk duk buat kuih raye tu, tengok dulu mentega ape yang korang pakai. Kalau mentega Golden Churn tu, gamaknye kena tukar terus la dengan mentega lain yerr. Nasib baik aku tak reti buat kuih, so takde gune la mentega-mentega nih. Hihi.

Tapi aku memang tak pernah nampak lah pulak mentega nih, ni mentega baru ke ape. Paling aku kenal pun mentega Buttercup lah. Adohai, sekarang ni macam-macam barang yang ade tanda halal mula-mula, tapi lepas cek balek, tak halal sebenarnye. Macam-macam betul sekarang ni. Semuanye kena berhati-hati.

Sumber dari Kosmo.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

Sunday, August 14, 2011

Hati-hati Beli Makanan Kat Bazar

Salam ramadhan ke-14. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menyambut ramadhan sehingga hari ni. Sepanjang puasa ni korang beli makanan kat bazar ke atau pun makan ape yang dimasak dari rumah je?? Aku kat rumah masak ke tak ke tetap pergi jugak bazar ramadhan. Hehe. Tapi tak de la hari-hari, 1 minggu dua tiga kali jugak la. Tu pun beli kuih-muih atau air je.

Ni nak cite pasal bazar ramadhan. Tadi aku baru terdengar cerita dari sepupu aku yang ade budak 11 tahun mati lepas berbuka puasa dengan makanan yang die orang beli kat bazar ramadhan. Kejadian ni berlaku kat Meru, Klang. Terkejut jugak aku dengar, sampai boleh bawak maut akibat keracunan makanan ni.


Al-kisahnye boleh bace kat bawah, sumber dari berita harian. Rasenye 5 hari lepas punye cerita kot.
MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.
Al-fatihah buat arwah, takziah kepada keluarga.

Ni lah yang bahaye nye beli makanan kat bazar. Kebersihan makanan tu tak dijaga sangat. Aku tau tak semua peniaga macam tu, memang ade yang mementingkan kebersihan, jual pun dengan ikhlas. Memang bagus peniaga macam ni. Cuma ade sesetengah je la yang tak macam ni.

So, kalau kite nak pergi bazar, kalau nak beli makanan ke lauk pauk sekali pun, beli lah sepuas-puas pada hari pertama puasa tu. Sebab time tu memang makanan semuanye fresh dari ladang kan. Hehe. Baru first time masak. Tapi lepas dah 3 hari puasa ke, 1 minggu lagi la, udah-udah lah tu beli macam-macam. Cukuplah setakat beli kuih ke.

Lagi satu pasal air, air pun bahaye jugak sebenarnye beli kat bazar ni. Aku dah 2 kali beli air tebu, time nak pergi tarawih tu, tengok air dah berbuih-buih. Cepat betul. Lagi best buat air sendiri. Nak ais ke, nak 'kau' punye air ke, buat la ikut suke hati. Lagi nikmat!!

Jadi hati-hati kite semua kalau nak pergi beli makanan kat bazar tu. Buat peniaga-peniaga, jaga lah kebersihan makanan & tempat jual. Itu semua penting. Kalau tengok makanan macam dah nak basi ke, jangan lah jual. Aku macam tertanye-tanye jugak, kalau makanan yang tak habis jual, die jual balik ke esok hari??

Dalam hal ni, kite tak boleh salahkan siapa-siapa. Peniaga nak cari rezeki kat bazar, pembeli pulak hanye nak cari makanan je. Peniaga kena lah memastikan makanan yang dijual sentiasa sihat walafiat. Kepada pembeli macam aku ni, jangan lah beli ikut nafsu je. Tengok yang tu nak, yang ni pun nak. Kadang-kadang sumbat macam-macam pun boleh jadi keracunan jugak kan..?? Tak gitu ke..?? Hihi..

