Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Doktor Gigi Juara Masterchef Malaysia

Baru lepas tengok Final Masterchef Malaysia - Santapan Penamat. Hehe. Aku takde la follow sangat Masterchef kat tv ni, time balek rumah je la sempat tengok. Tapi memang minat lah jugak. Dah balek kat tempat belajar, memang tak dapat den nak nengok nye.

Juara Masterchef Malaysia untuk musim ni jadi milik Doktor Gigi, Ezani.

Ezani
Memang kagum jugak la dengan dia ni, ye la Doktor Gigi boleh chef. Macam yang die kate kat tv tadi, GILA APA. Hahak. But nothing impossible isn't it.

Sekarang dah jadi Doktor & Chef yang famous amos. Boleh la bukak restoran sebelah klinik gigi je. Mane-mane pesakit nak cabut gigi, pergi makan dulu baru masuk klinik. Hehe.

Sorang lagi finalist ialah seorang pekebun dari Sabah, Wahidan.

Wahidan
Yang ni pun aku cukup kagum jugak. Ye la, dari pekebun dapat jadi chef. Macam die kate, "Dulu saya pekebun je, siapa la yang kenal saya. Tapi sekarang 1 Malaysia dah kenal saya. Mungkin seluruh asia jugak."

Tapi aku memang respect dengan personaliti die. Cukup tenang, rendah diri, & memang nampak macam seorang abang atau ayah yang cukup baik. Yang paling ku kagum, setiap kali chef-chef tanye soalan, mesti ade je perkataan "Syukur pada Allah". 

Untuk final tadi, aku memang tak kesah pun siapa menang. Sebab dua-dua hebat. Tapi sedih sebab hanya mampu menonton, tak dapat nak merasa. 

Aku pun minat sebenarnye masak-masak nih. Tapi masalahnye bile masak hancur dapur, rosak makanan. Hak. Memang tak layak.

Anyway, congrates untuk Chef Ezani & Chef Wahidan!

Friday, September 9, 2011

Senarai Harga Baru Topup Setelah Cukai 6 Peratus Dikenakan

Berikut adalah senarai harga baru topup setelah cukai dikenakan. Nampak gaye macam jadi je kena cukai nih.


Tadi terdengar kat satu radio, ade seorang pemanggil bagi respon mengenai cukai 6 peratus. Katenye, "Ape susah, bayar je lah. Tak payah nak kecoh-kecoh. Tak yah nak bising-bising". Lebih kurang macam tu lah ayat die. Huh. Memang takde perasaan dengan keadaan sekeliling betul. Orang suruh bayar, kau bayar je lah yeh.

Kadang-kadang bile pikir, duit kite melayang macam tu je dalam keadaan kite tak sedar. Bukan tak sedar, kite tahu. Tapi kite tak merasa sebab kite rase bende tu kecik. Sedikit. Tapi bagi mereka yang hidup dalam keadaan susah, mereka sangat terasa. 

Mereka yang susah tak bermakna mereka tu tinggal di kampung, rumah kayu, baju koyak, makan ikan kering. Mereka yang hidup di kota ni pun, yang rumah batu, ade kereta, makan sodap, ade sofa, ade meja makan, mereka ini pun bukan lah hidup senang sebenarnye. Malah lebih susah mungkin?? Ekonomi di kota ni lebih mahal di kampung. Tak gitu??

Kite nampak orang senang, tapi kite tak tahu susah die. Kite nampak orang susah, tapi kita tak tahu gembira nye hidup die tak perlu pikir banyak masalah. Tengah bace berita kat BERNAMA tadi, ternampak pulak perkataan caj. Caj lagi??

Caj Baharu Khidmat Penumpang, Pendaratan Penumpang & Parkir Ditangguh

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata ia telah dinasihatkan oleh Kementerian Pengangkutan supaya menangguhkan kenaikan caj khidmat penumpang antarabangsa serta caj pendaratan dan parkir pesawat, sehingga kajian semula selanjutnya dijalankan.

Caj perkhidmatan penumpang dijadual dinaikkan dari 27 peratus kepada 28 peratus berkuat kuasa 15 Sept manakala caj pendaratan dan parkir pesawat dinaikan secara berperingkat-peringkat kepada 30 dan 64 peratus, kata MAHB dalam satu kenyataan.

