Wednesday, May 9, 2012

Setia City Mall - Opening 17 May 2012


Weekend hari tu on the way nak ke rumah sepupu, lalu lah jalan kat Setia Alam. Tengah2 drive ternampak lah pulak poster kat tiang lampu. 

Nampak 17 May 2012. Hah, apekebende? Cuba lagi untuk fokus ke poster berikutnye. Nampak pulak perkataan Opening. (See, kan dah terganggu aku yang duk tengah drive. Tak suka betol). 
 Cuba lagi fokus untuk poster berikutnya, hah!! Setia City Mall nak bukak dah ghupenye.

Open on 17 May 2012
Hah, cam gini lah ghupe poster yang aku duk tengok 2 3 kali tuh.

Setia City Mall
Gambar kartun je jumpe, gambar realiti takde. Tak dapat nak snap, tengah drive laju. Hahak.

Setia City Mall
Bukan gambar realiti jugak ye.

Berdasarkan info di laman web Setia City Mall, banyak bende2 menarik kat shoping complex baru ni.

- Rotiboy -
Harh! Lazat! Yang pernah aku jumpe KLCC & Alamanda je yang ade Rotiboy. Kat laen kawe tok tahu.

- Seoul Garden - 
 Aku pernah makan kat One Utama, & kat Puchong pun ade satu rasenye.

- Carls Jr. -
Hak. Penah makan sekali kat Sunway. Now dah dekat dengan rumah.

- Delicious -
Pernah dengar orang cerita je. Macam femes je. (Pesal sume pasal food nih?)

- GSC -
Yeaahh! Sekarang GSC sudah dekat ma!

- Wangsa Bowling -
Bowling kat Shah Alam kalau tak Alam Sentral, Ole-ole Seksyen 18 lah jawabnye.

- Parkson -
Rase-rasenye kat Subang Jaya je kot penah jumpe Parkson. Kaum-kaum ibu suke lah Parkson2 ni kot. Hak.

So, wahai warga Shah Alam sekalian, lepas ni boleh la lepak kat Setia City Mall pulak ye. Boleh ler tengok wayang kat sini pulak. Alih-alih kat Jusco Bukit Raja je, aku pun dah bosan. Nak buat camne, Shah Alam takde panggung. Ape boleh buat.

Shah Alam ke Setia Alam
Masa: 15-20 minit
Tol: 70 sen.

Ade tol pulak. Alah, 70 sen je. Bagi RM1, ade lagi 30 sen. Tak gitu? Hehehe.


4 comments:

kak mah said...

Dekat dengan Shah Alam rupanya.

cik kiwi's said...

yeayy. boleh berjimba makan kek sanun..:)

mazida said...

ade seoul garden? eman!!! bawak!

EmaN said...

@mazida:
Jom3x..aku dah lame x g weh..jom!!! Teringin sangat nk makan neh..!! Hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...