Sama-sama lah kite menjaga pemakanan kite dengan baik supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga. =)

Wednesday, August 10, 2011

Kuih-Muih Yang Sedap Dimakan Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum. Hari ni nak bercerita sedikit tentang kuih-muih yang sedap dimakan sepanjang bulan puasa ni. Biasanye kalau korang pergi bazar ramadhan kuih ape yang korang cari?? Tak pun kuih ape yang korang rase nak sangat makan time puasa nih?? Haa.. Aku memang teringin sangat nak makan kuih-muih kat bawah semua ni. (Gambar-gambar adalah hiasan semata-mata, credit to Encik Google Images)


1) Puding Raja


Hoho. Puding Raja ni sedap gua cakap sama lu. Harus cuba bagi yang mana tak pernah rasa. Bahan utama yang perlu ade adalah pisang. Pisang bukan sebarang pisang, pisang yang perlu guna adalah pisang lemak manis. Puding Raja ni senang jumpa kat Kuantan @ Pahang. Sebab ni memang makanan orang Pahang. Dan puding ni dimakan dengan kuah kastard. Memang best!! (Terliur pulak rase)

2) Puding Buih Kastard


Puding lagi. Haha. Kali ni puding buih berkastard pula. Fuhh, yang ni pun best. Puding ni yang aku tau masa tengah buat tu kite kena pukul habis-habisan dan mati-matian untuk menghasilkan buih. Sebab tu name die puding buih. Hihi. Tak pun nak senang guna je mesin pengisar yang biasa orang buat kek tu. Tak pun guna je mesin blender (boleh ke??). :O

3) Tepung Pelita


Hoh. Ni pun memang best makan time puasa. Kalau kat bazar ramadhan memang banyak lah tepung pelita ni. Tapi tepung pelita paling best kalau korang nak cari kat bazar, carilah Inn Tepung Pelita. Memang best. Setiap kali puasa & setiap kali aku pergi bazar, memang aku akan cari Inn Tepung Pelita. Takde Inn Tepung Pelita, memang aku tak beli lah. Ade je, terus beli. Hihi.

4) Popiah Berlada


Fuhh, nampak merah-merah tu. Sedapnye kalau dapat makan. 1 lagi jenis popiah yang aku suka ialah popiah goreng cicah dengan sos lada yang die bagi. Biasa nye popiah yang jual kat lori tu best. Kat bazar la biasa nye. Tak ingat pulak popiah ape name gerai tu. Huww.

5) Lompat Tikam


Huii, ni pun best!! Kuih ni kuih kelantan. Aku dah makan puasa hari ke-2 hari tu, tapi kurang sedap & kurang menyengat. Tuh la, kena cari kat tempat original jugak yang sedap.


6) Buah Tanjung


Pernah dengar buah tanjung?? Yang ni pun kuih kelantan. Biase senang nak cari kat kota bharu kot. Bagi aku memang sedap kuih ni weh. Memang manis leting rasonyo.  Sesetengah orang tak suka & tak boleh makan buah tanjung ni sebab rasenye memang manis amat!! Tapi sedap. :)

7) Akok


Perghh, akok ni kalau makan time panas-panas memang sedap habis. Ni pun senang nak cari kat kelantan. Tapi kat KL pun senang kot nak cari kuih akok ni, cuma rasenye mungkin tak sesedap dengan yang original. Tak gitu??

8) Kuih Lopeh


Kuih ni aku tak tau asal dari mane. Tapi memang best. Kuih ni dimakan dengan air gula melaka. Teringat dengan mak cik yang jual kuih kat asrama aku, fuuhhh, memang sedap habis kuih lopeh die. Kuih lopeh die la yang paling sedap yang pernah aku makan. Tapi malangnye tahun ni tak dapet den nok meraso sebab cuti semester yang lamo sangat. Huwww. (Name lain kuih ni aku panggil kuih Jennifer Lopeh) :D

9) Pulut Bakar


Sekali lagi makanan kelantan. Perghh, pulut bakar ni pun sedap dimakan time panas-panas. Memang menyegat.