Caj baharu perkhidmatan penumpang ditanggung oleh penumpang.

Menerusi kadar baharu itu, caj perkhidmatan penumpang antarabangsa akan dinaikkan daripada RM51 kepada RM65 di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Antarabangsa Kuching.

Aku rase aku dah fobia dengan perkataan caj nih. Kenape lah ade perkataan caj ni. Haha.

Baik gune telefon bawah ni je. Confirm takde caj cukai.


Eman: Kalau diikutkan, kedua-dua caj di atas akan berkuatkuasa pada 15 September ni. Tapi yang bawah tu ditangguhkan dahulu. Eloklah lah tu, esoknye, kite laung Merdeka!!! Tak semangat dah aku nak sambut merdeka. Tak sabar nak tukar template baru. Masih dalam proses. =)
_________

Thursday, September 8, 2011

Topup Prepaid Kena Cukai 6 Peratus

Haahh?? Topup pun nak kena cukai??? Tolong la weh, kami golongan pelajar akan terasa caj 6 peratus tu. Walaupun 6 peratus je, nampak sikit, tapi sebenarnye sangat lah banyak bagi golongan pelajar. 

Sumber dari Bernama

Tapi semuanye masih dalam perbincangan. Nasib baik ade yang menentang.

Sumber dari Bernama

Macam aku yang gune Celcom University Of Xpax (UOX), sms celcom ke celcom cuma 1 sen. Kalau dah kena cukai, bermakna kalau beli topup RM10, kena cukai 60 sen. Jadi untuk pengguna UOX, 1 sms 1 sen. Kalau dah kena cukai tu, dah rugi 60 sms. Tak gitu?? Haha. Bukan main lagi aku kira. Tapi ini adalah hakikat.

Kalau seorang manusia kena cukai 6 peratus, katakan lah 60 sen, 100000 ribu manusia dah jadi RM60,000. 1 juta?? 2 juta?? Kiralah sendiri. Untung-untung.

Wednesday, September 7, 2011

Hati-hati Bile Berada Di Kedai Makan

Tadi duk bukak facebook, tertengok satu video rompakan kat kedai mamak. Aku bile bace, dengar @ tengok kisah-kisah rompakan ni memang trauma betul lah. Al-maklumlah, aku sendiri dah ade pengalaman pahit tersebut, macam yang aku cerita kan dalam entry lepas-lepas. (Boleh bace sini: Kisah Rumah Aku Dirompak).

Klik video untuk tonton

Kejadian ni berlaku kat kedai mamak Seksyen 15 Shah Alam rasenye. Sekelip mata je bende ni berlaku. Mungkin sebab kedai ni tak ramai orang sangat, jadi perompak-perompak tu berani lah.

Jadi pengajarannye:

1) Tak payah lah nak bawak laptop kat kedai makan. Pergi kedai makan mau makan kan?? Makan sudah lah!!!

2) Sekarang ni zaman ipad. Pergi mane-mane je mesti nampak orang pegang ipad. Hati-hati sikit ye. Aku tahu lah aku takde ipad.

3) Telefon sekarang dah canggih-canggih. Samsung galaxy tab?? Samsung nexus?? Aku minat semua tu. Tapi bile kat tempat terbuka, hati-hati sikit lah ye. Nak gune, sorok-sorok sikit. Jadi seorang yang amat rendah diri lah seketika.

4) Anda wanita?? Jaga-jaga handbag tu. Kang tengok-tengok dah lesap.

5) Kalau nak buat jugak perkara-perkara di atas, pergi lah ke kedai-kedai makan yang ramai orang. Tak yah lah g kedai-kedai yang lengang je. Malam pulak tu.

Kesimpulannye, kite ni kat mane-mane pun kena sentiasa berhati-hati. Sebab zaman sekarang orang dah ganas-ganas. Rompak sana, rompak sini. Tu baru rompak. Ragut, bunuh, rogol??? Keadaan ekonomi hidup kite yang tinggi ni lah salah satu punca kes-kes macam ni meningkat. Jadi, memang kite perlu berhati-hati.

Tuesday, August 16, 2011

Mentega Golden Churn Haram


Haa, siapa-siapa yang tengah sibuk duk buat kuih raye tu, tengok dulu mentega ape yang korang pakai. Kalau mentega Golden Churn tu, gamaknye kena tukar terus la dengan mentega lain yerr. Nasib baik aku tak reti buat kuih, so takde gune la mentega-mentega nih. Hihi.

