Tuesday, September 27, 2011

Kasut-kasut Idaman

Kadang-kadang tengah duk online internet, terbukak jugak blog-blog yang jual items macam baju & kasut. Tapi ni nak cerita tentang hal kasut. Tengah duk tengok-tengok tu, ade la kasut-kasut yang menambat mata yang sedang melihat. 

Smart tak??

Fuhhh



Perghh, ni smart gile!!

Putih tu..hoowwhh

Semua kasut-kasut adalah sumber dari The Marketplace. Aku suke blog die sebab kasut-kasut yang dijual agak affordable harga nye. Tapi kebanyakan barang yang dijual adalah aksesori-aksesori wanita. Nak order sebelum raye lagi, tapi pre-order nye dah lame tutup. Kalau tak, dah buat rayo hari tu.

Thursday, September 22, 2011

Broadband Oh Broadband


...Oh broadband...
Kenapakah engkau terlalu lembab??
Aku bayar engkau tiap-tiap bulan, ini kau beri padaku???
Aku tak tahan, lalu ku membuat laporan.


Nanti kau, siap kau.
Jika kau tidak berubah, akan ku berpaling tadah.
Akan ku cari yang lain.
Good bye broadband good bye. 

Friday, September 16, 2011

Akhirnye Kembali Kepada Template Lama

Fuhhh, lame blog ku sunyi tanpa kata. Sejak dah masuk belajar semester baru, memang dah tak bukak blog. Bukannye ape, disebabkan broadband yang teramat slow connection nye, so aku takde mood nak bukak blog. Time cuti duk rumah gune unifii, bile dah masuk belajar ni takde dah lah unifii nye. Tapi malam ni line broadband laju semacam, so boleh la update blog.

Kali ni aku bukak blog sebab nak tukar template blog. Al-maklumlah, dah sebulan lebih aku gune template Merdeka, sempena nak menyahut kempen Merdeka anjuran Utusan Malaysia. Tapi hari ni hari Malaysia, jadi dah tamat dah rasenye kempen Merdeka ni. Selamat Hari Malaysia!!

Template Merdeka
Nak buat template baru & nak mengedit blog, tapi masih malas lagi nak buat. So, gune je lah template hijau coklat ni dulu. Ade mase tukar balek. Hokkehhh!!

Eman: Esok ade 5 open house. Sampai malam beb!! Pecah perut aku!!

Friday, September 9, 2011

Senarai Harga Baru Topup Setelah Cukai 6 Peratus Dikenakan

Berikut adalah senarai harga baru topup setelah cukai dikenakan. Nampak gaye macam jadi je kena cukai nih.


Tadi terdengar kat satu radio, ade seorang pemanggil bagi respon mengenai cukai 6 peratus. Katenye, "Ape susah, bayar je lah. Tak payah nak kecoh-kecoh. Tak yah nak bising-bising". Lebih kurang macam tu lah ayat die. Huh. Memang takde perasaan dengan keadaan sekeliling betul. Orang suruh bayar, kau bayar je lah yeh.

Kadang-kadang bile pikir, duit kite melayang macam tu je dalam keadaan kite tak sedar. Bukan tak sedar, kite tahu. Tapi kite tak merasa sebab kite rase bende tu kecik. Sedikit. Tapi bagi mereka yang hidup dalam keadaan susah, mereka sangat terasa. 

Mereka yang susah tak bermakna mereka tu tinggal di kampung, rumah kayu, baju koyak, makan ikan kering. Mereka yang hidup di kota ni pun, yang rumah batu, ade kereta, makan sodap, ade sofa, ade meja makan, mereka ini pun bukan lah hidup senang sebenarnye. Malah lebih susah mungkin?? Ekonomi di kota ni lebih mahal di kampung. Tak gitu??

Kite nampak orang senang, tapi kite tak tahu susah die. Kite nampak orang susah, tapi kita tak tahu gembira nye hidup die tak perlu pikir banyak masalah. Tengah bace berita kat BERNAMA tadi, ternampak pulak perkataan caj. Caj lagi??

Caj Baharu Khidmat Penumpang, Pendaratan Penumpang & Parkir Ditangguh

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata ia telah dinasihatkan oleh Kementerian Pengangkutan supaya menangguhkan kenaikan caj khidmat penumpang antarabangsa serta caj pendaratan dan parkir pesawat, sehingga kajian semula selanjutnya dijalankan.

Caj perkhidmatan penumpang dijadual dinaikkan dari 27 peratus kepada 28 peratus berkuat kuasa 15 Sept manakala caj pendaratan dan parkir pesawat dinaikan secara berperingkat-peringkat kepada 30 dan 64 peratus, kata MAHB dalam satu kenyataan.

Caj baharu perkhidmatan penumpang ditanggung oleh penumpang.

Menerusi kadar baharu itu, caj perkhidmatan penumpang antarabangsa akan dinaikkan daripada RM51 kepada RM65 di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Antarabangsa Kuching.

Aku rase aku dah fobia dengan perkataan caj nih. Kenape lah ade perkataan caj ni. Haha.

Baik gune telefon bawah ni je. Confirm takde caj cukai.


Eman: Kalau diikutkan, kedua-dua caj di atas akan berkuatkuasa pada 15 September ni. Tapi yang bawah tu ditangguhkan dahulu. Eloklah lah tu, esoknye, kite laung Merdeka!!! Tak semangat dah aku nak sambut merdeka. Tak sabar nak tukar template baru. Masih dalam proses. =)
_________

Jom Tengok Website University of Xpax

Entry sebelum ade tersebut pasal University of Xpax (UOX), entry pasal topup kena cukai tuh. Apekejadah nak cukai-cukai pun tak tau. Pasal rates UOX tu, aku bukak la kejap laman website UOX ni. Sekali bukak macam menarik pulak website die. Aku bab-bab tengok website canggih ni memang sentiasa terpegun sebentar. Habis satu website aku click nak explore punye pasal. Hehe. 

Jom explore. Boleh klik sini: University of Xpax

Main page
Details
Harapan aku, satu hari nanti aku harap aku dapat buat website canggih-canggih cam gini. Hihi. Kena belajar sungguh-sungguh ni. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...