10) Onde-Onde Gula Melaka


Hihi. Onde-onde ni bila-bila mase kat mane-mane pun boleh jumpa. Tapi sedap jugak makan time puasa. Nama lain kuih ni aku panggil Kuih Pecek Car. Haha.

Okeh. Itu sahaja. Salam........... =)

Monday, August 8, 2011

Obesiti: Salah Makanan atau Salah Diri Sendiri?

Entry kali ni nak PETIK cerita tentang kesihatan...maybe entry first berkaitan kesihatan di blog ini...baru-baru ni, sy telah pergi ke Pesta Buku, seperti yang diceritakan di entry sebelum ini, lepas tu dapat 1 akhbar I Luv Islam secara percuma...dalam akhbar tu ada la sedikit cerita mengenai obesiti ni...so, saja lah kot nak ulas sedikit mengenai obesiti tengah2 malam ni...hehe...

Rasa2 semua  dah tahu kot mengenai larangan kerajaan terhadap penjualan nasi lemak di sekolah baru2 ni...dan cara ini seperti yg diketahui sangat2 lah tidak praktikal...bukannya apa, macam tiba-tiba nasi lemak dipersalahkan dalam hal ni...kesian nasi lemak ye, nasib engkau la...hehe...seboleh-bolehnya kita nak elakkan masalah obesiti ni berlaku di kalangan budak-budak lagi...ye la, kalau kecik-kecik lagi dah ada masalah obesiti, tak ke bahaya tu?? 

Gambar hiasan

Pada sy, banyak sebenarnya faktor-faktor yg menyebabkan masalah ini berlaku, antaranya:

1) Pemakanan

Kalau kita tengok zaman dulu dengan zaman sekarang, banyak bezanya....memang tak dinafikan lagi lah kan...hehe...zaman sekarang, macam-macam jenis makanan ada...contohnya, McD, KFC, Pizza, dan macam-macam lagi....sangat2 banyak sekarang...tu tak sentuh lagi soal halal & haram...dari segi kandungan pemakanan pun kita tak ambil kesah sangat kan...tau makan, sedap pastu boleh la makan lagi sekali...hihi...
Dari segi minuman pun perlu diberi perhatian...contohnya air-air yang ber gas perlulah dikurangkan....

Budak-budak zaman sekarang, umur 3 tahun pun dah kenal dah makanan & minuman seumpama ini...sy sendiri boleh melihat dengan mata sy dimana sepupu-sepupu sy yg kecik-kecik, kentot-kentot lagi dah minum air ber gas, makan fast food...inilah yg patut kita elakkan sebenarnya...kalau kecik-kecik lagi dah menerima pemakanan yg tidak elok, besar nanti bagaimanakah keadaan mereka?? Orang-orang tua disekeliling kita yg sedang sakit pun tak menerima & mungkin tak pernah kenal dengan pemakanan seperti ini, yg tu pun dah sakit macam-macam....tak dapat nak bayang budak-budak yg dah terima pemakanan yg tidak elok sejak kecik, besar nanti entah penyakit apa yg akan datang pada mereka....so dalam konteks ini, ibu bapa lah yg perlu memainkan peranan penting....fikir-fikir lah....

2)  Senaman

Senaman sangat-sangat penting untuk kesihatan...nak cakap lagi pasal peredaran zaman, orang zaman dulu kalau pun mereka makan makanan-makanan yg membahayakan kesihatan, mereka tetap melakukan senaman...dia orang sentiasa menggunakan tenaga & otot-otot dia orang setiap hari dalam melakukan apa jua kerja....so kira senaman lah tu kan....hihi...dulu kalau budak-budak nak pergi sekolah pun jalan kaki...jauh pulak tu....sekarang, senang je, pergi sekolah naik LRT, nasib baik tak naik kapal terbang...ada ke?? Tak pun mak ayah hantar dengan kerata depan pagar sekolah lagi, nasib baik bukan depan kelas...ada jugak ke?? :D

Zaman sekarang semuanya senang....senang itulah kadang-kadang sangat membahayakan...so, buatlah senaman tiap-tiap hari....pergi jogging ke contohnya...budak-budak pun perlu diajar bersenam dari kecik...ni tak, kecik-kecik dah makan macam-macam, pastu tak bersenam pulak tu...bahaya-bahaya...

