Friday, April 27, 2012

Pavlova Buatan Sendiri

Pernah dengar Pavlova? Aku sendiri pun memang tak pernah dengar sebelum ni. Dapat tau pun lepas duk belek2 satu magazine, ternampak lah pulak satu desert yang menggodakan. Hak. Dari situ lah aku tau apa itu Pavlova. Nak tau details lagi sila tanye Mr. Google la ye. Meh tengok gambar-gambar Pavlova dari google.

Pavlova
Huh, aku suke benor bab cream2 ni. Lepas je tengok Pavlova dalam magazine tu, tiba-tiba pulak rase macam nak buat. Sebab tengok cara nak buatnye senang semacam, tak menyusahkan aku. Tapi 2 minggu selepasnya baru lah impian menjadi kenyataan. Haha.

Maka terhasil lah Pavlova hasil titik peluh tangan aku.

1st Pavlova
1st time made, memang tak puas hati sebab whipping cream kat atas tu nampak kuning semacam, & nampak berketul-ketul sikit. Rase die pun nggak memuaskan. Frust tonggeng jugak la. Tapi kawan-kawan datang makan semua kate sedap la pulak. Haha. Bagus betol la. Terus ade semangat nak buat lagi sekali next time.

Buat ke? Yeaahhh, buat! Disebabkan aku tak puas hati dengan whipping cream tadi, terus ler aku siasat dengan Mr. Google. Ghupenye whipping cream itu tak boleh dipukul terlalu lame. Nak tau info tentang whipping cream boleh tengok SINI

Maka terhasil lah lagi sekali Pavlova versi ke-2 aku.

2nd Pavlova
Hah, better lah dari yang 1st. Untuk 2nd time ni, aku buat whipping cream belah malam, then masuk dalam plastik simpan dalam peti. Pagi sebelum g keje baru picit cream tu kat Pavlova. Semangat pakai smart2 picit bende alah tu. Ku semangat betol. 

Buah tu terpotong banyak pulak, punye lah awal-awal susun dengan berhati-hati. Last2 banyak sangat buah, aku bantai terus susunnya. Bila siap tengok cantek lah pulak. Gharhhh. O_O

Tapi untuk 2nd time ni still tak puas hati lagi dengan rase whipping cream tu. Siasat punye siasat, ghupenye tersilap acuan. Untuk buat whipping cream, kena masukkan gula icing atau gula halus. Ingatkan 1 setengah cawan gula icing, ghupenye 1 setengah sudu besar je! Patot la rase cam tepung gitu. Adoi. Kena buat lagi nih.

Sape-sape yang nak try rase Pavlova tu, cuba la buat yor. Simple aje. Cuma banyak nak kena menunggu lah sikit. Tunggu masak - 1 Jam, tunggu sejuk - 1 @ 2 Jam. Sabor lah ye.

Resipi? Tanye Google. Hahaha.

Friday, March 30, 2012

Sales & Expo Sane Sini

Sangat banyak nampaknye sales & expo minggu ni. Semunya dekat dengan rumah, memang bahaya. Hak.


1) Smartphone Expo

Venue: SACC Mall, Shah Alam
Date: 29 March 2012 - 01 April 2012

Ni kalo nak pergi & membeli, wallet & purse masing-masing kena tebal ye.


2) SACC Mall Fashion Fair


Venue
 SACC Mall, Shah Alam (Ground Floor)

Date
 01 April 2012 - 08 April 2012

Info
Large sized apparels available ranging from 2XL – 5XL. Products Offered Apparels Ladies Footwear Handbag!


3) Padini Sale!


Venue
Padini Concept Store at:
1 Borneo Hypermall 
1 Utama Shopping Centre 
AEON Bukit Indah 
AEON Bukit Tinggi 
AEON Tebrau City 
Alpha Angle Shopping Centre 
City Square Johor Bahru 
Dataran Pahlawan Melaka Megamall 
East Coast Mall 
First World Plaza 
Gurney Plaza 
IOI Mall 
IPC Shopping Centre 
Kinta City Shopping Centre 
Pavilion Kuala Lumpur 
Queensbay Mall 
Sunway Pyramid 
The Curve 
The Spring 
Warisan Square

Date
10 March 2012 - 08 April 2012

Info
Sale up to 50% off!Padini Holdings Brands Include:Vincci,Vincci +,Vincci Accessories,Padini,Padini Authentics,PDI,Seed,P & Co,Miki Kids,Brands Outlet.


4) Malaysia Career & Training Fair (MCTF'12)


Dah terlepas untuk Express Registration. Horhh.


5) Reject Shop Warehouse Sale


Info
Sale start 10.00am-8pm @ Metrojaya Warehouse, Shah Alam. Price start from as low as RM3 and Discount up to 70%.


Mana mau pergi ha? Ayoyoyo...

Wednesday, March 21, 2012

Kad Kahwin - Finale Design



Hari tu punye cancel. Cuba untuk design yang lain and inilah hasilnye.

Bahagian Luar Kad
Bahagian Dalam Kad

Dah lame siap sebenarnye, setelah beberape kali ubah atas kehendak tuannye. Huii.

Dan macam biase, aku lemah betol bab-bab matching color nih. Sangat pink and purple tak gitu? Hmm, orang mintak color camtu, kite buat jo lah.


Tuesday, March 13, 2012

Saman Parking



Aku disaman sebab salah parking mase pergi uptown hari tu. Walaupun dah pukul 11 malam, Mr Polis masih aktif!! Al-kesahnye aku dah cari parking 30 minit tapi tak jumpe2. Ade parking kosong, tapi tak nak masuk sebab kena bayar. Hak. So aku pun keluar lah balek cari parking kat luar. Memang ramai parking tepi jalan. Sekali ade kosong aku pun join lah parking tepi jalan.

Ingat kan takpe parking kat luar, yelah tempat orang ramai kan. Tak terpikir pulak salahnye. Bile nak balek, dah ternampak saman kat kereta. Dah saman, kena lah bayar oi. Terima kasih Mr Polis sebab menjemput saya ke balai polis. 1st time aku masuk balai polis.

So kepada anda yang nak parking kat mane-mane tempat, janganlah sesuka hati parking kat tempat yang tak boleh parking ye. Lebih baik bayar parking dari bayar saman. Tak gitu?

Untuk pengetahuan, mulai 1 Mac yang lepas, kite dah tak boleh merayu untuk kurangkan harga saman. Kalau nak mintak kurangkan harga saman, kena pergi ke IPD Bukit Aman. Kat tempat lain semua tak boleh. (Terbace notis yang die letak kat cermin kaunter. Harap2 mata tak silap melihat.)


Wednesday, March 7, 2012

My First Kad Kahwin

Wohh, tajuk cam gempak bunyi. Haha. Ni bukan kad kahwin aku, yang nak cakap sebenarnye, my first time design kad kahwin. Disebabkan kawan aku mintak tolong design kan kad kahwin, aku pun cuba lah galas request yang diberikan.

Sebelum ni memang langsung tak pernah buat design kad kahwin. So, aku memang tak tahu proses printing kad kahwin macam mane. Kertas die pakai macam mane, cara design, semuanye memang aku tak tahu. Aku main belasah je design.


Tema: Pink & Purple

Ok ke? Macam tak puas hati. Macam biase, aku memang lemah dalam bab-bab bermain dengan color nih. Ni baru muka depan, yang dalam belom buat lagi oi. Design continued.........


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...