Tapi aku memang tak pernah nampak lah pulak mentega nih, ni mentega baru ke ape. Paling aku kenal pun mentega Buttercup lah. Adohai, sekarang ni macam-macam barang yang ade tanda halal mula-mula, tapi lepas cek balek, tak halal sebenarnye. Macam-macam betul sekarang ni. Semuanye kena berhati-hati.

Sumber dari Kosmo.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

Monday, August 15, 2011

Lembu Besar Depan Pintu Rumah??

Entry sebelum tidur, Lembu Besar Depan Pintu Rumah?? Rumah aku?? Bukan, ni cerita luar negara. Sumber dari Kosmo. Bukannye ape, tengok gambar macam kelakar. Terkejut pun ade.


Hah! Cuba la bayangkan lembu sebesar gajah ni tiba-tiba duk depan pintu rumah kite, amacam?? Terkejut hengkau. Aku pun terkejut. Hahaha. Silap-silap terbaring terus kite kat atas lantai. Hehe.

Just for fun. Selamat bersahur!!

Eman: Kalah pulak Lee Chong Wei tadi yerk..huhu..

Sunday, August 14, 2011

Hati-hati Beli Makanan Kat Bazar

Salam ramadhan ke-14. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menyambut ramadhan sehingga hari ni. Sepanjang puasa ni korang beli makanan kat bazar ke atau pun makan ape yang dimasak dari rumah je?? Aku kat rumah masak ke tak ke tetap pergi jugak bazar ramadhan. Hehe. Tapi tak de la hari-hari, 1 minggu dua tiga kali jugak la. Tu pun beli kuih-muih atau air je.

Ni nak cite pasal bazar ramadhan. Tadi aku baru terdengar cerita dari sepupu aku yang ade budak 11 tahun mati lepas berbuka puasa dengan makanan yang die orang beli kat bazar ramadhan. Kejadian ni berlaku kat Meru, Klang. Terkejut jugak aku dengar, sampai boleh bawak maut akibat keracunan makanan ni.


Al-kisahnye boleh bace kat bawah, sumber dari berita harian. Rasenye 5 hari lepas punye cerita kot.
MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.
Al-fatihah buat arwah, takziah kepada keluarga.

Ni lah yang bahaye nye beli makanan kat bazar. Kebersihan makanan tu tak dijaga sangat. Aku tau tak semua peniaga macam tu, memang ade yang mementingkan kebersihan, jual pun dengan ikhlas. Memang bagus peniaga macam ni. Cuma ade sesetengah je la yang tak macam ni.

So, kalau kite nak pergi bazar, kalau nak beli makanan ke lauk pauk sekali pun, beli lah sepuas-puas pada hari pertama puasa tu. Sebab time tu memang makanan semuanye fresh dari ladang kan. Hehe. Baru first time masak. Tapi lepas dah 3 hari puasa ke, 1 minggu lagi la, udah-udah lah tu beli macam-macam. Cukuplah setakat beli kuih ke.

Lagi satu pasal air, air pun bahaye jugak sebenarnye beli kat bazar ni. Aku dah 2 kali beli air tebu, time nak pergi tarawih tu, tengok air dah berbuih-buih. Cepat betul. Lagi best buat air sendiri. Nak ais ke, nak 'kau' punye air ke, buat la ikut suke hati. Lagi nikmat!!

Jadi hati-hati kite semua kalau nak pergi beli makanan kat bazar tu. Buat peniaga-peniaga, jaga lah kebersihan makanan & tempat jual. Itu semua penting. Kalau tengok makanan macam dah nak basi ke, jangan lah jual. Aku macam tertanye-tanye jugak, kalau makanan yang tak habis jual, die jual balik ke esok hari??

Dalam hal ni, kite tak boleh salahkan siapa-siapa. Peniaga nak cari rezeki kat bazar, pembeli pulak hanye nak cari makanan je. Peniaga kena lah memastikan makanan yang dijual sentiasa sihat walafiat. Kepada pembeli macam aku ni, jangan lah beli ikut nafsu je. Tengok yang tu nak, yang ni pun nak. Kadang-kadang sumbat macam-macam pun boleh jadi keracunan jugak kan..?? Tak gitu ke..?? Hihi..