3) Teknologi

Ada jugak ye teknologi....hihi...ni pada pandangan sy lah....teknologi maksud sy disini contohnya servis delivery....kemudahan ini memang lah sangat mudah....tapi ada lah jugak kan keburukan dia...semua bende ada kebaikan & keburukan sebenarnya...so, its normal...cuma nak cakap, servis sebegini menyebabkan kan orang menjadi malas....nak pergi beli makanan pun malas...nak masak apatah lagi....dah lah makan makanan yg tidak menyihatkan, tak bersenam, pastu mintak delivery pulak tu lagi....haihhh, memang lah senang lenang betol zaman sekarang ni ye....

4) Persekitaran

Ni nak cakap tentang restoran-restoran 24 jam...ni biasanya restoran-restoran mamak lah kan...servis sebegini sebenarnya tidak elok untuk kesihatan orang ramai...ye lah, makan pagi, tengah hari, petang, malam, pastu makan tengah malam lagi...makan makan makan....huihhh...dahsyat...tak tahan nya, boleh tahan ramai jugak orang yg berpusu-pusu ke kedai-kedai makan 24 jam ni....lepas tu balek rumah teros tidur...memang lena betul ye....

Seingat sy ada negara yg mengharamkan kedai-kedai beroperasi 24 jam, demi untuk mengamalkan budaya yg sihat....tapi tak ingat negara apa...inisiatif seperti ini sepatutnya kita contohi...

5) Diri Sendiri

Diri kita sendiri yg tidak mempraktikkan budaya yg sihat...kita makan apa yang kita nak, tak bersenam, tidak kisah tentang kesihatan dan sebagainya....sangat lah tidak patut....kita sendiri kena ubah untuk diri kita...

~ Do not let other things control us, we have to control ourselves!! ~
Inilah yg paling penting sebenarnya....kalau perkara-perkara diatas tidak dapat dielakkan, jadi kita sendiri yg perlu mengambil inisiatif untuk mengamalkan budaya hidup sihat & kesihatan yg baik...

> Dari segi pertumbuhan makanan yg bermacam-macam, kita tak dapat nak elakkan...kita boleh kata itu sebagai bisnes, ye lah kan, orang ada idea nak buat apa, dia orang buat lah....so, nak tak nak, kita sendiri yg perlu elak...boleh nak makan, tapi sekali-sekala cukup...bukan tiap2 minggu...tiap2 hari ada ke?? Hebat orang macam tu...
> Kadang-kadang disebabkan kerja, ada orang yg tak sempat nak bersenam....balik kerja nak jaga anak lagi kan...so, nak buat macam mana?? Kita kena jugak cuba cari masa untuk menggerakkan otot-otot kita...contohnya, waktu lunch kita pergi lah jalan kaki ke, boleh lah kan senaman sambil2...tp kalau dah tua2, umur 40 tahun ke atas, memang lah tak larat nak bersenam...so, waktu anda muda mudi, sedang belajar, bersenam lah selalu ye...baik untuk masa hadapan...
> Teknologi - Ini pun tak dapat nak dielakkan, teknologi sentiasa berkembang pesat...jadi pandai2 lah kita menguruskan diri kita yep...
> Persekitaran - Ini pun sama lah kan....strategi bisnes bukak kedai sampai lewat malam...rasanya kalau kerajaan ambil langkah mengharamkan kedai beroperasi 24 jam, contohnya pukul 12 malam dah kena tutup, huww, mesti sunyi terus tiap2 malam kan...semuanya tidur...esok bangun segar, sebab apa?? Sebab anda mengamalkan budaya sihat...hehe...pandangan je...

