Saturday, October 29, 2011

Perpustakaan Baru Shah Alam Yang Woww

Sudah lame hasrat di hati nak ke Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) baru kat Shah Alam ni. Jumaat semalam baru dapat pergi. Lokasi library agak tersembunyi, tapi manusia nye cukup ramai. Lokasinye terletak di Seksyen 13 Shah Alam, dekat dengan Kelab Golf.

Tujuan sebenar nak pergi library sebab cousin umur 11 tahun nak pergi tengok XD theater. Punye lah semangat lepas solat Jumaat cepat-cepat bersiap nak pergi, siap drift lagi. 

Sampai sane, time duk tengah tunggu turn kat kaunter, ternampak pulak syarat-syarat untuk masuk XD theater. Tak silap, ade 9 semuanye. Tapi 1 je yang menarik pandangan mata aku, orang yang baru lepas operation tak boleh masuk. 6 bulan lepas operation baru boleh masuk. Haha. Tapi aku buat tak tau, aku minor operation je, bukan major. Boleh kot.

Sampai je turn nak beli tiket, akak kaunter suruh cousin kecik 11 tahun aku tu berdiri dekat dengan sliding door, die nak ukur ketinggian. Last-last die kate, "adik ni tak boleh masuk, tak cukup tinggi"...hahak. Kesian budak kecik itu. Agak frust muke die. Punye semangat. Tertanye lah jugak kan, macam mane lah XD Theater tu sampai ketat sangat syarat-syarat nye. Akhirnye, kite orang meronda-ronda je lah.

Perpustakaan baru ni memang cantik lawa habis. Memang ade kelassss lah! Mane tak nye, library RM70 juta, mesti lah kena lawa. Jom tengok gambar-gambar (setengah gambar original sendiri punye snap, setengah lagi copy dari facebook PPAS je).

Pandangan dari luar

Ruangan siber (PC Apple beb!!)

Ruangan TV

Study meniarap atas karpet pun boleh!

Ruangan study. Sebalah kanan tu bilik perbincangan.

Tak sempat nak rase kerusi ni

Ruangan kanak-kanak

Buku-buku

Pandangan atas

Lagi pandangan dari atas

Terjumpa buku USIM, hasil karya lecturer aku, Prof K. Bangga sekejap. Hehe

Nak study sini memang kena bawak baju sejuk. Sebab memang sejuk. Parking kereta agak susah sedikit nak cari, sebab ruangan parking kereta agak kecik, tak banyak. Rak-rak buku pun banyak kosong, maybe ramai pinjam kot.

Library ni memang cukup selesa. Surau, cafe, gym, tandas semua ade. Lagi satu, setiap kali nak masuk library di setiap tingkat, selipar memang kena tanggalkan. Tapi korang akan diberi 1 beg (macam kat bawah) untuk diisi selipar @ kasut masing-masing kat dalam beg tu. 


So, kena lah bawak ke hulu hilir beg ni. Tapi ni salah satu cara untuk mengelakkan selipar buruk @ kasut kesayangan anda hilang. Bijak-bijak. Cuma yang letihnye setiap kali nak naik turun tingkat bawah atas, kena lah buang selipar, pakai, buang balik, pastu masuk balik dalam beg lain. Tapi disebabkan sayangnye terhadap selipar, buat je. Hak.

Satu hari nak jugak datang study kat sini. Bile lah tu ye. :O

8 comments:

N A T A S Y A ツ said...

wah, nak jenguk sane la ^^

Ayien Ocaca said...

kalau mcm ni...
lepak hari2 pon xpe....
hehe

maria said...

pehhhhhh~~
bes giler.

EmaN said...

@NATASYA:
Ape lagi, pergi jenguk terus... :D

@Ayien Ocaca:
Tu la, memang selesa gile. Lawa pun lawa.

@maria:
Besss wooo.. ;P

Unknown said...

wahh.. tentu lagi semangat generasi sekarang nak membaca kan? Bez la camni..

EmaN said...

@Miss Nurul Atikah:
Yup...1 usaha yg baik...hadiah dr Sultan tu...hehe..

Taoufiq said...

Slm, sy merupakan antara kakitangan yg ditugaskan di kaunter XD Theater ini:
"adik ni tak boleh masuk, tak cukup tinggi"...hahak. Kesian budak kecik itu. Agak frust muke die. Punye semangat. Tertanye lah jugak kan, macam mane lah XD Theater tu sampai ketat sangat syarat-syarat nye.

1.XD theater merupakan salah satu tarikan di PPAS, khususnya menggalakN golongan remaja/muda utk dtg 'lepak' di PPAS.

2.Mengetengahkan konsep blue ocean strategy, di mana kita menggalakkan pengunjung utk lebih selesa dan aktiviti lain selain membaca justeru menambah/menarik bilangan pengunjung yg kurang ke perpustakaan.

3.kanak-kanak di bawah ukuran 140cm tidak dibernarkan kerana kekuatan gegaran setiap kerusi XD mencapai 400 pergerakan sesaat, dan kami ingin mengelakkan sebarang kejadijan yg tidak diingini jika kepala kanak-kanak/anak anda tidak kena pada 'soft-spot' yang mungkin akan menyebabkan kesan sampingan yang buruk pada kepala dan otak dlm jangkamasa panjang.

4.dari segi psikologi, kanak-kanak yg kecewa (tidak boleh masuk), akan berazam utk 'membesar' dan lyk utk masuk ke Xd. ini akan menambahN lg semangat dan keinginan utk mengunjungi PPAS lg.

5.XD theater bukan skadar hiburan taP kami mendidik pengunjung terutamanya golongan muda atau kanak-kanak tentang ilmu pengetahuan dan pentingnya menghargai otak.

diharap dapt mengambil pkare ini secara positif.

p/s: XD theater juga ada di KL Tower. anda boleh merasai perbezaan di sana berbanding di sini (jika ke sana).

Sekian terima kasih.

EmaN said...

Wohooo.

Terima kasih En. Taoufiq atas penjelasan.

Sy tak ambil bende sebagai perkara serius pun. Cuma tertanya-tanya je la macam mana la XD Theater tu. Hehe. Lagi pon post ni dah lame dah kot.

Anyway terima kasih skali lagi atas penjelasan. Insyaallah lain kali sy akan bawa sepupu sy pergi skali lagi ke XD Theater ni. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...