Sunday, August 14, 2011

Hati-hati Beli Makanan Kat Bazar

Salam ramadhan ke-14. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menyambut ramadhan sehingga hari ni. Sepanjang puasa ni korang beli makanan kat bazar ke atau pun makan ape yang dimasak dari rumah je?? Aku kat rumah masak ke tak ke tetap pergi jugak bazar ramadhan. Hehe. Tapi tak de la hari-hari, 1 minggu dua tiga kali jugak la. Tu pun beli kuih-muih atau air je.

Ni nak cite pasal bazar ramadhan. Tadi aku baru terdengar cerita dari sepupu aku yang ade budak 11 tahun mati lepas berbuka puasa dengan makanan yang die orang beli kat bazar ramadhan. Kejadian ni berlaku kat Meru, Klang. Terkejut jugak aku dengar, sampai boleh bawak maut akibat keracunan makanan ni.


Al-kisahnye boleh bace kat bawah, sumber dari berita harian. Rasenye 5 hari lepas punye cerita kot.
MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.
Al-fatihah buat arwah, takziah kepada keluarga.

Ni lah yang bahaye nye beli makanan kat bazar. Kebersihan makanan tu tak dijaga sangat. Aku tau tak semua peniaga macam tu, memang ade yang mementingkan kebersihan, jual pun dengan ikhlas. Memang bagus peniaga macam ni. Cuma ade sesetengah je la yang tak macam ni.

So, kalau kite nak pergi bazar, kalau nak beli makanan ke lauk pauk sekali pun, beli lah sepuas-puas pada hari pertama puasa tu. Sebab time tu memang makanan semuanye fresh dari ladang kan. Hehe. Baru first time masak. Tapi lepas dah 3 hari puasa ke, 1 minggu lagi la, udah-udah lah tu beli macam-macam. Cukuplah setakat beli kuih ke.

Lagi satu pasal air, air pun bahaye jugak sebenarnye beli kat bazar ni. Aku dah 2 kali beli air tebu, time nak pergi tarawih tu, tengok air dah berbuih-buih. Cepat betul. Lagi best buat air sendiri. Nak ais ke, nak 'kau' punye air ke, buat la ikut suke hati. Lagi nikmat!!

Jadi hati-hati kite semua kalau nak pergi beli makanan kat bazar tu. Buat peniaga-peniaga, jaga lah kebersihan makanan & tempat jual. Itu semua penting. Kalau tengok makanan macam dah nak basi ke, jangan lah jual. Aku macam tertanye-tanye jugak, kalau makanan yang tak habis jual, die jual balik ke esok hari??

Dalam hal ni, kite tak boleh salahkan siapa-siapa. Peniaga nak cari rezeki kat bazar, pembeli pulak hanye nak cari makanan je. Peniaga kena lah memastikan makanan yang dijual sentiasa sihat walafiat. Kepada pembeli macam aku ni, jangan lah beli ikut nafsu je. Tengok yang tu nak, yang ni pun nak. Kadang-kadang sumbat macam-macam pun boleh jadi keracunan jugak kan..?? Tak gitu ke..?? Hihi..

Sama-sama lah kite menjaga pemakanan kite dengan baik supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga. =)

4 comments:

N A T A S Y A ツ said...

saya duduk kat sini, kesian dgn adek nye..
tak dpt nak raya.

*kedi ABC/Cendol ngan Otak-Otak tu da kene sita.

EmaN said...

Owh ye ke..tu lah kesian betul..huhu..dashyat betul makanan tu..kena hati-hati lepas ni...

Anis izyan Abd Rahman said...

masak sendiri lagi selamat ~

EmaN said...

@Anis:
A'ahhh, betol3x...masak sendiri lg best...lg lazat...!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...