Tuesday, November 8, 2011

Raye Korban Shah Alam


Tahun ni raye haji kat Shah Alam je. Tahun lepas pun Shah Alam sebenarnye. Hihi. 

Yang pasti, kalau cuti raye, kat Shah Alam ni lengang gile. Jalan-jalan yang selalunye sesak jadi kosong. Bawak kereta pun tenang. Kalau camni tiap-tiap hari kan bagus. :D


Sembahyang raye macam biase, kat Masjid Besar Shah Alam. Korban lembu pun kat sini. Tahun ni Masjid Besar Shah Alam ade 33 lembu untuk dikorbankan. Banyak woo. Kupon kat atas untuk orang awam ambil daging.


Orang awam kena ambil daging lepas zohor. Time ni baru sampai. Mak aii, terkejot, panjang giles beratur. Dengan berhujan lagi pulak tu.


Ni lepas 10 minit beratur. Sebenarnye paling ramai sekali mamat-mamat bangla, nepal, filipina & lain-lain. Macam-macam jenis orang.


Ni lepas 25 minit beratur. Time ni dah dengar ura-ura mengatakan yang daging dah habis. Tapi wat tak percaye je. Sambil-sambil doa mintak-mintak ade.

Dalam 5 minit lepas tu, urusetia-urusetia korban bagi tau daging dah habis. Huii, 30 minit beratur huiii. Tak pe lah, takde rezeki. Huhu.

Selamat Hari Raye Haji!! :D

3 comments:

cik violet said...

perabih kat mat2 bangla nepal vietnam je..huhu..

EmaN said...

@cik violet:
Tu la...ramai gile dorang...huhu..

mar said...

wasalam..dik akk balas kt sini jela ek..akk praktikal kt PNB(Permodalan Nasional Berhad)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...