Sama-sama lah kite menjaga pemakanan kite dengan baik supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga. =)

Tuesday, August 9, 2011

Pencuri tidur kekenyangan ditangkap: terkenang kisah hitam

Ade bace kat Utusan Malaysia hari ni?? Aku tak biase bace utusan, dalam setahun sekali je kot. Tapi hari rase macam nak post pulak artikel dari utusan pasal perompak @ pencuri ni. Boleh bace kat bawah:


Haha. Ni pencuri datang bercuti kat rumah orang ke ape. Siap bawak masuk kipas lagi, makan maggi lagi pulak tu. Dahsyat. Bile terbace kisah-kisah pencuri @ perompak ni, mesti teringat kisah perit & hitam dalam hidup ku ini. Aku sendiri pernah ade pengalaman rumah kena rompak. Meh aku cerita sikit kisah benar ni.


Kejadian bermula dalam pukul 5 pagi. Rumah aku ade 6 orang, 4 orang tidur dalam bilik aku (aku, adik, abang sepupu & nenek), 2 orang dalam bilik utama (mak ayah aku).

Scene 1 
Aku terjaga dari tidur, mata yang sepet-sepet tengok pintu terbukak. Kat luar bilik cerah semacam. Nampak jugak kelibat orang berbaju hitam. Mata kembali pejam, al-maklum lah, tengah tidur syok-syok, sedar pun tidur balek. :O

Scene 2
Mata sekali lagi terbukak, kali ni kelibat baju hitam dengan bertopeng sekali tengah berdiri sebelah aku je. Terkejut hengkau tau tak. Bila Si Hitam nampak yang aku tersedar dari tidur, terus die letak parang di tengkuk aku. Macam drama kan?? Kata Si Hitam: "Kau diam!! Kalau tak aku bunuh kau!!"

Scene 3
Bantal aku yang empuk di ambil Si Hitam lalu diletakkan kat atas muka aku. Punye la nak suruh aku diam, tak bagi jerit. Aku kemudian diheret oleh Si Hitam ke luar bilik. Sambil-sambil kena heret, cuba bilang Si Hitam, rupenye ade 7 orang Si Hitam!! Aku disuruh mengetuk bilik mak ayah aku (sambil parang ditengkuk). Adik, abang sepupu & nenek aku semua di pegang & di jaga oleh Si Hitam.

Scene 4
Setelah pintu bilik utama dibuka, kami semua di kumpulkan di atas katil. Setelah itu, kami semua di ikat. Nak tau Si Hitam ikat dengan ape?? Bukan tali. Tapi dengan wayar tv, wayar telefon & tudung mak aku. Haha. Kami berhasrat untuk melawan, tapi bila melihat bilangan Si Hitam sangat lah ramai, memang tak mampu, dan bahaya.

Scene 5
Barang-barang, almari semua di geledah setelah kami di ikat. Kami hanye mampu menonton sahaja. Selesai geledah, Si Hitam semua terus keluar. Paling aku tak lupa, cara die bawak video cam (time tu popular lah kan video cam),  punye lah dengan lagak die bawak video cam tuh. Huh. Memang kurang asam.


Scene 6
Kami di tinggalkan terkapai-kapai sambil di ikat. Setelah Si Hitam meninggalkan rumah, kami cuba sesama sendiri untuk bukak ikatan masing-masing. Sekali lagi, macam drama tak?? :O
Akhirnye, kami berjaye meloloskan ikatan masing-masing.

Walau ape pun, kami bersyukur kerana semuanye selamat. Tak ade kecederaan berlaku. Tetapi kejadian hitam itu tak akan aku lupa sampai bile-bile. Moga ia nya merupakan kejadian pertama & terakhir berlaku dalam hidup ku. Aminn.

So, kepada korang semua, berhati-hati lah senantiasa. Pastikan rumah anda dilengkapi dengan sistem security yang kukuh & kuat. Maksud aku pastikan rumah tu sentiasa dikunci sebetul-betulnye. Jangan tau tengok drama je, selagi tak kena selagi tu lah tak berhati-hati. Sekian dengan kisah benar yang hitam dan pahit ini. :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...