Wahh, boleh tahan panjang entry aku ni...macam doktor @ pakar pemakanan pulak aku ni...hihi....sedikit pendangan la dari aku sebenarnya....mungkin berguna untuk sesiapa aku tidak tahu...aku hanya tahu menulis...hehe...so, jagalah organ-organ dalam badan anda, jagalah otot-otot anda, dan paling penting jaga kesihatan anda sendiri!! Selamat tengah malam....

(Haaa, ni satu lagi budaya tak sihat, tengah-tengah malam buta masih membuka mata menghadap laptop...tak boleh jadi ni, jom tidoorrr...) :D

5 Website Restoran Paling Menarik

Salam. Entry hari ni nak cerita tentang 5 Website Restoran Paling Menarik pilihan aku sendiri bagi restoran-restoran yang ada kat Malaysia ni. Saje-saje nak berkongsi sikit. Website-website ni menarik bagi aku dari segi content dia, design, kreativiti dan sebagainya lah. So kalau nak tau jenguk-jenguk lah website-website mereka ye. :)

Website Nando's ni memang menarik, lain daripada yang lain. Jom jenguk dulu main page Website Nando's.
Main Page Nando's
Boleh tekan enter, masuk kot pintu tu ha. Bila dah masuk, tau masuk mana?? Masuk dapur cam kat bawah ni...hehe.
Content dalam Website Nando's
Tengok lah, macam-macam ada kat dapur dia tu. Korang gerak la cursor kat mane-mane je, macam-macam boleh klik. Aku sendiri dah pening...hehe. Banyak sangat kot, tapi yang best nya, dekat link menu dia (klik kat pintu peti ais bahagian atas), dia paparkan full complete menu. Betul-betul macam buku, siap dengan harga sekali, boleh download pulak tu. So, nak tengok, pegi lah jenguk. :)
Menu Nando's

2) OLD TOWN White Coffee
Seterusnya, kita ke Old Town White Coffee pulak. Website Old Town ni memang betol-betol Old lah!! Memang Klasik, meh tengok...
Website Old Town White Coffee
Dalam website tu siap ada lori lalu lalang lagi. Signboard tepi jalan tu pun boleh tahan besar juga ye. Boleh jenguk kalau nak tengok... :)


3) Big Apple Donuts & Coffee
Website Big Apple Donuts & Coffee ni macam berkonsepkan urban sedikit...
Main Page Big Apple
Ce tengok main page dia, macam serabut sedikit kan?? Payung terjun tu duk gerak sana sini. Tapi ok la, nice jugak la...hehe. Jom tengok paparan menu dia pulak...
Menu Big Apple
Paparan menu dia ok sikit...boleh tengok donut satu-satu, dan boleh click setiap donut tu kalau nak tau details dia lagi....link-link yang lain boleh tengok sendiri lah ye... :)


Bangi Kopitiam pun website dia boleh tahan menarik jugak. Sebenarnya takde yang menarik sangat, biasa je, cuma bila bukak website Bangi Kopitiam ni, rasa macam duduk dalam satu hutan yang tenang. Ada bunyi burung la, dengan music nya lagi. Boleh bukak kalau nak dengar... 
Main Page Bangi Kopitiam
Loading keluar kopi

5) Ayamas
Akhir sekali adalah website Ayamas, menarik jugak. Dari segi transition menu dia ke menu yang lain tu kot yang menarik. Dari segi contents untuk setiap menu pun menarik. Boleh klik kalau nak tengok....

Main page Ayamas
Siap ada gambar Chef Wan lagi. Al-maklumlah, Chef Wan kan memang serasi dengan Ayamas... :)

Ok lah, tu je lah kot. Sekadar berkongsi cerita. Boleh la tengok website-website kat atas ni ye. Lepas tengok tu, boleh lah pergi terus ke restoran-restoran yang diminati. Selamat menjenguk... :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...