Thursday, August 11, 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog Merdeka

Hehe. Sebenarnye semalam lagi berminat untuk join. Dan aku sekarang tengah duk men'design' kan background & header. Tapi hari ni 1 hari sibuk lah pulak dengan bende-bende lain, so tak sempat sangat nak design blog sempena merdeka. Jadi sekarang aku nak sambung balik. Aku ni bukan 'professonal' sangat, so memang lambat lah sikit dalam bab-bab edit mengedit ni. Hehe.


Korang amacam?? Tak nak join ke?? Join je mane tau rezeki. Hehe. Kempen ni dianjurkan oleh Utusan Malaysia. Boleh tengok kat sane ye. Cara penyertaan, terma & syarat nye boleh tengok kat bawah.
Kempen Hias Laman Web/Blog

Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.

Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

Syarat penyertaan:

1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.

11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Borang penyertaan boleh tengok di: Borang Penyertaan

Tapi satu bende je yang aku tertanye-tanye, die punye tarikh tutup. Adoii, tak bagi tau pulak tarikh tutp nye bile. Kang dah siap buat kang, tup tup dah tutup. Sia-sia je den buat nyo. Ape pun, jom same-same hiaskan blog sempena merdeka. Senang cerita, hias kan je sempena ramadhan, merdeka dengan raya sekali. Hah, 3 in 1. Biar nampak semangat sikit. Hihi.

Okeh, kena sambung buat design balek. Tak sabar nak berkempen nih!!! =)

2 comments:

Unknown said...

bkn men bce...xdek trikh ttup k???tkut siap edit tbe2 dh ttup...haha

EmaN said...

@iejjah:
Tu la..memang takde tarikh tutup..dah cari tapi takde nampak pun die bagi tau..huhu...tapi kalau ade pun rase dalam 20hb lebih ke baru die tamat kot kempen ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...