Thursday, December 29, 2011

Berakhir Sudah!!

First sekali nak melahirkan rasa


Kedua nak menjerit dengan


Hehehe. Fuh, lega rasenye bila semua dah selesai. Assignments, TESIS, Presentation dan sebagainye. Cume ade lagi rakan-rakan yang masih belum selesai. Banyak sungguh kena hentam tadi. Kalau aku kat tempat die orang, memang tensen amat dibuatnye. Moga dipermudahkan semuanya. Insyaallah. :)
Tapi satu je lagi yang belum selesai.

PRAKTIKAL = LATIHAN INDUSTRI

Hadoi. Kemanakah aku nanti? Takde siape ke nak ambik aku praktikal? Takpe, sabar. Adalah rezeki tu nanti yeh. Ape pulak cabaran hidup lepas ni ye? Cabaran sebagai pekerja pulak, sebagai student dah habis. Hehe.

Okeh. Till then, bye! (niru orang je nih)

p/s: Sedang dalam proses nak memperbaharui blog.

Thursday, December 22, 2011

Duit Baru

Horhh. Busy busy busy dan busy. Tapi kenapa aku buka blog nih?! Ohsem betul.

Saje-saje nak cakap pasal duit baru.

Duit baru
RM20 baru
Heh. Ade duit warna baru! RM20 ringgit. Yeah, tahun depan dapat duit raye warna oren!
(Kalau dapat lagi le duit raye)

Itu sahaja.

Tidak boleh menulis panjang, sayang pada masa. Masa sangat pantas, tak terdaya ku nak mengejar.

Ape pun, moga dipermudahkan segalanya. Untukku dan rakan-rakan. 

Tak sabar nak goyang kaki. Nak rileks pulak!!

Sunday, December 11, 2011

Golden Palm Tree - Sepang Gold Coast



Dalam tengah duk busy dengan segala thesis, test, assignments & segala macam, aku masih sempat pergi bercuti lagi. Ohsem betul.

Tapi disebabkan percutian kali ni ditaja sepenuhnya, nak lah jugak merasa kan. Semua nye gara-gara menang Spring & Summer Contest dari SOGO KL. Thanks SOGO KL!

The Winners
Sebenarnye, Pok Cik aku yang menang, tapi disebabkan die duk Terengganu yang jauh nun disana, maka last-last die bagi mak aku je voucher contest tu. Thanks Ayah Chik for the sponsor!!

Contest ni pok cik aku menang no 2, dapat la bercuti 3 hari 2 malam ke Golden Palm Tree kat Sepang Goldcoast.

Sebenarnye yang ke-2, voucher ni untuk 2 orang je. Oleh itu, watak aku disini hanya sebagai PENYIBUK.

Ape name ntah transport ni, aku tak hingat.
Dari receptionist counter nak menuju ke bilik, kena naik van ni. Sebab jaraknye jauh la jugak.

Villa Kami - Traveler Palm Villa
Villa yang berharga RM800++ kalau tak silap
The Bed
Ade Welcome screen kat tv (kagum dengan sistem die)
Tempat beradu untuk PENYIBUK
Tempat aku buat tesis. Best siot malam2, berangin bagai.
Swimming Pool
Pemandangan Waktu Siang
Waktu malam
Buffet Dinner
Dinner
Breakfast
Gerhana Bulan
Duk sibuk snap gambar, copy kat laptop, baru perasan tersnap sekali gambar Gerhana Bulan. Tidak ku sangka. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah.

Tesis tidak dilupa
Big thanks to Sogo KL & Golden Palm Tree Goldcoast. Tapi hanya sempat bermalam 1 hari sahaja, because my mom not feeling well. Sakit-sakit pun semangat nak datang. Huww. Get well soon mom. :)

Golden Palm Tree Goldcoast

Thursday, December 1, 2011

Kehidupan Student Final Year



Horhhh. Lama gile tak update blog. Ada 2 sebab sebenarnye:
1) BUSY
2) Internet SLOW (sebab over-usage..hehe)


Hari ni dah masuk bulan 12 (kejap kan masa berlalu). Bulan baru, so broadband pun kembali laju. Dapat lah aku buat assignment dengan laju. Tapi masalah nye tak laju-laju jugak. Adoi.

Korang dah pernah tengok kan gambar kat atas? Realiti hidup sebagai student memang sama macam kat atas. Kenapa boleh sama eh? Haha. Ape-pun, credit kepada pelukis. Kite serupa.

Aku rase bulan 12 ni akan jadi bulan yang paling busy, paling stress, paling serabut, dan paling tak betol bagi aku.

1) Assignments - Rase semua dah settle. Eh ade lagi ke??

2) Tutorial - Hah ni tiap-tiap minggu ade.

3) Case Study - 1 dah siap. 1 lagi belum.

4) Projek - Tak siap lagi. Lepas post entry ni baru nak start. (Perlu ke aku cakap?)

5) Presentation - Banyak. Tapi pergi depan bebel-bebel siap. Pastu dapat markah. Gitu je la. Hak.

6) Report - Aku memang lemah bab-bab menulis ni. Nak mengayat English lagi. Ade jugak aku tulis kot qlate. Cepat sikit siap.

7) THESIS - Horhh. Paling horror. Ape pun alhamdulillah. Tinggal nak menulis. Tulis lagi!!

Yang pasti, ini adalah semester terakhir untuk aku merasai stress yang sebegini. Dah 7 semester berturut-turut dah rase. Cukup-cukup lah tu. 

Yang pasti ke-2, aku masih sempat menulis blog kan? Kalau lah buat projek ke assignments ke lancar macam tulis blog kan bagus.

Yang pasti ke-3, aku tidak sabar untuk menghabiskan segala stress kat atas dengan jaya nye. Doakan aku semoga berjaya.

Yang pasti ke-4, aku tidak sabar untuk praktikal dan kerja. Nak merasai pulak cabaran hidup yang baru.

Yang pasti ke-5 & terakhir, aku tidak sabar untuk memegang scroll graduation. Horrhhh. Moga semuanya berjalan lancar & tidak terbantut di tengah jalan. Aminnn.


Selamat berjuang kawan-kawan. Semoga kami semua berjaya. Insyaallah. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...